Bagaimana Mengamalkan Diet Yang Sihat Mengikut Cara Islam


Bagaimana Mengamalkan Diet Yang Sihat Mengikut Cara Islam. Mungkin anda pernah mendengar tajuk-tajuk sebegini di dada-dada akhbar dan ia membuktikan bahawa Malaysia mempunyai peratusan yang tinggi rakyatnya yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
BACA: Hukum Membayar Hutang Menggunakan Wang Hasil Tidak Halal
Melalui sebuah statistik yang dilakukan oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi salah sebuah negara obes. Ini menunjukkan bahawa seorang daripada dua lelaki dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau mempunyai masalah berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan risiko untuk mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetis yang boleh mengakibatkan jangka hayat yang pendek.
Terdapat juga kes mengenai faktor yang boleh menyebabkan obesiti ialah daripada keturunan keluarga, masalah perubatan, pengaruh persekitaran seperti terlalu terikut dengan budaya sekeliling atau menghadapi masalah psikologi dari dalam diri sendiri seperti tekanan perasaan atau jadual pengambilan makan yang tidak menentu.
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa panduan agar penganutnya sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, terutamanya dari segi gaya pengambilan makanan dan juga senaman. Antaranya ialah:
1 – Amalkan Sarapan Dengan Makanan Sunnah
Menurut pakar-pakar kesihatan, mereka mengatakan bahawa mengamalkan makan buah kurma atau meminum madu setiap pagi mampu memberikan ketahanan minda dan juga tenaga yang baik untuk waktu pagi.
Kurma atau tamar adalah antara buah yang mempunyai kadar gula yang seimbang untuk mengawal keseimbangan gula dalam badan anda.
Ia juga dikatakan mampu mencegah daripada dijangkiti peyakit kerana kuman dikatakan tidak mampu hidup dalam buah tersebut. Kajian ini ada dibukukan dalam Ar-Rutab Wan-Nakhlah oleh Dr Abdullah Abdur Razzaq Al-Saeed.
Madu pula dikatakan mempunyai 75 peratus khasiat sebagai sumber vitamin dan juga mineral serta kalsium yang boleh membantu menguatkan tulang dan mempunyai zat besi yang membantu melancarkan peredaran darah.
Malah, 99 peratus daripada kajian yang dilakukan membuktikan bahawa madu mempunyai kesan menyembuhkan seperti boleh membantu merawat penyakit asma dan juga melancarkan pernafasan serta paru-paru.
Malah, yang paling penting, jangan pernah tinggalkan sarapan kerana ia merupakan waktu yang sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga kepada anda sebelum anda mengambil makanan berat pada waktu tengah hari.
Sarapan juga dikatakan mampu membantu perjalanan darah ke otak dengan lebih lancar agar anda boleh fokus dan membuat keputusan dengan baik.
2 – Makan Berpada Mengikut Waktu
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam merupakan antara waktu makan yang perlu diambil berat dan diberi perhatian sepenuhnya. Yang paling penting ialah apa yang diambil sebagai pemakanan pada waktu tersebut.
Untuk sarapan, pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat dengan kuantiti yang tidak melebihi dan untuk tengah hari, pastikan makanan tersebut mempunyai lebihan sayur dan elakkan daripada mengambil makanan yang terlalu berminyak atau bergoreng.
Manakala, untuk makan malam, jika anda ingin mengambil makanan yang berat, pastikan ia diambil sebelum pukul 7 malam. Hal ini kerana, makan lebih awal dapat membantu proses pencernaan dengan lebih cepat sebelum anda tidur. Ia juga dikatakan boleh membantu mengelakkan daripada berlakunya sakit ulu hati sewaktu tidur.
Anda juga boleh menggantikan makan malam tersebut dengan snek yang lebih sihat seperti memakan buah-buahan atau yang paling elok ialah buah kurma dan minum susu untuk membantu menguatkan tulang dan memberikan tidur yang lena agar anda tidak terbangun di tengah malam akibat kelaparan.
Ketiga-tiga ini merupakan waktu makan yang paling utama. Pastikan anda mengambilnya dengan kuantiti pemakanan yang baik dan tidak berlebihan serta mengikut waktunya agar dapat mengelakkan daripada penyakit gastrik atau seumpamanya.
3 – Bersenam Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya yang mempunyai jadual yang agak padat pastinya mempunyai kekangan waktu untuk bersenam.
Senaman sebenarnya tidak perlu dilakukan secara berat seperti berjoging satu padang atau bermain badminton pada setiap malam jika tidak mampu dilakukan akibat kekangan waktu, namun cukup sekadar anda melakukan yang ringan-ringan seperti squat dan seumpamanya.
Menurut Pengerusi Pusat Komuniti Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Poh Bee Kon berkata, senaman boleh dilakukan mengikut kemampuan selama lebih kurang 15 minit sehari untuk lima atau empat hari.
Berjalan sebanyak 10 000 langkah sehari juga dikira sebagai senaman dan ia boleh membantu untuk mengawal kadar denyutan jantung serta boleh mengelakkan anda mengalami masalah jantung suatu hari kelak.
4 – Banyakkan Minum Air Putih  

Meminum air putih mampu membantu anda untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit atau secukupnya kerana ia boleh membantu anda merasa kenyang.
Banyak khasiat air putih yang boleh memberi kesan yang baik kepada tubuh badan seperti menjaga kecantikan kulit dan boleh membersihkan bahagian dalaman tubuh dengan mengeluarkan urin.
Selain itu, dengan meminum air putih juga dapat membantu tubuh badan anda menyerap mineral dan nutrisi dengan kadar yang seimbang. Pastikan anda minum air putih dengan kuantiti yang cukup setiap hari dan elakkan minum minuman yang manis atau bergas secara berlebihan atau setiap hari.
5 – Pastikan Waktu Tidur Mencukupi Tidur umpama nutrisi kepada otak. Sesetengah daripada kita memerlukan tidur sebanyak tujuh ke lapan jam bagi melepaskan memberi keseimbangan badan dan mengecas semula tenaga yang telah hilang.
Sebuah kajian yang telah diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition mengatakan bahawa mereka yang tidak tidur atau mendapat kurang tidur pada waktu malam cenderung untuk mempunyai kadar selera yang tinggi dan akan lebih memilih makanan yang tinggi karbohidrat.
Ia sekali gus akan menyebabkan badan anda mempunyai lemak yang terkumpul dan hormon-hormon lain tidak dapat dirembeskan dengan sempurna. Begitu juga jika anda mempunyai tidur yang berlebihan. Ia boleh menyebabkan jantung anda berada dalam keadaan yang tidak seimbang.
Tidur tidak semestinya boleh menjadikan anda kurus, namun dengan mendapatkan tidur yang berkualiti, ia boleh membantu organ-organ dalam badan anda kekal berfungsi dengan baik.
Kesimpulan Kurus bukan matlamat utama mengapa anda mula mengambil keputusan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, namun ia sebagai permulaan dan langkah untuk anda mula menunaikan hak kepada tubuh badan anda.
Kesihatan itu merupakan sesuatu yang paling utama. Setiap orang cenderung untuk mempunyai penyakit di segenap usia. Kalau dulu, penyakit hanya sinonim dengan orang tua atau orang yang mempunyai berat yang berlebihan. Namun, kini, tidak kira tua, muda, kurus atau gemuk, semua orang boleh diserang penyakit jika tidak menekankan gaya hidup yang seimbang.
Sebelum anda diserang dan perlu berhabis wang ringgit untuk mengubatinya, adalah lebih baik baik anda mula berfikir untuk mengubah gaya hidup sekarang.
Sumber: tazkirah Net
The post Bagaimana Mengamalkan Diet Yang Sihat Mengikut Cara Islam appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/bagaimana-mengamalkan-diet-yang-sihat-mengikut-cara-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Tidak Sihat Cara Selain Makan Ubat

Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Tidak Sihat Cara Selain Makan Ubat

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1364 hits
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alternatif Selain Makan Ubat Bila anak tak sihat selain dapatkan rawatan doktor ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al Quran juga antara yang boleh membantu Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alter...
5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 425 hits
5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba Wajah yang kelihatan awet muda sememangnya menjadi impian ramai orang Kecantikan bukan hanya boleh dipelihara melalui teknologi kecantikan sahaja Melalui amalan ...
Diet Untuk Sihat Dan Ikut Kemampuan Bukan Ikut Tren Dan Menyeksa Diri

Diet Untuk Sihat Dan Ikut Kemampuan Bukan Ikut Tren Dan Menyeksa Diri

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 286 hits
Hari ni tak boleh makan banyak aku diet Dialog seperti ini biasa kita dengar sama ada ia diungkap sendiri atau mungkin keluar dari mulut orang lain Di laman sosial khususnya Facebook Instagram atau Twitter mudah sekali melihat deretan gamba...
Kita Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Ikut Cara Islam Sejuk Perut Ibu Mengandung

Kita Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Ikut Cara Islam Sejuk Perut Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 431 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
Beberapa Cara Pandai Menjadi Jago Jualan Untuk Penjual

Beberapa Cara Pandai Menjadi Jago Jualan Untuk Penjual

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 270 hits
Topik kita kali ini ialah Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki penghasilan tambahan maka r...
Bagaimana Sih Cara Membuat Reseller Jago Jualan

Bagaimana Sih Cara Membuat Reseller Jago Jualan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 260 hits
Kali ini kami akan jelaskan seputar Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki penghasilan tambah...
Cara Pandai Buat Bikin Penjual Jualan Makin Jago

Cara Pandai Buat Bikin Penjual Jualan Makin Jago

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 373 hits
Pembahasan kita kali ini yakni Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki penghasilan tambahan m...
Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List

Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 434 hits
Hari ni aku nak kongsi di sini cara nak buat scroll box untuk blog list Aku buat ini kerana sedang nak cari balik apabila nakdi gunakan fungsi scroll box ini di blog aku Aku tau ramai blogger yang dah tahu cara nak buat scroll box ini Senan...
Wifi Smart Selangor Percuma Dan Cara Dapatkan Signal

Wifi Smart Selangor Percuma Dan Cara Dapatkan Signal

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 370 hits
Wifi Smart Selangor Percuma telah merapatkan jurang digital di Selangor Tapi bagaimana cara untuk sambung ke wifi ini Panduan Kini akan bkongsikan cara connect wifi smart selangor percuma ini The post appeared first on
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai