Bagaimana Cara Untuk Menambahkan Follower Di Instagram Dengan Pantas
Bagi individu yang menjalankan perniagaan atau yang ingin menjadi seorang social media influencers, mempunyai bilangan follower yang ramai di akaun Instagram adalah sesuatu yang sangat penting.
Orang lain mungkin tak faham kenapa perlu ada bilangan follower yang ramai.
Sebenarnya bilangan follower yang ramai akan dijadikan sebagai satu penanda aras bagi syarikat-syarikat besar untuk membuat keputusan sama ada ingin mengambil individu tersebut sebagai seorang freelancer atau tidak.
Mempunyai bilangan follower yang ramai samalah pentingnya seperti pemilik laman blog yang memerlukan bilangan trafik yang banyak.
Kalau anda menggunakan Instagram bermakna anda perlu fokus untuk dapatkan follower yang ramai. Sebaliknya Jika anda menggunakan blog anda perlu fokus untuk membina sebuah laman blog yang ada banyak trafik.
Kadang-kadang teknik yang kita biasa gunakan untuk dapatkan trafik yang ramai ke laman web juga boleh digunakan untuk mendapatkan follower Instagram. Anda cuma perlu tahu bagaimana nak sesuaikan teknik tertentu pada platform yang berbeza.
Dekat sini saya akan kongsikan beberapa pendapat saya tentang cara untuk mendapatkan bilangan follower yang ramai di Instagram.
(1) Follow artis kegemaran anda dan aktif memberi komen
Luangkan sedikit masa untuk berkomunikasi dengan artis kegemaran anda. Jika komen anda mendapat balasan dari artis tersebut, anda mungkin akan dapat tarik sebahagian dari follower artis tadi untuk jadi follower anda juga.
(2) Cari masa untuk menyertai perbincangan yang selalu berlaku di media sosial
Perbincangan di media sosial ini kadang-kadang tertumpu kepada hal-hal yang agak remeh. Oleh sebab itu saya percaya tidak sukar untuk menyertai sebarang perbincangan dan memberikan pendapat yang relevan dengan topik yang dibincangkan.
Jangan khuatir untuk memberikan pendapat yang berbeza kerana pendapat yang berbeza itu akan membuatkan diri anda mendapat perhatian daripada kalangan pengguna akaun instagram yang lain.
Jika ada yang suka dengan cara anda berfikir dan berhujah, pasti akan ada antara mereka yang akan menjadi salah seorang follower anda di masa akan datang.
(3) Kenalpasti topik yang sedang viral dan ulas topik tersebut
Cara ketiga untuk menambahkan follower di Instagram adalah dengan mengulas perkara perkara yang sedang viral pada ketika ini.
Walaubagaimanapun ulasan yang bakal anda lakukan perlulah kelihatan cerdik dan bukan sekadar untuk menyuarakan pendapat kosong semata-mata.
Pada masa yang sama anda juga perlu berhati-hati sekiranya topik yang anda ingin ulas adalah berkait rapat dengan hal-hal berkaitan isu keagamaan, bangsa, kaum, jantina dan politik.
Topik-topik seumpama ini memang mudah untuk menarik perhatian orang lain namun jika tidak dilakukan dengan berhati-hati ia akan mencetuskan perbalahan.
(4) Cubalah untuk jadi seorang yang kreatif dan hasilkan konten yang berkualiti.
Cuba anda hasilkan content yang berkualiti, sama ada dalam bentuk imej, artikel ataupun video.
Selalunya konten yang baik akan menarik perhatian golongan yang kita cuba sasarkan, dan jika mereka suka dengan apa yang kita hasilkan, mereka pasti akan kongsikan konten yang kita hasilkan kepada pengguna lain.
Ini sekaligus akan membuatkan profile kita semakin dikenali dan akan mendapat perhatian pengguna lain. Pasti akan ada antara mereka yang akan jadi follower anda.
(5) Buat video parodi tentang perkara yang sedang viral
Jika anda merupakan pengguna Instagram sudah tentu anda mempunyai smartphone yang boleh merakam video. Apa yang boleh anda lakukan adalah cuba lakonkan semula sesuatu kejadian yang benar-benar berlaku namun anda jadikan ia sebagai satu parodi.
Bila sebut tentang parodi, bermakna kita akan menjadikan sesuatu peristiwa yang sebenarnya sangat serius menjadi agak lucu.
(6) Rujuk panduan Instagram
Kalau anda masih tetap belum berjaya naikkan jumlah follower di instagram, mungkin boleh pertimbangkan untuk belajar dari panduan ini.
Menerusi panduan ini, anda juga akan dapat pelajari macam mana nak naikkan follower instagram anda. Sila ke halaman ini untuk muat turun panduan ini ya.
The post Bagaimana cara untuk menambahkan follower di Instagram dengan pantas? appeared first on Soal Jawab .MY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://soaljawab.my/bagaimana-cara-untuk-menambahkan-follower-di-instagram/