Rasulullah Saw Melihat Telaga Al Kautsar



Orang Arab menggunakan kata al-Kautsar untuk menggambarkan sesuatu yang banyak. Dan al-Kautsar itu banyak airnya, banyak gelasnya, banyak keberkatannya dan banyak kebaikannya. Al-Kautsar adalah anugerah yang Allah Jalla wa ‘Azza berikan khusus untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Kurnia yang Besar

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

بَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ فِي الجَنَّةِ، إِذَا أَنَا بِنَهَرٍ، حَافَتَاهُ قِبَابُ الدُّرِّ المُجَوَّفِ، قُلْتُ: مَا هَذَا يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَذَا الكَوْثَرُ، الَّذِي أَعْطَاكَ رَبُّكَ. فَإِذَا طِينُهُ -أَوْ طِيبُهُ- مِسْكٌ أَذْفَ
“Ketika kami berjalan di syurga, tiba-tiba ada sungai yang pinggirnya berupa kubah dari mutiara berongga. Aku bertanya: “Apa ini, wahai Jibril?” Jibril menjawab: “Inilah al-Kautsar yang Allah Ta’ala berikan untukmu.” Ternyata tanahnya wangi terbuat dari minyak misk adzfar.” (HR. Bukhari dalam Kitab ar-Riqaq, 6210)

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dengan sanad yang sahih dari Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الكَوْثَرُ نَهْرٌ فِي الجَنَّةِ، حَافَّتَاهُ مِنْ ذَهَبٍ، وَمَجْرَاهُ عَلَى الدُّرِّ وَاليَاقُوتِ، تُرْبَتُهُ أَطْيَبُ مِنَ المِسْكِ، وَمَاؤُهُ أَحْلَى مِنَ العَسَلِ، وَأَبْيَضُ مِنَ الثَّلْجِ
“Al-Kautsar adalah sebuah sungai di dalam syurga yang kedua tepinya dari emas. Airnya mengalir di atas mutiara. Tanahnya lebih wangi dari misk. Airnya lebih manis dari madu. Dan warnanya lebih putih dari salju.” (HR. at-Tirmidzi 3361)

Dalam Musnad Imam Ahmad terdapat sebuah hadis sahih dari Anas radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أُعْطِيتُ الْكَوْثَرَ، فَإِذَا هُوَ نَهَرٌ يَجْرِي كَذَا عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ، حَافَّتَاهُ قِبَابُ اللُّؤْلُؤِ، لَيْسَ مَشقُوقًا، فَضَرَبْتُ بِيَدِي إِلَى تُرْبَتِهِ، فَإِذَا مِسْكَةٌ ذَفِرَةٌ، وَإِذَا حَصَاهُ اللُّؤْلُؤُ
“Diberikan padaku al-Kautsar. Ia adalah sebuah sungai yang mengalir seperti sungai di bumi. Kedua tepinya terdapat khemah-khemah yang tersusun dari mutiara. Tidak dalam sungainya. Aku menapakkan tanganku ke tanahnya, ternyata (seharum) misiknya yang sangat wangi. Dan ternyata kerikilnya adalah mutiara.” (HR. Ahmad 12564)

Dalam riwayat lain terdapat sedikit perbedaan lafaz, dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia membaca ayat:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أُعْطِيتُ الْكَوْثَرَ، فَإِذَا هُوَ نَهَرٌ يَجْرِي، وَلَمْ يُشَقَّ شَقًّا، فَإِذَا حَافَتَاهُ قِبَابُ اللُّؤْلُؤِ، فَضَرَبْتُ بِيَدِي إِلَى تُرْبَتِهِ، فَإِذَا مِسْكَةٌ ذَفِرَةٌ، وَإِذَا حَصَاهُ اللُّؤْلُؤُ
“Aku diberikan al-Kautsar. Ternyata ia adalah sungai yang mengalir. Sungainya tidak dalam. Kedua tepinya adalah kubah-kubah dari mutiara. Aku menyentuhkan tanganku ke tanahnya, dan ternyata ia seharum minyak kesturi yang sangat harum baunya, dan ternyata batu-batu kerikilnya dari mutiara.” (HR. Ahmad 13603)

Dalam riwayat al-Bukhari dari Anas radhiallahu ‘anhu, ia berkata:

لَمَّا عُرِجَ بِالنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِلَى السَّمَاءِ، قَالَ: “أَتَيْتُ عَلَى نَهَرٍ، حَافَتَاهُ قِبَابُ اللُّؤْلُؤِ مُجَوَّفًا، فَقُلْتُ: مَا هَذَا يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَذَا الكَوْثَ
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dimi’rajkan ke langit. Beliau berkata: Aku mendatangi sebuah sungai, kedua tepinya adalah kubah-kubah dari mutiara yang berongga. Aku bertanya: “Jibril, apa ini?” Ia menjawab: “Ini adalah al-Kautsar.” (HR. al-Bukhari dalam Kitab at-Tafsir, 4680)

Inilah sungai atau telaga al-Kautsar yang disebutkan dalam firman Allah Ta’ala:

{إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ} [الكوثر: 1-3]،
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.” [Al-Kautsar: 1-3].

Dalam sebuah riwayat al-Bukhari dari Abu Ubaidah yang bertanya kepada Aisyah, tentang firman Allah:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.”

Beliau menjawab:

نَهَرٌ أُعْطِيَهُ نَبِيُّكُمْ صلى الله عليه وسلم، شَاطِئَاهُ عَلَيْهِ دُرٌّ مُجَوَّفٌ، آنِيَتُهُ كَعَدَدِ النُّجُومِ
“Sebuah sungai yang diberikan kepada Nabi kalian shallallahu ‘alaihi wasallam. Kedua tepinya terdapat khemah dari mutiara yang berongga. Banyak bekas minumnya sebanyak bintang-bintang di langit.” (HR. al-Bukhari dalam Kitab at-Tafsir 4681)

Demikian juga dalam riwayat Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu dalam Sunan at-Tirmidzi dengan sanad yang sahih, tentang firman Allah:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

هُوَ نَهْرٌ فِي الجَنَّةِ”. قال: فقال النبي صلى الله عليه وسلم: “رَأَيْتُ نَهْرًا فِي الجَنَّةِ حَافَّتَاهُ قِبَابُ اللُّؤْلُؤِ. قُلْتُ: مَا هَذَا يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَذَا الكَوْثَرُ الَّذِي أَعْطَاكَهُ اللهُ”
“Ia adalah sungai di syurga.” Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku melihat sungai di syurga yang kedua tepinya terdapat khemah-khemah dari mutiara. Aku bertanya: “Apa itu Jibril?” Ia menjawab: “Itulah adalah al-Kautsar yang Allah berikan untukmu.” (HR. at-Tirmidzi 3359 dan Ahmad 12697)


Sungai al-Kautsar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan kepada kita bagaimana wujud Sungai al-Kautsar. Beliau sifati sungai itu cukup terperinci. Sampai seolah-olah kita melihat atau mampu membayangkan keadaannya dan suasana yang ada di sana.

Sungai al-Kautsar adalah sebuah sungai yang mengalir di atas tanah syurga. Sungainya bukanlah sungai yang dalam. Hal itu dapat kita fahami dari ungkapan-ungkapan dalam hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ
“Mengalir di atas bumi.”

لَيْسَ مَشقُوقً
“Tidak dalam.”

Dalam riwayat lain,

فَإِذَا هُوَ نَهَرٌ يَجْرِي، وَلَمْ يُشَقَّ شَقًّا
“Ternyata ia adalah sungai yang mengalir. Dan tidak dalam.”

Sungai yang cetek, yang dasarnya terlihat dari permukaan akan tampak lebih indah dan menyenangkan dibanding sungai dalam yang bahagian dasarnya tak terlihat. Ditambah lagi tanah bahagian dasarnya wangi. Lebih wangi dari kasturi. Dan kerikil-kerikilnya adalah mutiara dan batu-batu mulia. Sehingga sungai ini dipandang menyenangkan hati. Mandi dan bermain di dalamnya tidak membuat takut. Aromanya menyenangkan. Membuat bertambah segar dan wangi.

Dua tepiannya adalah emas. Dan berdiri bangunan berupa khemah-khemah indah yang terbuat dari mutiara. Tergambar dari kita alangkah mewah, di sisi lain tetap terasa sederhana. Kerana khemah bukan gedung-gedung menjulang. Sambil bermain di sungai, para penghuni syurga boleh bersantai di sisinya dengan mengambil wadah-wadah minum yang indah. Jumlahnya tak terbatas. Bagaikan bintang-bintang di angkasa.

Sungai itu memiliki rasa, warna, dan aroma yang sangat berbeza dengan sungai-sungai dunia. Rasanya lebih manis dari madu. Warnanya lebih jernih dari embun. Dan aromanya lebih wangi dari kasturi. Inilah telaga al-Kautsar yang disediakan untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan umatnya.

Telaga Rasulullah

Pemahaman kita tentang al-Kautsar akan semakin utuh jika kita melihat pembicaraan tentang telaga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“إِنَّ حَوْضِي أَبْعَدُ مِنْ أَيْلَةَ مِنْ عَدَنٍ لَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ الثَّلْجِ، وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ بِاللَّبَنِ، وَلآنِيَتُهُ أَكْثَرُ مِنْ عَدَدِ النُّجُومِ وَإِنِّي لأَصُدُّ النَّاسَ عَنْهُ، كَمَا يَصُدُّ الرَّجُلُ إِبِلَ النَّاسِ عَنْ حَوْضِهِ”، قالوا: يا رسول الله أتعرُفنا يومئذٍ؟ قال: “نَعَمْ لَكُمْ سِيمَا لَيْسَتْ لأَحَدٍ مِنَ الأُمَمِ تَرِدُونَ عَلَيَّ غُرًّا، مُحَجَّلِينَ مِنْ أَثَرِ الْوُضُوءِ
“Sesungguhnya telagaku lebih luas dibanding jarak antara Ailah (terletak di perbatasan antara Mesir dan Syam/Palestin) dengan kota Aden (Yaman). Telagaku lebih putih dibanding salju. Lebih manis dibanding madu yang dicampur dengan susu. Bejananya lebih banyak dibanding jumlahnya bintang. Dan aku akan menghalangi orang lain, layaknya seseorang yang menghalangi unta orang lain (agar tidak minum) dari telaganya.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah kala itu engkau dapat mengenali kami?” Beliau menjawab: “Ya, kalian memiliki pertanda yang tidak dimiliki oleh siapapun dari umat-umat lain. Kalian datang kepadaku dalam keadaan dahi, kedua tangan dan kedua kaki kalian bercahaya dari bekas berwudhu.” (HR. Muslim dalam Kitab ath-Thaharah, 247)

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dengan sanad yang sahih dari Tsauban radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

حَوْضِي مِنْ عَدَنَ إِلَى عَمَّانَ البَلْقَاءِ، مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ العَسَلِ، وَأَكْوَابُهُ عَدَدُ نُجُومِ السَّمَاءِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهُ شَرْبَةً لَمْ يَظْمَأْ بَعْدَهَا أَبَدًا، أَوَّلُ النَّاسِ وُرُودًا عَلَيْهِ فُقَرَاءُ المُهَاجِرِينَ، الشُّعْثُ (المتفرِّقُو الشعر) رُءُوسًا، الدُّنْسُ (الوسخ) ثِيَابًا، الَّذِينَ لاَ يَنْكِحُونَ المُتَنَعِّمَاتِ، وَلاَ تُفْتَحُ لَهُمُ أَبْوَابُ السُّدَدِ
“Luasnya telagaku adalah seluas antara Aden sampai Oman al-Balqa’. Airnya lebih putih dari air susu. Lebih manis dari madu. Dan cangkir-cangkirnya sebanyak bilangan bintang di langit. Barangsiapa yang minum satu tegukan air darinya nescaya setelah itu tidak akan merasa haus selamanya. Orang pertama yang mengunjunginya adalah orang orang fakir dari sahabat muhajirin, yang rambut kepalanya acak-acakan, pakaiannya kumal, dan mereka yang tidak menikahi wanita-wanita yang hidup dalam kemewahan. Dan orang yang tidak dibukakan pintu (apabila bertamu atau mengetuk pintu rumah orang).” (HR. at-Tirmidzi 2444 dan Ahmad 22421)

Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita termasuk umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam yang istiqamah memegang ajarannya. Sehingga kita dimasukkan golongan orang-orang beriman yang menikmati minuman dari telaga beliau, Telaga al-Kautsar.

+ Nurfitri Hadi | Kisah Muslim
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/rasulullah-saw-melihat-telaga-al-kautsar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Tabarruk Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah Saw

Panas Tabarruk Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 418 hits
Apabila menjadi artis yang berhijrah untuk mendalami lebih menyintai agama itu adalah perkara yang amat positif Namun itu bukan tiket untuk terus menjadi mufti atau mujtahid jadian atau bercakap mengenai hukum yang kita jahil mengenainya Be...
Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah Saw

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 364 hits
Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya rawi RahimahullahPada masa dahulu suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu Syeikh Sya rawi adalah di antara tokoh...
Mencontohi Rasulullah Saw Dalam Pemberian Nafkah Kepada Isteri

Mencontohi Rasulullah Saw Dalam Pemberian Nafkah Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 395 hits
Soalan Nabi SAW merupakan contoh teladan buat manusia dalam semua perkara Mengikut kefahaman saya Baginda SAW mempunyai lebih daripada satu isteri pada masa yang sama setelah kewafatan isteri Baginda SAW Sayyidatina Khadijah RA Soalan saya ...
Mukjizat Bulan Terbelah Di Zaman Rasulullah Saw

Mukjizat Bulan Terbelah Di Zaman Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 365 hits
Peristiwa terbelahnya bulan adalah di antara mukjizat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Mukjizat ini adalah jawapan atas tentangan orang orang kafir Quraisy Bagaimana peristiwa ini boleh terjadi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam a...
Kirim Salam Kepada Rasulullah Saw

Kirim Salam Kepada Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 345 hits
Soalan Saya pernah mendengar dalam satu siri kuliyah agama dimana seseorang telah bertanyakan apakah hukumnya mengirim salam kepada Rasulullah saw dan ustaz hanya menjawab dengan ringkas iaitu ada perselisihan ulamak padanya Setengah ulamak...
Rasulullah Saw Menggambarkan Sidratul Muntaha

Rasulullah Saw Menggambarkan Sidratul Muntaha

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 466 hits
Sidratul Muntaha adalah sebuah pohon besar yang berada di langit ketujuh Ia adalah pemisah Disebut muntaha kerana ia merupakan batas akhir dari sebuah perjalanan Tidak ada satu makhluk pun yang pernah melewatinya kecuali Rasulullah shallall...
Kata Kata Abu Jahal Akan Keperibadian Rasulullah Saw

Kata Kata Abu Jahal Akan Keperibadian Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 353 hits
Al Masur bin Mukhramah anak buah Abu Jahal anak dari saudara perempuannya bertanya kepada Abu Jahal tentang sifat peribadi Muhammad bin Abdullah shallallahu alaihi wasallam Wahai pakcikku apakah kalian menuduh Muhammad itu berdusta sebelum ...
We Saw It Coming Says Sabah Umno On Bung Moktar Graft Probe

We Saw It Coming Says Sabah Umno On Bung Moktar Graft Probe

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 542 hits
Sabah Umno chief Bung Moktar Radin and his wife Zizie Izzette A Samad are expected to be charged in a corruption case tomorrow KOTA KINABALU Sabah Umno says the investigation into its chief Bung Moktar Radin comes as no surprise adding that...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian