Kunjungi 3 Tempat Indah Dan Semula Jadi Di Sabah


 
Taman Pertanian Sabah di Tenom yang menempatkan ribuan pokok buah-buahan dan spesies bunga berbaloi dikunjungi. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)
KOTA KINABALU: Sabah yang kaya dengan khazanah flora dan fauna menjadi tumpuan pencinta alam semula jadi. Tidak hairanlah mengapa Negeri di Bawah Bayu ini menjadi pilihan pelancong yang ingin merasai sendiri suasana pergunungan dan hutan tropikanya.
Negerinya yang luas dan mempunyai begitu banyak tempat menarik mungkin membuatkan mereka yang kali pertama mengunjunginya berasa sukar membuat pilihan. Usah bimbang. Tourism Malaysia menyenaraikan beberapa pilihan hebat. Berikut adalah tiga lokasi wajar anda pertimbangkan.
1. Hayati suasana alam semula jadi dengan Klias River Cruise
Perjalanan menyusuri sungai membolehkan anda melihat keunikan alam semula jadi Sabah dengan lebih dekat. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Ingin menikmati pengalaman menaiki bot yang bukan sahaja santai lagi menenangkan, malah memberi anda peluang melihat hidupan liar dengan lebih dekat? Pilih Klias River Cruise.
Perjalanan yang bermula dari jeti di Kuala Penyu akan membolehkan anda mengenali “playboy of Borneo” dalam persekitaran habitat semula jadinya. Itulah monyet proboscis, spesies monyet yang terkenal dengan hidung besar!
Amati aktiviti spesies ini pada sebelah petang di sepanjang sungai tersebut.
Saksikan keunikan monyet proboscis yang terkenal dengan hidungnya yang besar. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Biarpun petang berganti malam, namun aktiviti menyusuri sungai belum berakhir. Hutan kaya dengan hidupan, malah banyak haiwan akan muncul selepas matahari melabuhkan tirainya.
Pastikan tangan anda tetap berada di dalam bot ketika pemandu anda menyuluh lampu ke permukaan sungai yang gelap. Sekiranya anda melihat sepasang mata yang berkilau, di situlah sejenis reptilia berada.
Malah, pada malam yang tidak disinari cahaya bulan, pengunjung berpeluang menyaksikan keindahan kelip-kelip menerangi pepohon.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kilas River Cruise, klik sini, hubungi 019-840 0402 atau emel [email protected].
2. Mandi lumpur gunung berapi di Pulau Tiga
Di Pulau Tiga inilah musim pertama rancangan TV ‘Survivor’ difilemkan. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Pernah menonton “Survivor” rancangan realiti TV Amerika Syarikat? Kini, ia memasuki musim ke-46! Tahukah anda yang penggambaran musim pertamanya dibuat di Sabah? Ya, di Pulau Tiga.
Pulau ini yang menawarkan pelbagai tarikan tersendiri boleh dikunjungi menggunakan bot laju. Ia terletak 18km dari Kuala Penyu dan perjalanannya mengambil masa kira-kira setengah jam.
Setibanya di sana, pengunjung dapat melihat papan tanda yang bertulis “Survivor Island”.
Sepertimana kebanyakan pulau di Sabah, antara tarikan di Pulau Tiga ialah pantai yang indah dengan pasir putih dan laut membiru.
Lumpur gunung berapi di Pulau Tiga menarik kunjungan pelancong yang inginkan kulit cantik. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Rasai pengalaman unik mengunjungi lokasi lumpur gunung berapi yang terletak di tengah-tengah pulau ini. Ia ciri semula jadi di mana gas yang keluar dari perut bumi memuntahkan lumpur dan air.
Pelancong dari Asia Timur terutamanya, gemar mandi lumpur di sini kerana percaya ia memberi banyak manfaat kepada kulit. Mungkin inilah maksud sebenar menikmati alam semula jadi.
Siapa tahu, anda mungkin pulang dengan kulit yang sihat, cantik dan berseri!
Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Tiga, klik sini, hubungi 08-852 3500 atau emel [email protected].
3. Bersantai menghayati alam semula jadi di Taman Pertanian Sabah
Daerah Tenom sesuai untuk pertanian disebabkan tanahnya subur dan iklimnya yang serasi.
Di sinilah lokasi Taman Pertanian Sabah yang menjadi sebahagian daripada Kompleks Pertanian.
Taman ini yang diwujudkan pada Oktober 2000 berperanan mengekalkan kepelbagaian flora Sabah sambil mendidik pengunjung mengenai alam semula jadi.
Terdapat pelbagai koleksi orkid di Taman Pertanian Sabah termasuk spesies berharga dan sukar ditemui. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)Terdapat lebih 2,000 spesies tumbuhan di sini, daripada yang biasa ditemui seperti durian sehingga kepada spesimen luar biasa seperti pokok cannonball.

Tarikan utama di taman ini adalah ratusan koleksi orkidnya, termasuk spesies diberi nama Sumazau iaitu orkid rasmi Sabah dan sangat berharga. Terdapat Kawasan dikhaskan untuk pokok buah-buahan, di mana anda boleh merasai buahnya di situ juga.
Jangan lupa melihat sendiri buah-buahan hanya terdapat di Sabah seperti kesusu yang seakan-akan cempedak, namun rasanya masam manis. Juga buah bambangan yang kelihatan seperti langsat bersaiz besar. Ia sebenarnya sejenis spesies mangga dan biasanya dijadikan jeruk!
Kemudahan penginapan turut disediakan di sini bagi mereka yang ingin menikmati haruman bunga dan buah-buahan segar di waktu pagi. - FMT
Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Pertanian Sabah klik sini, hubungi 08-7737 952 atau emel [email protected].
Artikel ini ditulis hasil kunjungan ke Sabah anjuran Tourism Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/kunjungi-3-tempat-indah-dan-semula-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hajiji No One Can Break Sabah As Long As People Remain United

Hajiji No One Can Break Sabah As Long As People Remain United

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 156 hits
There are no forces with ill intent that can break Sabah as long as Sabahans remain united said Chief Minister Hajiji Noor As the chief minister Hajiji also said he was committed to seeing Sabah remain united prosperous and inclusive especi...
Semasa Asgv Perasaan Itu Datang Semula Liza Hanim Terdetik Ingin Berhenti Menyanyi Struggle Semasa Bertanding

Semasa Asgv Perasaan Itu Datang Semula Liza Hanim Terdetik Ingin Berhenti Menyanyi Struggle Semasa Bertanding

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 141 hits
Pernah merasakan tidak layak meneruskan perjuangan penyanyi Liza Hanim pernah terdetik ingin menamatkan perjalanannya sebagai seorang penyanyi disebabkan ada sesetengah pihak yang tidak percaya dengan kebolehannya lagi Kata penyanyi ini mes...
Saya Sedia Berkhidmat Semula Dr Dzulkefly

Saya Sedia Berkhidmat Semula Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 283 hits
MalaysiakiniDr Dzulkefly Ahmad yang baru dilantik semula sebagai menteri kesihatan berkata dia sedia untuk berkhidmat semula selepas 12 bulan berehat Ahli parlimen Kuala Selangor itu juga mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan...
Khalid Samad Pelantikan Semula Dr Dzulkefly Pilihan Tepat

Khalid Samad Pelantikan Semula Dr Dzulkefly Pilihan Tepat

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 175 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF nbsp Pengarah komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyifatkan pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan sebagai pilihan yang tepat kerana ia akan memantapkan barisan kabinet yang me...
Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 350 hits
Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Hari ni Murni ambil peluang untuk berkongsi pengalaman hiking river trekking di Tungku Lahad Datu Boleh dikatakan kawasan Tungku ni kaya dengan tempat tempat menari...
Sabah Investors Lose Rm5m In Gold Investment Scheme

Sabah Investors Lose Rm5m In Gold Investment Scheme

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 284 hits
Tawau police chief Jasmin Hussin said they were investigating the case for cheating under Section 420 of the Penal Code TAWAU A businesswoman here claimed she had fallen victim to a gold investment scheme involving more than RM5 million inc...
Hajiji Let S Focus On Sabah And Its People Not Politics

Hajiji Let S Focus On Sabah And Its People Not Politics

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 192 hits
KOTA KINABALU Forget about politics let s focus on bringing development to the state and its people says Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor He said he would rather work on policies and realising the development plans than worrying ...
Sin Onn Tiku Waterfall Tawau Sabah

Sin Onn Tiku Waterfall Tawau Sabah

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 199 hits
Sin Onn Tiku Waterfall Tawau Sabah Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Kali ni Murni nak berkongsi pengalaman hiking river trekking di Tawau pula Murni agak teruja sebenarnya ikut serta aktiviti hiking kali ini mana taknya ini adalah ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran