Desakan Berbaik Semula Bukan Bermaksud Mahathir Mesti Jadi Ketua


 
Memang diakui kebelakangan ini wujud beberapa desakan agar Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berbaik semula demi kepentingan bersama, khususnya untuk memungkinkan kemenangan PH atau blok pembangkang dalam PRU akan datang.
Dari segi logiknya, walaupun PH boleh dikata mampu memenangi PRU15 dengan kedudukannya sekarang, tambahan jika UMNO dan Bersatu terus berbalah dan enggan mengalah dari segi kerusi, bersatunya semula kedua-dua tokoh itu pasti mencerahkan lagi peluang ke arah kemenangan yang dihajati itu.
Ramai juga menyebut tentang bagaimana bersatunya kedua-dua tokoh itu sebelum PRU14 lalu, walaupun ketika itu Anwar berada di penjara, telah berjaya menumbangkan BN dan Najib Razak, maka jika mereka bergabung semula, Muhyiddin Yassin dan PN pasti mudah dikecundangkan sama.
Walaupun ada yang mendakwa kemenangan PH pada PRU lalu adalah disebabkan Tun Mahathir yang mengetuainya, tetapi pastilah kemenangan itu mustahil dicapai jika tanpa kesatuan pembangkang yang telah diasas dan diperkukuh kewujudannya oleh Anwar sejak 1998 lagi.
Apatah lagi, dalam arus melakukan perubahan atau reformasi dalam negara, nama Anwar dan keluarganya sudah terpahat kukuh dalam minda rakyat sejak sekian lama.
Ertinya, baik Tun Mahathir atau Anwar, kedua-duanya ada peranan dan sumbangan yang seimbang dalam kejayaan PH pada 2018 lalu itu.
Begitu pun, meski sebahagian desakan agar Tun Mahathir dan Anwar berbaik semula itu datang daripada dalam PH sendiri, haruslah difahami bahawa ia bukanlah suatu kata mutlak untuk menobatkan semula bekas Perdana Menteri itu sebagai ketua.
Dalam keadaan PH sudah terbentuk struktur kepimpinannya, menjadikan Tun Mahathir sebagai ketua bermakna akan merobohkan binaan yang telah sedia terbina.
Dalam hal ini, gesaan berbaik itu adalah semata-mata bersandarkan matlamat untuk mencapai kemenangan bersama, bukan untuk meletakkan Tun Mahathir sebagai ketua atau menjatuhkan Anwar daripada kedudukannya sekarang.
Jika itu yang cuba dimaksudkan, ia pasti tidak akan menemui titik persetujuan.
Lagi pula, Tun Mahathir sudah dipilih sebagai ketua PH sebelum ini, maka sekarang giliran beliaulah pula menyokong Anwar mengemudi gabungan itu.
Sebagaimana Anwar dan keluarganya sebelum ini memberi sokongan penuh kepada Tun Mahathir, kini giliran beliau pula untuk membalasnya.
Ketika menjadi Perdana Menteri bersama UMNO dahulu, Tun Mahathir pernah berpesan, apabila giliran kira berada di bawah, kita hendaklah menyokong mereka yang menjadi pemimpin sebagaimana mereka memberi sokongan kepada kita sebelum itu.
Rasanya Tun Mahathir sendiri pasti belum lupa kata-kata yang pernah diucapkannya dalam Perhimpunan Agung UMNO itu.
Maka sekarang, dalam keadaan beliau berada di bawah, partinya Pejuang belum didaftarkan dan hanya ada empat Ahli Parlimen, termasuk dirinya sendiri yang bersamanya, sebenarnya inilah masanya untuk beliau mengotakan segala kata-katanya itu.
Jika dalam keadaan di bawah ini pun beliau masih mahu jadi ketua dan enggan memberi sokongan kepada Anwar yang sudah sedia mengetuai PH, bermakna Tun Mahathir bukanlah pemimpin yang cakap serupa bikin orangnya.
Lebih penting daripada itu, matlamat utama PH dan blok pembangkang sekarang ialah untuk menumbangkan PN yang dianggap sebagai kerajaan pintu belakang serta Muhyiddin yang disifatkan pengkhianat.
Untuk itu, Tun Mahathir mesti sedia bertolak ansur dan beliau mesti sedar, keadaan PH tidak lagi sama seperti sebelum PRU14 dulu di mana ketika itu beliau dipersetujui untuk mengetuai PH kerana Anwar berada di penjara.
Sekarang Anwar bukan saja sudah bebas, malah sedang mengetuai PH.
Maka, di mana munasabahnya untuk Anwar diminta memberi laluan untuk tempat duduknya diduduki oleh Tun Mahathir?
Kalau Tun Mahathir enggan bertolak ansur, maknanya beliau bukan saja tidak mahu PH menang pilihanraya dan Anwar menjadi Perdana Menteri, malah secara tersiratnya lebih inginkan Muhyiddin terus kekal menerajui negara ini.
 (Shahbudindotcom 23/12/2020)







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/desakan-berbaik-semula-bukan-bermaksud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Desak Mahathir Anwar Berbaik Semula Untuk Tawan Balik Putrajaya

Pemimpin Dap Desak Mahathir Anwar Berbaik Semula Untuk Tawan Balik Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 266 hits
Seorang pemimpin kanan DAP hari ini menggesa Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim meleraikan perbezaan mereka demi memastikan misi pembangkang menawan semula Putrajaya tidak tinggal sebagai angan angan Mat Jenin Timbalan Ketua Menteri Pula...
Nak Gc Mesti Bukan Anwar Jd Ketua

Nak Gc Mesti Bukan Anwar Jd Ketua

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 258 hits
Md Zulaimi KazinSibuk dgn GC dan semua pakat sebut GC baik utk kekuatan PRU15 Syafie Warisan dah kabo bahawa PH mesti tukar Pengerusi kita blh kata itu sbg syarat GC Pie Tun M Pejuang kita sedia maklum mmg tak mahu pada Anwar Baik kita simp...
Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Menyebok Zul Keiantan Sound Pedas Hero Negara Kita

Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Menyebok Zul Keiantan Sound Pedas Hero Negara Kita

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 359 hits
Memetik komen dari seorang pengguna facebook yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter berkenaan artikel ustaz ebit lew melawat mangsa tangan putus di pasir gudang johor Zul hafiz yang dikatakann berasal dari Kota Bharu kelantan diliha...
Tuntut Hak Sabah Kami Tak Takut Pada Mahathir

Tuntut Hak Sabah Kami Tak Takut Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 402 hits
KOTA KINABALU Seorang pemimpin Warisan menepis dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing yang kerajaan Sabah terdahulu pimpinan parti itu takut menuntut hak minyak dan gas daripada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Timbala...
10 Makanan Best Pulau Pinang Sekali Cuba Mesti Nak Lagi Macam Kena Sihir

10 Makanan Best Pulau Pinang Sekali Cuba Mesti Nak Lagi Macam Kena Sihir

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 411 hits
Hai semua Bila sebut tentang jalan jalan atau senang kata holiday kita mesti nak cari tempat yang mempunyai makanan atau masakan yang best best kan Lagi best kalau masakan atau makanan tu kita tak pernah jumpa atau ianya memang takde dekat ...
Kit Siang Says He Will Never Work With People Like Mahathir And Anwar

Kit Siang Says He Will Never Work With People Like Mahathir And Anwar

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 293 hits
The fact DAP was prepared to work with Muhyiddin Yassin in 2016 and only now opposes him because DAP is no longer in the federal government shows that DAP is not motivated by principles and integrity but by power NO HOLDS BARRED Raja Petra ...
Apakah Mahathir Akan Sertai Shafie Dalam Warisan

Apakah Mahathir Akan Sertai Shafie Dalam Warisan

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 246 hits
BORHAN AHMADApakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan para pengikutnya dalam Pejuang akan menyertai Parti Warisan Sabah kini menjadi tanda tanya perlbagai pihak Ini berikutan keputusan Warisan untuk mengembangkan layarnya ke Semenanjung berlaku se...
Kit Siang Blames Dr Mahathir For The Rot In Malaysia

Kit Siang Blames Dr Mahathir For The Rot In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 272 hits
Dr M you started all the rot in Hamlet in your 22 years as Prime Minister Media conference statement by Lim Kit Siang during visit to Pasar Pagi Simpang Kuala Kota Darul Aman Alor Setar on Thursday 12th February 2015 at 10 00am Former Prime...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization