Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Tak Nak Berenggang Ini Sebab Kena Tahu


Sekiranya anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, pasti anda boleh lihat sendiri bagaimana layanan suami terhadap mereka. Biasanya anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya. Anak lelaki pula lebih ‘kamceng’ dengan ibu. Anak perempuan yang selalu dimanjakan oleh ayahnya akan membesar menjadi seorang yang bijak dan penyayang.

 
Layanan yang baik terhadap anak perempuan bukanlah tanda ayahnya tidak sayangkan anak lelaki, tetapi itulah lumrahnya. Ayah lebih bersifat pelindung terhadap anak perempuannya kerana mereka percaya anak lelaki lebih kuat dan pandai berdikari.
Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuroscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.
Artikel Menarik: [Boleh Cuti Lama, Gaji Penuh 5 Bulan. Dr. Amalina Jawab Soal ‘Maternity Leave’ Lepas Bersalin]
Kajian tersebut dijalankan melalui kaedah imbasan otak dan rakaman interaksi seharian sekumpulan ayah dan mendapati mereka akan menyanyi dan bercakap lebih terbuka tentang emosi kepada anak perempuan mereka berbanding pada anak lelaki. Adakah kerana anak perempuan lebih sensitif dan bersikap manja?
Kredit foto: Noor Alia Nazlia Iqbal Bukan! Kajian mendedahkan kemesraan dan keprihatinan yang diberi oleh ayah tersebut bukan hanya disebabkan oleh anak perempuan yang lebih sensitif bahkan apa yang mereka katakan pada anak perempuan berbanding anak lelaki juga berbeza.
Ayah biasanya akan lebih cenderung memberi fokus pada pencapaian dan permainan fizikal seperti berlawan, bertumbuk dan sebagainya jika berinteraksi dengan anak lelaki. Perkataan yang biasa disebut oleh ayah kepada anak lelaki juga berunsur kejayaan seperti “menang”, “bangga”, “bagus sekali”.
Tetapi untuk anak perempuan, ayah lebih banyak menggunakan perkataan yang terperinci seperti “semua”, “banyak” dan bersifat kreatif melayan mereka. Penulis kajian menyatakan penggunaan bahasa tersebut akan mempunyai kaitan dengan pencapaian pendidikan dan akademik di masa hadapan.
Artikel Menarik: [Bentuk Badan & Pakaian Lebih Kurang. Tersilap Abah, Adik Ni Keliru Antara 2 Lelaki!]
Mengapa layanan berbeza mengikut jantina anak?
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan seorang bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Namun kajian tidak berjaya menentukan mengapa layanan berbeza itu berlaku.
Adakah otak ibu bapa telah diikat untuk melayan anak-anak mereka secara berbeza atau ia sekadar interaksi berdasarkan norma sosial yang asas iaitu anak perempuan lebih bersikap manja dan perlukan lebih perhatian dan perlindungan?
Menurut Jennifer Mascaro, ketua penyelidik dari Universiti Emory, sekiranya anak perempuan menangis, si ayah akan segera menyahut dan pantas berlari ke arah anak perempuannya, berbanding ke arah anak lelaki.
Walaupun kajian tidak membuktikan sebarang kesan buruk akibat perhatian lebih yang diberikan oleh ayah terhadap anak perempuannya, tetapi ada sesuatu perkara yang boleh memberi kesan pada tumbesaran anak perempuan.
Misalnya seorang ayah dalam komunikasi harian dengan si anak, menggunakan bahasa yang merujuk bahagian badan anak perempuan dengan istilah manja seperti “buncit” atau “gendut” dengan lebih kerap berbanding pada anak lelaki.
Kredit foto: Noor Alia Nazlia Iqbal Kajian telah membuktikan yang pemilihan perkataan ini memberi kesan pada emosi anak perempuan berbanding pada anak lelaki apabila mereka membesar.
Anak perempuan akan rasa tidak puas hati tentang badan mereka dan mungkin juga mudah rasa rendah diri.
Artikel Menarik: [Bersorak & Menyanyi, Orang Ramai Bantu Kanak-Kanak Sesat Jumpa Ayahnya Semula!]
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ayah?
Memang tak salah jika seorang ayah lebih memanjakan anak perempuan berbanding anak lelakinya. Sudah terbukti memang seorang ayah akan lebih memberi sepenuh perhatian dan gemar memanjakan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Tetapi, janganlah terlampau berat sebelah. Apa kata anda layan mereka secara sama rata. Mungkin beberapa cara ini boleh dicuba pada anak perempuan dan anak lelaki anda juga;
1. Jangan takut untuk menjadi lasak. Kajian menunjukkan bermain bersama anak-anak – lelaki dan perempuan di atas lantai dan secara fizikal (tetapi selamat) boleh membantu mengawal emosi mereka.
2. Pemilihan perkataan penting. Jika apa yang anda cakap boleh memberi kesan pada akademik dan pencapaian fizikal kepada imej tubuh badan, gunakan ayat pujian dan perhatian yang sama pada kedua anak lelaki dan perempuan.
3. Beri perhatian yang sama. Sebenarnya perbualan berkaitan hal emosi juga boleh dilakukan dengan anak lelaki. Kanak-kanak yang terdedah dengan keperluan emosi yang cukup akan membesar dengan lebih empati bila mereka besar nanti.
Artikel Menarik: [Terlepas Pandang, Si Kecil Ke Dapur Buka Fridge. Entah Apa Dia Cari!]
Sebenarnya seorang ayah sayang akan anak-anaknya sama rata tanpa ada perbezaan mengikut jantina. Tetapi cara ayah memanjakan anak lelaki dan melayan mereka perlu berbeza dengan anak perempuan kerana mahu mendidik anak lelaki sebagai ketua dalam semua hal.
Sumber: The Asian Parenting
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.

The post Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah, Tak Nak Berenggang. Ini Sebab Kena Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-perempuan-rapat-dengan-ayah-tak-nak-berenggang-ini-sebab-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun Ini Panduan Untuk Mak Ayah

Nak Masukkan Anak Sekolah Cina Perlu Dari Usia 5 Tahun Ini Panduan Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 182 hits
Siapa yang tidak mahu anak menguasai beberapa bahasa di usia muda Namun kemahiran anak kita tak datang sendiri tanpa usaha Jika terfikir fikir untuk mendaftarkan anak di sekolah Cina atau SJKC ada baiknya mak ayah membuat persediaan rapi un...
Bila Ayah Tengok Anak Perempuan Risaunya Berbeza Saharul Ridzwan Kongsi Kepentingan Ajar Anak Kenal Allah

Bila Ayah Tengok Anak Perempuan Risaunya Berbeza Saharul Ridzwan Kongsi Kepentingan Ajar Anak Kenal Allah

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 175 hits
Cinta seorang ayah kepada anak perempuannya adalah cinta yang paling tulus sekali di dunia ini Seorang ayah biasanya mempunyai tahap kerisauan yang berbeza kepada anak perempuan dibandingkan kepada anak lelaki Hubungan seorang ayah dengan a...
Reaksi Comel Bayi Dengar Ayah Mengaji Curi Tumpuan Wargamaya Doakan Jadi Anak Solehah

Reaksi Comel Bayi Dengar Ayah Mengaji Curi Tumpuan Wargamaya Doakan Jadi Anak Solehah

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 166 hits
Membesarkan anak anak di zaman serba moden ini memang sangat mencabar Pelbagai cara dan teknik keibubapaan digunakan demi untuk mendidik anak anak menjadi insan yang baik dan berakhlak Dalam pada ibu bapa sibuk mempelajari pelbagai teknik k...
Video Niat Nak Beli Sarapan Pemuda Sebak Lihat Anak Kecil Tidur Tepi Jalan Demi Teman Ibu

Video Niat Nak Beli Sarapan Pemuda Sebak Lihat Anak Kecil Tidur Tepi Jalan Demi Teman Ibu

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 180 hits
Bila sebut tentang kehidupan ada yang bersuara mengatakan hidup tidak adil Ada yang terlahir dari kalangan orang kaya ada juga yang dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan Bahkan yang kaya akan tetap kaya yang miskin sering ditindas Jika ...
Nak Marah Tapi Kena Sabar Cara Ibu Ni Pujuk Anak Tantrum Dipuji Ramai

Nak Marah Tapi Kena Sabar Cara Ibu Ni Pujuk Anak Tantrum Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 349 hits
Dalam fasa nak membesar memang perkara biasa kalau anak tantrum bila dia tak dapat apa yang diingini Sebagai ibu ayah kita memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal tingkah laku anak dalam keadaan yang tidak membuatkan mereka ter...
Nak Anak Bijak Beri Mereka Makan Ikan 2 Kali Seminggu Paling Bagus Hirup Kuah Singgang

Nak Anak Bijak Beri Mereka Makan Ikan 2 Kali Seminggu Paling Bagus Hirup Kuah Singgang

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 273 hits
Semua ibu bapa mahukan anak anak bijak terutama dalam pelajaran Selain daripada menyediakan pendidikan terbaik untuk mereka sebenarnya pemakanan juga memainkan peranan untuk membantu perkembangan otak anak agar lebih bijak
Sedihnya Nak Check Anak Tidur Nampak Dia Peluk Cium Gambar Arwah Abah

Sedihnya Nak Check Anak Tidur Nampak Dia Peluk Cium Gambar Arwah Abah

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 205 hits
Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan tanpa insan tersayang Kehilangan pasangan membuat kita terasa kosong tetapi impaknya lebih besar pada anak anak Mereka yang masih kecil mungkin sukar untuk menerima kenyataan ini dan akan merasai rind...
Bertarung Nyawa Selama 45 Minit Tasha Shilla Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Bertarung Nyawa Selama 45 Minit Tasha Shilla Selamat Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 200 hits
Pelakon Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan menerusi kaedah pembedahan sekitar jam 10 37 pagi hari ini Menurut laporan Harian Metro suami kepada Tasha iaitu Muhammad At...
Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 171 hits
Untuk kebanyakan anak bila dah masuk usia 5 tahun kemahiran motor dah mantap dan dapat melakukan aktiviti yang menggunakan tangan dengan baik Namun ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah untuk mengetahui sama ada kemahiran...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game