Bagaimana Jika Ph Mentadbir Semula Esok


 
Pada 31 Disember 2020oleh Nor Miswary RamliOleh Nor Miswary Ramli
(Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut)
Yang selalu ditanya orang; jika esok diadakan Pilihanraya Umum (PRU), adakah Pakatan Harapan (PH) boleh menang? Rakyat rata-ratanya melahirkan rasa sangsi kemampuan PH memenangi PRU jika ia diadakan esoknya. Ini disebabkan beberapa perkara yang di dakwa tidak disepakati di kalangan mereka sepanjang pergelutan membiasakan diri menjadi pembangkang semula selepas tragedi Langkah Sheraton.
Ada yang nakal sehingga turut mencongak-congak aka adanya kerusi Parlimen sebahagian pemimpin PH yang mungkin terlepas ke tangan lawan. Kesangsian tersebut mungkin ada asasnya, biarpun asasnya mungkin berubah pada hari membuang undi.
Sebaliknya, bagaimana pula kalau Pakatan Harapan memerintah semula esok? Apakah yang akan berlaku? Apa yang anda jangkakan? Biar saya kembangkan imaginasi ini kepada anda.
Selepas Perdana Menteri yang baharu mengangkat sumpah di Istana Negara, yang terawal yang akan beliau lakukan ialah, pengumuman barisan kabinetnya yang jauh lebih kecil daripada kabinet mega Perikatan Nasional seperti sekarang. Kabinet yang lebih kecil bertujuan menjimatkan duit rakyat serta membuktikan Kerajaan PH kali ini benar-benar berbeza daripada kerajaan pintu belakang tebuk atap Perikatan Nasional dan sebelum itu. Kerajaan PH tidak mahu pisang berbuah dua kali (walaupun bukankah elok kalau pokok pisang boleh berbuah dua kali?)
Menteri Kesihatan yang dilantik tentunya akan lebih cerdik dari yang ada sekarang, Beliau tidak akan mudah hilang dalam radar Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan. Menteri Kesihatan Kerajaan PH yang besoknya ini akan bersedia menjawab soalan Ahli Parlimen Perikatan Nasional di dalam Dewan. Beliau juga tidak akan mudah-mudah ajar kita minum air suam untuk mencegah diri dari terkena Covid-19.
Parlimen akan bersidang penuh sehingga petang sebagaimana yang diamalkan semasa pemerintahan PH selama 22 bulan. Saringan Covid-19 yang dibuat 2 minggu sekali sudah memadai untuk kesemua Ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat membahaskan isu-isu rakyat di kawasan mereka. Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan PH tidak akan menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk mengelakkan diri bertembung dengan pihak pembangkang.
Kerajaan PH tentunya tidak akan mempunyai Menteri yang menjaga kebajikan masyarakat dan hal-ehwal wanita yang terjerit-jerit cuba untuk menenggelamkan suara ahli parlimen pembangkang sementara menunggu Speaker Dewan bersuara menyelamatkannya. Perdana Menteri yang baharu tahu benar perkara ini.
Adakah kabinet PH ini akan mempunyai Menteri Kanan juga? Beliau boleh jadi seseorang yang dilantik berdasarkan pengalaman panjang beliau dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau akan berperanan menasihati Kabinet dalam soal tadbir urus wang negara dan membangunkan semula negara sebagai Harimau Asia, dan beliau mungkin tidak berseorangan.
Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan mengeluarkan SOP yang mengelirukan atau pada saat akhir. Anggota-anggota kabinet PH akan menyelaras semua SOP di antara kementerian agar ianya selari, wajar dan bersesuaian. Pelajar universiti dan para ibu bapa pasti lega!
Semua petugas barisan hadapan pula akan menerima apa yang mereka berhak terima. Mereka tidak akan dibeza-bezakan untuk menerima elaun khas Covid-19. Menteri PH akan memaklumkan perkembangan pandemik Covid-19 dengan lebih terperinci setiap hari dan tidak akan membuang masa menukar ganti kapal terbang di rak kabinet pejabat.
Isu kebajikan rakyat semasa pandemik Covid-19 tentunya menjadi fokus paling wahid Kerajaan Pakatan Harapan. Isu bakul makanan yang tidak sampai ke tangan rakyat semasa Perikatan Nasional memerintah dulu terlalu sakit untuk ditelan. Maka, kali ini nasib mereka yang terlepas daripada mendapat bakul makanan seperti yang turut dihadapi di Sabah pasti akan di atasi segera. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan memberi tumpuan khusus kepada isu ini tanpa kompromi. Masakan tidak, beliau pun datang dari sana!
Maka apabila ditanya orang, bagaimana jika esok diadakan pilihanraya umum, lalu saya mahu menganjurkan rupa bentuk kemenangan yang akan Pakatan Harapan capai dan raikan besoknya – ia dicapai melalui kesatuan gabungan yang lebih besar dan tidak pernah terjangkau oleh kita.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/bagaimana-jika-ph-mentadbir-semula-esok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapsul Wawasan 2020 Dibuka Esok

Kapsul Wawasan 2020 Dibuka Esok

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 250 hits
2020 TINGGAL SEHARI SAHAJA LAGIA LATAR BELAKANGKapsul yang ditanam pada 8 September 1994 akan dibuka selepas KONSESI LEBUHRAYA UTARA SELATAN tamat pada 31 Mei 2018 Rujuk ayat di bawah Ia akan dikeluarkan selepas tamat tempoh Konsesi Lebuhra...
Amaran Cuaca Buruk Di Pahang Johor Hingga Esok

Amaran Cuaca Buruk Di Pahang Johor Hingga Esok

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 249 hits
BH ONLINE Foto hiasan KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga esok Ketua Pengarahnya Jailan Simon dalam kenyataan hari in...
Kemta Dikenakan Pkpd Bermula Esok

Kemta Dikenakan Pkpd Bermula Esok

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 212 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Pusat Koreksional Kamunting di Perak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermua esok hingga 12 Januari Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD te...
Isu Kartel Daging Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok

Isu Kartel Daging Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 310 hits
Rosol Wahid menafikan laporan mendakwa aktiviti kartel daging haram berlaku hampir 40 tahun KUALA LUMPUR Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok keran...
Agong Puas Hati Lawatan Ke Abu Dhabi Tiba Di Tanah Air Esok

Agong Puas Hati Lawatan Ke Abu Dhabi Tiba Di Tanah Air Esok

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR 11 Jamadilawal 1442H Sabtu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijadual berangkat tiba di tanah air esok selepas menamatkan lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu Datuk...
Ulasan Adakah Esok Untuk Bn

Ulasan Adakah Esok Untuk Bn

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 441 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 3 22 pmTentu tidak mudah bagi Tun Abdul Razak Hussein mengambil keputusan mengubah parti Perikatan kepada jenama yang sepenuhnya baharu Kalau tidak cermat tranformasi parti Perikatan pada 1973 itu boleh ...
Oneplus Buds Z Edisi Steven Harrington Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Esok

Oneplus Buds Z Edisi Steven Harrington Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Esok

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 253 hits
OnePlus sedia hadir dengan penawaran untuk OnePlus Buds Z untuk pasaran tempatan Fon telinga ini dijual pada harga RM229 untuk seunit dan tersedia dalam satu kemasan warna iaitu putih Kini OnePlus dilihat dalam perancangan untuk menawarkan ...
Desakan Berbaik Semula Bukan Bermaksud Mahathir Mesti Jadi Ketua

Desakan Berbaik Semula Bukan Bermaksud Mahathir Mesti Jadi Ketua

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 190 hits
Memang diakui kebelakangan ini wujud beberapa desakan agar Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berbaik semula demi kepentingan bersama khususnya untuk memungkinkan kemenangan PH atau blok pembangkang dalam PRU akan datang Dari segi logik...
Skmm Akan Menilai Semula Kriteria Pelan Pembangunan Pencawang Telekomunikasi Dibawah Program Jendela

Skmm Akan Menilai Semula Kriteria Pelan Pembangunan Pencawang Telekomunikasi Dibawah Program Jendela

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 225 hits
Pada minggu yang lalu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan laporan JENDELA pertama untuk suku terakhir tahun 2020 ini yang memperlihatkan pencapaian program tersebut Walaupun laporan tersebut memperlihatka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization