Mencontohi Rasulullah Saw Dalam Pemberian Nafkah Kepada Isteri



Soalan:
Nabi SAW merupakan contoh teladan buat manusia dalam semua perkara. Mengikut kefahaman saya, Baginda SAW mempunyai lebih daripada satu isteri pada masa yang sama setelah kewafatan isteri Baginda SAW, Sayyidatina Khadijah RA. Soalan saya, bagaimana Baginda SAW mencari nafkah untuk kesemua isterinya untuk dicontohi? Terima kasih.

Jawapan:
Para ulama telah menetapkan bahawa pemberian nafkah adalah wajib ke atas golongan tertentu yang berada di dalam tanggungannya seperti isteri, anak, hamba dan ibu bapa yang fakir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا
“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, 2:233)

Berkenaan ini, Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga. Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى أَصْحَابِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.” [Riwayat Muslim: 994]

Islam telah menetapkan bahawa kadar nafkah itu hendaklah diberi dengan cukup (kifayah) dan baik (ma’ruf). Kadar kifayah dan ma’ruf itu berdasarkan kepada kemampuan si suami dan bapa untuk menanggungnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Hindun RA apabila dia mengadu kepada Nabi SAW bahawa suaminya tidak memberikan nafkah kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ
“Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada dibawah tanggungannya itu ialah seperti:

Makanan / Barang-barang dapurPakaianTempat tinggalAlat-alat untuk membersihkan diriPembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja). 
(Rujuk Mughni Muhtaj, 4:542)

Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang baik dalam semua perkara, termasuklah juga dalam hal ini. Baginda SAW bersabda dalam hadith yang diriwayat oleh Ibn ‘Abbas:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي
“Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.” [Riwayat Ibn Majah, 9:2053]

Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW. Rasulullah SAW menyediakan untuk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yang memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Rujuk Nail al-Awthar, 5:221)

Rasulullah SAW mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai untuk memberi nafkah kepada isteri-isteri dan ahli keluarga Baginda SAW. Antara sumber pendapatan Nabi Muhammad SAW ialah:

1. Harta fay'i, iaitu harta yang didapati daripada golongan-golongan musyrik yang menentang Islam tanpa melalui peperangan. Ini seperti kurma-kurma yang mereka dapati daripada Peperangan Bani Nadir dan Fadak. Firman Allah SWT:

مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).” (Surah al-Hasyr: 7)

Diriwayatkan dari Umar Ibn al-Khattab RA bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah telah memberikan harta Bani Nadhir kepada Rasulullah SAW dan harta itu adalah khusus untuk baginda. Harta itu baginda nafkahkan kepada keluarganya untuk keperluan satu tahun. Selebihnya dibahagikan untuk membiayai kuda dan persenjataan sebagai persiapan peperangan.” [Riwayat Bukhari: 4033 dan Muslim: 1757]




2. Ghanimah, iaitu harta rampasan perang yang didapatkan dari perang antara kaum Muslimin bersama dengan musuh-musuhnya. Al-Imam al-Thabari menyebutkan dalam tafsirnya: “Perang Badar adalah perang yang untuk kali pertama (dalam Islam). Dalam Islam, Rasululah SAW akan mendapatkan bahagian satu perlima daripada harta ghanimah tersebut. Dalam perang itu, Nabi SAW mengambil bahagiannya, sementara bahagian empat perlima diberikan kepada sahabat-sahabatnya.” (Rujuk Tafsir al-Thabari, 6:250)

3. Hadiah yang diterima oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak menerima sedekah tetapi hanya menerima hadiah daripada pelbagai pihak, antaranya raja-raja, para Sahabat RA dan lain-lain.

Disamping itu, sifat-sifat mulia pada Ummahat al-Mukminin yang memilih akhirat yang kekal abadi berbanding harta dunia yang sementara juga perlu dijadikan teladan. Ketika para isteri-isteri Nabi SAW diberi pilihan untuk samada harta perhiasan dunia atau mereka menginginkan bersama Rasulullah SAW dan mendapat ganjaran di akhirat, mereka memilih Rasulullah SAW dan ganjaran di akhirat. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ إِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا وَإِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul-Nya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab: 28-29)

Imam al-Sa'adiy dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa isteri-isteri Nabi SAW telah berkumpul dan menuntut nafkah dan pakaian perhiasan tambahan daripada Rasulullah SAW. Mereka meminta sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan oleh Baginda SAW sampai bila-bila. Lalu kesemua mereka memilih kemuliaan di akhirat dengan memilih Allah SWT dan Rasulullah SAW. (Rujuk Tafsir al-Saadiy, ayat al-Ahzab: 28-29)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa Rasulullah SAW memberikan nafkah dengan kadar yang mencukupi (kifayah) dan baik (ma’ruf) kepada ahli keluarga Baginda SAW daripada segala apa yang diwajibkan dengan tidak kurang dan tidak pula berlebihan kecuali sesetengah waktu. Ini berdasarkan kemampuan dari sumber pendapatan Baginda SAW dan sikap Rasulullah SAW yang memilih kehidupan yang sederhana dan zuhud.

Disamping itu, kita juga perlu juga mengambil iktibar daripada sikap qana'ah dan toleransi para isteri-isteri Nabi SAW. Mereka memilih untuk tidak meminta kemewahan dunia yang berlebihan, bahkan memilih Allah SWT dan Rasulullah SAW serta kenikmatan yang abadi di akhirat kelak.

Pada akhirnya, kami akhiri dengan doa yang diajarkan kepada kita di dalam al-Quran al-Karim:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/mencontohi-rasulullah-saw-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marah Itu Hasutan Syaitan Rasulullah Saw Suruh Kita Istiazah

Marah Itu Hasutan Syaitan Rasulullah Saw Suruh Kita Istiazah

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 319 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Perasaan marah panas baran adalah salah satu penyakit didalam masyarakat masa kini dan kita mestilah belajar untuk menanganinya Setiap individu pastinya pernah merasai perasaan marah dan ada yang sampai k...
Panas Tabarruk Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah Saw

Panas Tabarruk Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 418 hits
Apabila menjadi artis yang berhijrah untuk mendalami lebih menyintai agama itu adalah perkara yang amat positif Namun itu bukan tiket untuk terus menjadi mufti atau mujtahid jadian atau bercakap mengenai hukum yang kita jahil mengenainya Be...
Selendang Rasulullah Saw Sebagai Sanad Khilafah

Selendang Rasulullah Saw Sebagai Sanad Khilafah

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 416 hits
Kaab bin Zuhair r a telah menggunakan dan menjaga selendang itu ketika hayat Baginda saw dan setelahnya Kewafatannya saw Ketika Muawiyah r a mengambil kekhalifahan beliau telah mengumpulkan segala peniggalan Rasulullah saw seperti pedangnya...
Isteri Nabi Saw 9333

Isteri Nabi Saw 9333

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 323 hits
Peringatan dari Aisyahby KEPERGIAN Rasulullah meninggalkan rasa sedih yang mendalam di hati Aisyah dan semua keluarga beliau juga para sahabat Namun Aisyah bersyukur dengan kehormatan yang diterimanya dan atas segala nikmat yang diberikan A...
Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah Saw

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 364 hits
Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya rawi RahimahullahPada masa dahulu suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu Syeikh Sya rawi adalah di antara tokoh...
Saya Yakin Dia Akan Balik Selepas 3 Minggu Diamkan Diri Isteri Acap Akhirnya Buka Mulut

Saya Yakin Dia Akan Balik Selepas 3 Minggu Diamkan Diri Isteri Acap Akhirnya Buka Mulut

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 353 hits
Saya Yakin Dia Akan Balik Selepas 3 Minggu Diamkan Diri Isteri Acap Akhirnya Buka Mulut Setelah bisu dari memberi sebarang kenyataan media akhirnya isteri kepada Ashraf Hassan tampil meluahkan isi hatinya Hamizah Ramli kongsi saat saat tera...
Disebabkan Muncul Orang Ketiga Dalam Perkah Winan Suami Isteri Pilih Tamatkan Hidup Bers Ama

Disebabkan Muncul Orang Ketiga Dalam Perkah Winan Suami Isteri Pilih Tamatkan Hidup Bers Ama

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 339 hits
Kehidupan berumah tangga semestinya mempunyai sisi pahit dan manis yang akan dilalui oleh semua pasangan Sikap bertoleransi dan memahami antara satu sama lain memainkan peranan dalam mengekalkan rumah tangga yang bahagia Dilaporkan baru bar...
Me Time Keperluan Buat Isteri Suami Perlu Peka Fahamilah Sediakan Masa

Me Time Keperluan Buat Isteri Suami Perlu Peka Fahamilah Sediakan Masa

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 452 hits
Masa untuk bersendirian atau me time perlu bagi setiap wanita bergelar isteri dan ibu untuk mengembalikan mood dan ketenangan emosi Sekiranya para suami ingin tahu tahap stres isteri mudah sahaja Kalau tiba tiba perkara kecil menjadi besar ...
Ramai Persoalkan Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baharu Panglima Tentera Laut Jelaskan Itu Adalah Acara Tradisi

Ramai Persoalkan Isteri Mat Sabu Rasmi Kapal Perang Baharu Panglima Tentera Laut Jelaskan Itu Adalah Acara Tradisi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 618 hits
Media melaporkan 15 April lalu isteri kepada Menteri Pertahanan iaitu Puan Hajjah Normah binti Alwi telah merasmikan kapal perang baharu TLDM yang diberi nama KERIS Majlis Perasmian LMS yang pertama itu dirasmikan oleh Normah Nama KERIS dip...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention