Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini


 


Seperti yg telah aku nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa kenyataan serta tindakan yg cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan dari DAP ini lebih kepada isu dalaman parti berkenaan... seolah olah sedang muncul satu kumpulan dari dalam DAP yg sengaja mahu mencetuskan provokasi untuk mensabotaj barisan kepimpinan DAP yg ada hari ini yg diketuai oleh YB Anthony Loke...
Apapun, aku bawakan satu pandangan yg dikeluarkan oleh seorang pimpinan utama UMNO BN yg pernah menjawat jawatan Menteri KPKT, YB Dato Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung isu Pilihanraya Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) ini...




PANDANGAN
YB. DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MANTAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEBAGAI RESPON ISU PELAKSANAAN PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
20 DISEMBER 2023
1. Kenyataan YB Tan Kok Wai, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang juga Parlimen Cheras baru-baru ini berkenaan cadangan terbukanya untuk mengembalikan Pilihanraya Kerajaan Tempatan khususnya di Kuala Lumpur mengundang reaksi yang pelbagai.
2. Pada saya, kenyataan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan namun meninggalkan tanda tanya, apa yang beliau cuba hamparkan kepada umum.
3. Pastinya perihal pilihanraya kerajaan tempatan (PRKT) ini menarik perhatian saya apatah lagi saya sendiri ketika menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut pernah ditanya berkenaan perkara ini dan telah memberi jawapan bertulis berkaitan perkara ini pada 8 Disember 2021 serta menjawab soalan lisan oleh Marina Chin Abdullah pada ketika itu.




4. Secara prinsipnya, saya kekal konsisten dengan pendirian bahawa tidak ada keperluan untuk kita berkisah tentang PRKT ini. Bak kata orang, jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. Ini kerana, jikalau kita tolak tepi perbahasan berkait dengan politik dalam soal PRKT ini, ia pada dasarnya masih bukanlah satu perbahasan yang wajar di kala lebih banyak isu yang menyentuh well-being kehidupan rakyat patut diutamakan.
5. Dalam konteks perbahasan sains politik, cadangan YB Tan Kok Wai tidak salah. Cadangan ini pastinya mencerminkan idealisme dalam menggambarkan keadaan demokrasi yang lebih baik.
6. Persoalannya sekarang, dalam konteks realiti, adakah ianya perlu? Adakah selama ini demokrasi tidak subur? Adakah amalan sedia ada ini tidak menggambarkan kesuburan demokrasi?
7. Adakah amalan pemilihan dan pelantikan, bukan amalan demokrasi? Pastinya panjang perdebatan dari aspek falsafah jika kita ingin bincangkan namun saya lebih suka jika kita lihat dalam kaca mata realiti semasa. Hakikatnya, ia sama seperti bidalan orang kita, kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.


[Ads] ADIDAS melancarkan kempen potongan harga sempena hujung tahun 2023... jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi barangan berjenama ADIDAS... [Ads]
>>>KLIK SINI<<<
8. Pertama, apabila diamati keadaan kerajaan tempatan pada hari ini, amalan demokrasi dan pendekatan semak imbang tetap boleh sahaja dicapai tanpa PRKT. Hal ini demikian kerana dalam lantikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), boleh sahaja ditetapkan kuota tertentu untuk memastikan pihak-pihak yang berbeza boleh menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan tempatan ini.
9. Malah, pemilihan wakil Kerajaan Tempatan dalam keadaan semasa sudah pun memadai. Sebagai contoh, di negeri Selangor, lantikan ahli majlis kerajaan tempatan adalah berdasarkan kuota 75% daripada calon parti politik manakala baki 25% dari kalangan badan bukan kerajaan. Model sebegini tetap sahaja menjamin bahawa semak imbang boleh dijalankan melalui pandangan profesional oleh pihak yang bebas dari bingkai kepentingan politik serta mencerminkan keberadaan wakil masyarakat sivil iaitu NGO.
10. Malah di peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pelantikan Ahli Lembaga Penasihat turut mengambil kira komposisi serta perwakilan semua pihak berkepentingan dalam soal perbandaran.
11. Dalam hal ini juga, laporan Economic Intelligence Unit (EIU) meletakkan Malaysia di tangga 40 pada tahun 2022 dalam Indeks Demokrasi, lebih tinggi daripada Singapura di kedudukan ke-70. Malah, Malaysia mencatat skor tertinggi sebanyak 9.58 mata dalam soal “electoral process and pluralism”.


12. Kedua, saya lebih cenderung melihat penggunaan wang awam kerajaan tempatan disalurkan kepada aktiviti meningkatkan kesejahteraan atau well-being rakyat, tahap daya huni, kualiti perkhidmatan dan juga penyelenggaraan fasiliti utama khususnya di ibu kota Kuala Lumpur. Hakikatnya, inilah ekspektasi utama rakyat dalam menilai perkhidmatan kerajaan tempatan kita.
13. Di Malaysia, kita mempunyai 155 kerajaan tempatan termasuk empat agensi yang diberi kuasa PBT. Daripada jumlah ini, 132 PBT masih bertaraf majlis perbandaran dan majlis daerah.
14. Pelaksanaan PRKT ini pastinya akan menelan belanja yang cukup besar. Secara purata, setiap PRKT ini akan memberi implikasi kewangan sebanyak RM3 juta untuk dilaksanakan. Ini bermakna, sekiranya PRKT ini ingin dilaksanakan, jumlah belanja yang dianggarkan adalah hampir setengah bilion ringgit dan ia memberi kesan kewangan yang cukup besar kepada kerajaan tempatan dalam kategori majlis perbandaran dan majlis daerah.
15. Sebagai perbandingan, peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk KPKT dalam Belanjawan 2024 adalah sebanyak RM5.6 bilion. Ini bermakna, bagi tujuan PRKT semata-mata, jika dilaksanakan, akan menggunakan hampir 10% daripada peruntukan yang terhad ini. Sedangkan jumlah peruntukan ini boleh digunakan untuk tujuan lain yang jauh lebih penting dan dapat memberi manfaat terus kepada rakyat.


[Ads] Kamera CCTV jenama EZVIV... smart HD, rakaman mudah dikendalikan, bersaiz kecil... hanya pada harga RM139.00 [Ads]
>>>KLIK SINI<<<
16. Ketiga, melihatkan kepada realiti semasa, rakyat sudah mula menzahirkan bahawa mereka sudah tepu dengan agenda berkisar politik dan aktiviti pilihanraya. Hakikatnya, fenomena kelesuan politik (political fatigue) sudah mula dirasai di negara kita ini. Malah ada laporan menyatakan rakyat sudah rimas dan bosan dengan permainan dan percaturan politik yang seolah-olah tiada penghujungnya.
17. Data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa statistik keluar mengundi bagi beberapa siri pilihanraya yang diadakan dalam dua tahun kebelakangan ini adalah tidak memberansangkan.
18. Pilihanraya di enam negeri yang diadakan pada Ogos lalu mencatatkan peratusan keluar mengundi tidak lebih dari 75% pun di mana-mana negeri. Malah di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan, peratusan keluar mengundi tidak sampai 70% pun.
19. Kerana itulah saya berpendapat bahawa sekalipun PRKT ini dikembalikan dan dilaksanakan, ia tidak mencerminkan ekspektasi dan aspirasi rakyat di bawah sana.
20. Akhirnya tujuan demokrasi itu tidak semestinya juga boleh dicapai. Manakan tidak, kita menjulang demokrasi sebagai menjunjung suara dan pilihan rakyat, tapi sebenarnya rakyat enggan bersama-sama dalam proses demokrasi ini.


[Ads] Bundle 4 pek Instant Coffee jenama Oldtown... boleh campur pelbagai variasi pek... setiap pek mengandungi 15 pek kecil... hanya pada harga RM69.94 [Ads]
>>>KLIK SINI<<<
21. Adalah lebih mustahak pada hari ini, untuk memastikan bahawa fungsi PBT ini boleh dipenuhi dan dilaksanakan dengan baik. Prestasi PBT adalah hal yang paling mustahak dan memberi impak langsung kepada rakyat, bukanlah kaedah pemilihan mahupun lantikan terhadap ahli pentadbirannya.
22. Kerana itulah di Malaysia ini, banyak sahaja kerajaan-kerajaan tempatan yang cemerlang dan dapat membantu kerajaan negeri membangunkan kawasan bandar mereka menjadi bandar yang selesa dan berdaya huni.
23. Jabatan Perancangan dan Desa atau PLAN Malaysia merekodkan bahawa 80 PBT di Malaysia ini mencapai skor lebih 80% dalam Indeks Kebahagiaan yang mana penilaiannya mengambil kira aspek yang berkaitan dengan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.
24. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Daerah Tampin (MDT), Majlis Daerah Jelebu (MDJ), semuanya memperoleh skor lebih 90% dalam indeks ini. Nilai sepunya pada PBT-PBT ini adalah mereka memberi penekanan kepada kekuatan yang ada pada kawasan dan ahli majlis mereka, tanpa memainkan sentimen politik dan demokrasi.
25. Tuntasnya, pelaksanaan PRKT bukanlah satu keperluan dan keutamaan. Tanpa mengadakan PRKT, tidak bermakna demokrasi di negara kita menjadi canggung, apatah lagi terus menyimpulkan bahawa ia tidak subur. Apa yang penting adalah memperkemas khidmat PBT dalam memenuhi keperluan dan kehendak rakyat terbanyak di luar sana khususnya dalam meningkatkan daya huni serta merancakkan pelbagai aktiviti sosio-ekonomi untuk warganya.


https://www.suaramelayubaru.xyz/feeds/posts/default

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.suaramelayubaru.xyz/2023/12/adakah-dap-terlalu-bodoh-mahu-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bincang Dalam Ph Dulu Sebelum Bercakap Isu P Raya Pbt Pkr Tegur Dap

Bincang Dalam Ph Dulu Sebelum Bercakap Isu P Raya Pbt Pkr Tegur Dap

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 129 hits
DAP perlu mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan bukan sekadar melontarkan idea berhubung cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan khususnya di ibu negara Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung berkata cadangan itu idea...
Pm Cina Dan Pilihanraya Pbt Drama Umno Dap

Pm Cina Dan Pilihanraya Pbt Drama Umno Dap

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 184 hits
PM Cina dan pilihanraya PBT Drama Umno DAP ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be Buuh0eFG61I src in org https www youtube com embed Buuh0eFG61I wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com em...
Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 115 hits
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini Kali ke empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana Tak apa Cecah 20 peratus sahaja kali ini Kerana...
Hanya Tiktokers Yang Sibuk Nak Jatuhkan Kerajaan

Hanya Tiktokers Yang Sibuk Nak Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 136 hits
Bagi mereka yang suka atau kerap menengok TikTok pasti sedar tentang gelagat dua tiga orang TikTokers yang hari hari bercakap mengenai kejatuhan kerajaan dan Anwar Ibrahim akan disingkirkan sebagai Perdana Menteri Selain itu mereka juga ker...
Un Nak Mula Langkah Tapi Tercaiduk Isu Pelaburan Nvidia

Un Nak Mula Langkah Tapi Tercaiduk Isu Pelaburan Nvidia

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 94 hits
Alamak Nvidia pilih Vietnam pula untuk labur dalam penghasilan cip Sebelum ni kata kat Malaysia Ni apa cerita ni Parah PMX kena serang dek walaun Tapi walaun kan macam biasa la Tiap kali depa buat isu tiap kali itulah makin terserlah kedung...
Semua Nak Salahkan Kerajaan Jugak

Semua Nak Salahkan Kerajaan Jugak

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 72 hits
Jamzuri Ardani Perlis tu negeri PAS Walaun nak salahkan madani jugak ke
Bagaimana Nak Pulihkan Semula Semangat Mahu Berjaya Yang Dah Hilang

Bagaimana Nak Pulihkan Semula Semangat Mahu Berjaya Yang Dah Hilang

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 102 hits
Jika ditanya samada mahu berjaya dalam hidup atau tidak pasti semua orang akan jawab Ya Saya yakin semua yang jawab YA itu jujur terhadap pengakuan mereka Memang tak ada orang yang tak mahu berjaya dalam kehidupan mereka Walaupun takrifan k...
Kenapa Dap Minat Sangat Adakan Pilihan Raya Pbt Hasmuni

Kenapa Dap Minat Sangat Adakan Pilihan Raya Pbt Hasmuni

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 251 hits
hmetro com myHasmuni gambar fail FOTO NSTPAlor Setar Kerajaan perlu menimbangkan secara teliti cadangan DAP agar diadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan bagi mengelak ada pihak yang meraih laba atas angin secara mudah Ahli Majl...
Dap Belum Sesuai Berada Dalam Kerajaan Anwar Patut Beri Teguran

Dap Belum Sesuai Berada Dalam Kerajaan Anwar Patut Beri Teguran

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 136 hits
Walaupun DAP boleh dikata agak baru berada di dalam kerajaan tetapi parti itu memiliki sejarah yang panjang daripada segi perjuangannya Dengan berada dalam tempoh yang lama dalam politik Malaysia yang berbilang kaum ini tetapi hakikatnya di...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bila Pak Arab Main Heli

Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer