Bagaimana Nak Pulihkan Semula Semangat Mahu Berjaya Yang Dah Hilang




Jika ditanya samada mahu berjaya dalam hidup atau tidak, pasti semua orang akan jawab Ya!.
Saya yakin semua yang jawab YA itu jujur terhadap pengakuan mereka. Memang tak ada orang yang tak mahu berjaya dalam kehidupan mereka. Walaupun takrifan kejayaan pada setiap orang berbeza-beza, namun semuanya sepakat bersetuju bahawa hidup adalah berbaloi jika anda berjaya.
Untuk permulaan, cuba fikirkan soalan ini.

Apa erti berjaya bagi anda?
Erti berjaya bagi sayaSebelum diteruskan artikel ini, saya berikan garis panduan makna kejayaan yang saya pegang selama ini. Ada 4 elemen penting yang perlu ada untuk melayakkan diri anda diiktiraf sebagai telah mencapai kejayaan.
4 elemen tersebut adalah seperti berikut.
1. Pencapaian - Manusia akan rasa bangga dan berpuas hati sekiranya dia mensasarkan sesuatu, berusaha sehingga berjaya mendapatkannya. Tak kisah apa yang anda sasarkan samada anda sendiri yang tentukan atau sasaran itu ditentukan oleh orang lain. Apabila ia dicapai, anda dianggap berjaya. Orang yang hidup tanpa ada satupun pencapaian adalah seumpama tongkol kayu yang hanyut di dalam sungai.
2. Kepuasan diri - Ada orang yang berusaha jadi cikgu, masuk maktab, belajar sampai tamat dan akhirnya dinobatkan jawatan sebagai seorang guru, semua itu dilakukan atas kehendak ibubapa. Bukan dia yang mahu. Ibubapa yang teringin nak tengok anak dia jadi cikgu. Ia merupakan salah satu dari elemen kejayaan bila anda berjaya penuhi harapan ibu bapa tersebut. Tapi jika itu bukan kemahuan anda sendiri, tidak ada kepuasan diri sekalipun anda telah berjaya mencapainya. Oleh itu, elemen kepuasan diri ini mesti ada untuk pastikan ia memenuhi kriteria kejayaan yang ke-2.
3. Ada sumbangan kepada masyarakat - Berjaya melakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan kepuasan diri sendiri saja masih tidak lengkap seandainya apa yang anda capai itu tidak ada apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Kajian menunjukkan rasa bahagia dapat menyumbang sesuatu kepada orang lain akan kekal dalam tempoh masa yang sangat lama. Itu kebahagiaan yang semua orang cari dalam kehidupan.
4. Ada warisan yang baik - Jika sumbangan kepada masyarakat dapat membahagiakan anda, tapi jika asyik berikan tumpuan hanya kepada orang saja dan abaikan keluarga, anda tidak akan dapat mencapai apa yang dikatakan sebagai kejayaan dalam hidup. Perlu tinggalkan sesuatu yang berguna kepada anak dan cucu. Perlu pastikan anak cucu anda rasa bangga dengan apa yang telah anda lakukan ketika hidup. 
Dengan adanya 4 elemen tersebut di atas, insyaallah akan selamat sejahtera kehidupan anda dan yang paling penting hidup yang pendek dan sementara di dunia ini akan rasa sangat berbaloi. 
Seperti yang saya sebut di atas tadi, semua orang nak berjaya, tapi lama kelamaan rasa nak berjaya itu tenggelam terus dek kesibukan hidup mencari makan saban hari sehingga sering keletihan. Akhirnya semangat umahu berjaya mula pudar dan hilang.
Untuk mendapatkan semula rasa ingin berjaya, saya gariskan 6 perkara yang perlu diamalkan seperti di bawah.
1. Ada kemahuan yang mendalam. Ada sekali Socrates sedang berjalan kaki dengan salah seorang anak muridnya yang bertanya bagaimana caranya untuk berjaya menjadi seorang yang bijak dan berilmu seperti gurunya itu. Socrates tidak menjawab terus soalan tersebut sehinggalah mereka melalui sebuah kolam takungan air.
Sebaik saja sampai di kolam tersebut, tiba-tiba Socrates mencekak kepala anak muridnya dan ditekan masuk ke dalam kolam. Anak murid nya cuba meronta untuk melepaskan diri tapi Socrates memegang kuat menekan terus ke dalam air tersebut.
Setelah rontaan makin lama makin kuat, akhirnya Socrate mengangkat semula kepala anak muridnya keluar dari kolam air itu. 
Tercungap-cungap anak muridnya, lega bercampur marah lalu bertanya kehairanan kenapa gurunya berbuat demikian. Socrates menjawab, bagaimana anak muridnya inginkan udara ketika berada di dalam air itu, begitulah keinginan yang sama kuat perlu ada untuk berjaya.
Barulah anak muridnya faham pelajaran penting untuk berjaya pada hari itu. 
Mahu ni ada 2 jenis. Pertamanya masuk dalam kategori angan-angan ringan sahaja sekadar meluangkan masa lapang. Kemahuan begini tidak membawa sebarang kesan terhadap tindakan.
Perlu pupuk keinginan untuk berjaya agar ia membesar sama kuat seperti mana orang yang tak dapat bernafas inginkan udara.
Cuba buat senarai semua keinginan yang anda ada untuk berjaya yang lebih spesifik dan berikan penilaian antara 1 sampai sepuluh dengan markah 10 menunjukkan tahap yang paling anda dambakan.

Tapis semua keinginan yang mencecah angka 10 dan buang selain dari itu. Jangan banyak sangat keinginan buat sementara waktu ini. Cukup sekadar 3 saja dan akhir sekali pilih satu saja dari 3 itu.
Mula berdoa setiap hari mohon kepada Allah agar anda diberi petunjuk dan keazaman yang mendalam untuk mendapatkan apa yang anda inginkan tersebut.
2. Tak kenal maka tak cintaMula cari maklumat untuk mencapai kehebatan yang anda inginkan tersebut supaya lebih jelas dan mendalam kefahaman anda terhadapnya. Semakin kenal, maka semakin anda jatuh cinta kepada keinginan tersebut, semakin kuat keinginan untuk mendapatkannya
Layari internet, google, tanya pada yang tahu, membaca dan lain-lain sebagainya untuk dapatkan segala maklumat yang diperlukan agar jalan mendapatkannya ditemui.
3. Refleksi diriBertafakur setiap hari selama sekurang-kurangnya 27 minit. Mereka yang mengamalkan tafakur setiap hari mampu mengubah cara otak berfikir selepas 8 minggu. Amalkan sehingga ia jadi tabiat dalam diri anda.
Cari tempat yang sesuai, yang tenang dan sebaiknya biar ia tempat yang sama untuk diamalkan setiap hari. Itu akan membentuk tabiat yang melekat dalam diri anda.
4. Rehat bila penatCara terbaik untuk rehat adalah untuk jadikan amalan tidur siang sebentar selama sekurang-kurangnya 20 minit. Rehat dan sediakan minda anda untuk kerja yang seterusnya. Jadikan ia sebagai tabiat harian.
5. Jangan paksa diriLakukan perubahan atau latihan secara lancar tanpa ada perasaan risau dan tidak yakin. Berikan tempoh secukupnya untuk otak melaksanakan kerjanya. 
Mereka yang berusaha menguasai sesuatu perkara baru secara tenang tanpa ada kerisauan mampu mencapai kemahiran baru itu 80% lebih tinggi dari mereka yang berada dalam tekanan untuk mendapatkannya. Jadi sila relaks.
6. Ulang dan ulangIni perkara wajib dan terbukti sentiasa berjaya untuk menguasai sesuatu. 
Seperti kata Aristotle.

Anda adalah apa yang sering anda ulang lakukan, oleh itu kecemerlangan adalah sesuatu yang boleh dibentuk.
Kajian menunjukkan masa yang diperlukan untuk mengubah atau mendapatkan apa yang anda mahu melalui cara yang saya sebutkan di atas adalah selama 8 minggu sahaja.
Jom sama-sama kita lakukannya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/12/tips-menjadi-cemerlang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 243 hits
Seperti yg telah aku nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa kenyataan serta tindakan yg cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan dari DAP ini lebih kepada isu dalaman parti berkenaan seolah olah sedang muncul satu kumpulan dari dalam DAP yg...
4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 251 hits
Apakah milk booster terbaik untuk tambah susu badan Ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu baharu Isu tidak cukup susu badan sememangnya tidak asing dalam kalangan wanita lepas bersalin Rujukan kepada pakar boleh bantu a...
Bukan Bala Tapi Nikmat Lama Menghilang Aniq Suhair Muncul Semula Akui Kini Lebih Dekat Dengan Tuhan

Bukan Bala Tapi Nikmat Lama Menghilang Aniq Suhair Muncul Semula Akui Kini Lebih Dekat Dengan Tuhan

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 154 hits
Lama mendiamkan diri tanpa khabar pelakon sensasi Aniq Suhair dikatakan kembali ke media sosial untuk menyatakan dirinya kini lebih dekat dengan Tuhan setelah diuji pelbagai ujian Menurut sebuah hantaran di laman Twitter miliknya yang di pr...
Laporan Polis 1999 Anwar Terhadap Daim Kini Tersebar Semula

Laporan Polis 1999 Anwar Terhadap Daim Kini Tersebar Semula

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 196 hits
HarapanDaily comLaporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Julai 1999 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini tersebar semula Anwar ketika itu mendedahkan bahawa Daim menerima wang tunai dan saham berjumlah r...
Vivo X100 Series Akan Datang Menentukan Semula Fotografi Dengan Kamera Telefoto Terapung Zeiss Apo

Vivo X100 Series Akan Datang Menentukan Semula Fotografi Dengan Kamera Telefoto Terapung Zeiss Apo

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 163 hits
vivo Malaysia bersedia untuk membuat debut antarabangsanya bagi Siri X100 yang inovatif menandakan peristiwa penting dalam industri telefon pintar Pelancaran ini dibuat sejurus selepas pelancaran awal siri ini di China menunjukkan komitmen ...
Kunjungi 3 Tempat Indah Dan Semula Jadi Di Sabah

Kunjungi 3 Tempat Indah Dan Semula Jadi Di Sabah

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 157 hits
Taman Pertanian Sabah di Tenom yang menempatkan ribuan pokok buah buahan dan spesies bunga berbaloi dikunjungi KOTA KINABALU Sabah yang kaya dengan khazanah flora dan fauna menjadi tumpuan pencinta alam semula jadi Tidak hairanlah mengapa N...
Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengkaji semula keperluan rakyat divaksinasi lagi dengan vaksin Covid 19 setelah diumumkan oleh World Health Organization sebagai Ende...
Segarkan Semula Premis Niaga Mara

Segarkan Semula Premis Niaga Mara

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 120 hits
KUALA LUMPUR Lebih 20 peratus atau kira kira 1 500 daripada 7 258 premis perniagaan Majlis Amanah Rakyat di seluruh negara kini kosong dan dalam keadaan suram ekoran nilai komersialnya yang berubah akibat peredaran zaman Jumlah ini melibatk...
Iran Mahu Sambung Semula Hubungan Dengan Mesir Selepas 4 Dekad Terputus

Iran Mahu Sambung Semula Hubungan Dengan Mesir Selepas 4 Dekad Terputus

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 182 hits
SELEPAS hubungan yang tegang lebih 40 tahun Iran berharap untuk menyambung semula hubungan diplomatik dengan saingan politiknya Mesir Rundingan memperlihatkan harapan yang baik setakat ini dengan kedua dua negara berada pada kedudukan yang ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash