Bagaimana Eskayvie I Qids Dapat Membantu Perkembangan Anak Anak


Bagaimana Eskayvie i-Qids Dapat Membantu Perkembangan Anak-Anak
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selepas kita rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya melepasi saat-sat genting melawan virus covid-19, kita terpaksa menghadapi cabaran-cabaran selepasnya. Sebagai Sha amat terkesan dengan perkembangan anak-anak akibat sesi persekolahan yang terpaksa ditangguhkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana lebih kurang 2 tahun terjadi.
Selain daripada emosi ibu-bapa, anak-anak juga terkesan dengan faktor persekitaran dan tuntutan hidup semasa. Pastinya masing-masing mempunyai perjuangan dalam meneruskan hidup dan memberikan yang terbaik kepada keluarga.
Selain emosi dan motivasi dalaman kita sekeluarga terutamanya anak-anak yang sedang membesar, Sha tidak ketinggalan untuk berikhtiar memberi yang terbaik untuk anak-anak supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Baru-baru ini Sha dapat tahu pihak Eskayvie telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Eskayvie i-Qids. Bila sebut Eskayvie, Sha yakin ramai yang dah biasa dengar. Sha sendiri di rumah pun ada juga amalkan vitamin daripada Eskayvie Diffenz sejak negara kita dilanda virus covid-19. Tujuan pengambilan vitamin pastinya adalah untuk menguatkan imun badan bagi melawan penyakit.



Masalah Berkaitan Perkembangan Anak-AnakSha sebenarnya nak kongsi ataupun mungkin boleh dikatakan luahan hati seorang ibu yang mungkin bukan Sha seorang laluinya. Berikut adalah apa yang Sha rasa dan lalui berdasarakan pengalaman dengan anak-anak Sha sendiri pada permulaan sesi persekolahan mula dibuka pada murid dan pelajar.
1. Sukar nak fokus semasa belajar 
Sepanjang PKP seluruh negara menjalankan pembelajaran dalam talian lebih kurang selama 2 tahun. Ia merupakan suatu jangka masa yang agak panjang. Jangka masa itu bagaikan berlalu tanpa semangat untuk belajar.
Semasa belajar secara dalam talian, anak-anak Sha tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran. Selain masalah di rumah, guru-guru juga masih cuba membiasakan diri untuk membuat sesi pembelajaran dengan kekangan yang ada seperti persediaan bahan pembelajaran dan juga capaian internet.


2. Memori lemah atau lemah daya ingatan 
Sha juga perasan apabila anak-anak tiada semangat, mereka acuh tidak acuh sahaja semasa belajar. Bila mereka tidak terlalu mengambil berat tentang pelajaran, memori mereka makin lemah kerana tidak dapat fokus seperti ketika belajar di dalam bilik darjah.
Mungkin tak semua macam Sha, Sha memang lemah bab mengajar anak-anak di rumah. Tambahan pula memang ibu-bapa perlu memberi tumpuan dan mengatur jadual anak-anak sedangkan masih banyak tanggung jawab lain juga yang memerlukan perhatian.
3. Cepat letih, lesu, kurang aktif
Selain itu masalah perkembangan anak-anak yang kita boleh nampak ialah pada perubahan sifat anak-anak itu sendiri. Jika berada di sekolah mereka pastinya tidak hanya berada di kelas sahaja. Mereka akan bergerak ke sana ke sini mengikut mata pelajaran yang ada.
Apabila terpaksa berkurung di rumah tanpa aktiviti interaktif yang sepatutnya, anak-anak menjadi kurang aktif. Mereka lebih pasif, walaupun tidak membuat aktiviti pembelajaran yang banyak, mereka cepat rasa letih dan lesu.
 4. Tantrum atau tidak dengar kata


Bila bercakap tentang isi perkembangan anak-anak, tantrum dikalangan kanak-kanak sering di sebut dan dibincangkan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu-bapa. Tantrum boleh terjadi dalam bentuk kemarahan, kecewa dan memberontak.
Tantrum boleh terjadi kerana mereka belum ada kemahiran untuk menguruskan perasaan sendiri. Apa yang penting ibu-bapa mestilah memainkan peranan untuk membimbing dan juga memastikan persekitaran mereka selamat.
5. Slow learner/pelajaran merosot 
Pada permulaan PdPR beberapa kekangan seperti masalah internet, gajet pembelajaran, motivasi merudum dan hilang minat pada kaedah pembelajaran telah menyebabkan pelajaran anak-anak semakin merosot.
Penerimaan anak-anak terhadap pelajaran juga semakin perlahan. Maklumlah semua murid tidak sama tahap pemikiran mereka. Tambah pula sesi pembelajaran tidak terjadi dalam dua hala dan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
6. Kesan lepas kena COVID-19, anak susah nak fokus
Jika ditanya kepada ibu-bapa mengenai masalah pembelajaran anak-anak, pasti ada yang menjawab tentang masalah anak susah nak fokus belajar.
Antara sebab anak tidak fokus adalah kerana ketagihan gajet akibat penggunaan yang tidak di pantau, ketidakseimbangan jadual antara jadual belajar dan waktu bermain.
Selain itu pemakanan juga memainkan peranan dalam merangsang perkembangan otak anak-anak. Kenapa kita perlu makan makanan yang bagus untuk tubuh badan dan minda? Diet yang seimbang penting untuk kecerdasan otak, tumbesaran dan sistem imun anak-anak.


Bagaimana Eskayvie i-Qids Dapat Membantu Perkembangan Anak-Anak

Sebelum Sha cerita lebih lanjut tentang Eskayvie i-Qids ini, Sha nak kongsi sedikit dengan korang tentang Eskayvie. Eskayvie merupakan syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang menjadi peneraju penghasilan suplemen kesihatan  tempatan.
Duta bagi produk Eskayvie adalah Dato' Aznil Bin Haji Nawawi dan pengasasnya adalah Dr. Syid Ayob Bin Syid Mustafa AlQudri. Menurut pengasasnya idea untuk menghasilkan vitamin untuk perkembangan minda anak-anak lahir ketika pandemik melanda.
Penghasilan ini hasil pemerhatian beliau yang mana melihat proses intelektual dan psikososial kanak-kanak semakin terjejas sejak pandemik.
Kini negara sedang ke fasa endemik dan anak-anak sudah kembali ke sekolah. Oleh itu penghasilan i-Qids adalah inisiatif bagi membantu ibu-bapa di luar sana untuk meningkatkan fokus dan daya ingatan anak-anak.


 
6 bahan utama Eskayvie i-Qids Untuk menghasilkan sesuatu yang bagus mestilah bahan-bahannya juga terdiri daripada gabungan bahan yang terbaik.


Phosphatidylserine (Serine) 

Kalau nak tahu, sebenarnya masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak-kanak kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!
Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individiu terdedah dengan pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.
Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan. 


Alpha-Linolenic Acid (ALA) 

Untuk pengetahuan korang ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan semula jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan, namun akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.
Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.


22 Ekstrak Buahan dan Sayuran 

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber antioksidan utama dalam pemakanan harian kita. Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan? 
Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam sayuran tersebut.
Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.


Moringa Oleifera 



Kebiasaannya tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.
Khasiat moringa yang anda perlu tahu:
1) 3x zat besi berbanding bayam
2) 4x kalsium berbanding susu
3) 3x potassium berbanding pisang
4) 7x vitamin C berbanding oren
5) Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.
6) Menyokong kesihatan organ
7) Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan.
Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.
Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini. Jadi kita kena cari cara lain untuk mereka mendapat khasiat Moringa ini.


Prebiotik 

Betullah orang kata, sakit dan sihat bergantung kepada perut kita. Prebiotik merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.
Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus.
Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.


Multivitamin dan Mineral 

Ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak anda. Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.
Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkap dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak.
Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak kita. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh membantu. 


Jika dilihat daripada bahan-bahan diatas, ada yang kita biasa dengar dan kenal dan ada yang tak pernah dengar. Kebanyakannya jika kita sediakan kepada anak-anak secara mentah dan tidak menarik pastinya susah untuk kita bagi anak amalkan.


Kelebihan Eskayvie i-Qids Berbanding Produk Lain


Menggunakan bahan-bahan semula jadi. Diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri. HALAL, selamat dan berkesan. Sedap dan rasa coklat. Mudah diamalkan. 
Nampak ringkas sahaja kelebihannya tetapi cukup memainkan peranan penting dalam membantu kita sebagai ibu-bapa untuk meyediakan sumplemen terbaik untuk anak-anak. Walaupun diperbuat daripada bahan semulajadi tetapi ia diolah mengikut kesesuaian kanak-anak.




Testimoni Pengguna Eskayvie i-QidsTak lengkap rasanya jika Sha tak kongsi dengan korang testimoni pengguna yang telah mencuba eskayvie i-Qids ini. Nampaknya mereka telah menikmati kesan positif selepas berikhtiar bersama Eskayvie i-Qids.


Anak bersemangat ke sekolah
Anak tidak melekat dengan gajet
Anak petah bercakap
Anak murid semakin ceria
Mampu menghafal
Semua testimoni ini menunjukkan perkembangan yang baik dan memberansangkan. Adakah anak korang sedang mengalami masalah perkembangan? Rasanya kita dah boleh cuba sendiri. Tak salah kita ikhtiar sebelum kita terlambat untuk membantu anak-anak supaya mereka tidak ketinggalan.


Kepentingan Pengambilan Eskayvie i-Qids Untuk Anak-Anak. Menjadi impian setiap ibu ayah untuk melihat anak membesar dengan sihat dan cerdas bukan? Dengan Eskayvie i-Qids ni bukan saja sedap dan disukai kanak-kanak. Malah, ia boleh bantu menguatkan daya ingatan anak-anak untuk menjadi lebih fokus.

 
Eskayvie i-Qids juga merupakan mood booster yang boleh bantu tenangkan anak-anak yang kerap tantrum. Kunyah-kunyah 2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang luar biasa buat anak-anak.
Memandangkan sekolah pun sudah dibuka, kita patut memantau perkembangan anak-anak sama ada mereka semakin berubah ke arah yang lebih baik atau masih berada dalam dunia mereka sendiri. Jika tiada perubahan kita sebagai ibu-bapa mesti bertindak membantu mereka.


Di sini Sha kongsikan link yang korang boleh mendapatkan lebih maklumat tentang Eskayvie i-Qids.
Website: www.eskayvie.com
FB PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 
#EskayvieDiffenz #EskayvieDiffenzJunior #KitaIkhtiar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/08/Eskayvie-i-qids-bantu-perkembangan-anak-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eskayvie I Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak Anak

Eskayvie I Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 207 hits
Eskayvie i Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak anak Assalamualaikum Sejak dah ada anak yang bersekolah ni Ana jadi lebih peka dengan perkembangan dan kemajuan dia dalam pembelajaran dan aktiviti persekolahan Bukan nak dia j...
Eskayvie I Qids Booster Untuk Perkembangan Minda Anak Anak Jadi Lebih Cergas Dan Bijak

Eskayvie I Qids Booster Untuk Perkembangan Minda Anak Anak Jadi Lebih Cergas Dan Bijak

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 229 hits
Eskayvie i Qids Booster Untuk Perkembangan Minda Anak Anak Jadi Lebih Cergas dan Bijak Anak anak merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang amat besar bagi setiap ibu bapa Peranan ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak anak menjadi s...
Bagaimana 6 Nutrisi Utama Eskayvie I Qids Ini Boleh Bantu Anak Anak Kekal Fokus Dalam Pembelajaran

Bagaimana 6 Nutrisi Utama Eskayvie I Qids Ini Boleh Bantu Anak Anak Kekal Fokus Dalam Pembelajaran

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 233 hits
hai assalammualaikumBagaimana 6 Nutrisi Utama Eskayvie i Qids ini boleh bantu anak anak kekal fokus dalam pembelajaran Bila dah jadi ibu ni banyak benda yang perlu dirisaukan dekat anak terutama sekali tentang tumbesaran dan perkembangan an...
Bila Anak Pandai Hisap Jari Ini Pencapaian Perkembangan Yang Anda Perlu Raikan

Bila Anak Pandai Hisap Jari Ini Pencapaian Perkembangan Yang Anda Perlu Raikan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 90 hits
Aipp kotor sambil menarik jari bayi dari terus masuk ke mulutnya Mungkin ini situasi biasa yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai bayi kecil Menerusi perkongsian Konsultan Tangisan Tidur Bayi Puan Uswatun Hasanah saintis menggelarkan hi...
Perkembangan Dan Pemeriksaan Kesihatan Anak 2 Tahun 6 Bulan

Perkembangan Dan Pemeriksaan Kesihatan Anak 2 Tahun 6 Bulan

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi PERKEMBANGAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN ANAK 2 TAHUN 6 BULAN Semalam merupakan tarikh temujanji untuk pemeriksaan kesihatan Cik Dhi bagi umur 2 tahun 6 bulan Memandangkan di tempat Fiza dah menjadi trend di mana ...
Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Tak Nak Berenggang Ini Sebab Kena Tahu

Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Tak Nak Berenggang Ini Sebab Kena Tahu

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 184 hits
Sekiranya anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan pasti anda boleh lihat sendiri bagaimana layanan suami terhadap mereka Biasanya anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya Anak lelaki pula lebih kamceng dengan ibu Anak perempuan yang ...
Ragam Permainan Yang Bisa Melatih Kognitif Anak Di Usia Dini

Ragam Permainan Yang Bisa Melatih Kognitif Anak Di Usia Dini

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 187 hits
Mengikuti memang sejatinya diperlukan Terutama bagi orang tua yang hampir 24 jam bersama buah hatinya Sebab perkembangan kognitif akan berdampak besar pada kemampuan anak untuk mengartikan sesuatu memecahkan masalah mengingat hingga dalam h...
Anak Disleksia Sukar Kuasai Pembelajaran Walaupun Dah Belajar Bersungguh Sungguh Kenali Simptom Disleksia

Anak Disleksia Sukar Kuasai Pembelajaran Walaupun Dah Belajar Bersungguh Sungguh Kenali Simptom Disleksia

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 123 hits
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus Kanak kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun Mereka telah berusaha bersungguh sungguh Mempunyai keupayaan intelektual yang normal Telah mendapat rang...
Manjakanlah Anak Biarlah Dengan Cara Tepat Kelak Anak Penuh Sifat Kasih Sayang

Manjakanlah Anak Biarlah Dengan Cara Tepat Kelak Anak Penuh Sifat Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 462 hits
Manjakan anak itu perlu tapi bukanlah dimanjakan dengan cara yang melampau hingga anak besar kepala Terbiasa dimanjakan tanda anak diraikan kasih sayang sepenuhnya dan itulah yang dibawa anak bila dia besar kelak Bagaimana memanjakan anak c...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya