Badapungkyung Restoran Mesra Muslim Di Pulau Jeju Korea Selatan



Badapungkyung: Restoran Mesra-Muslim di Pulau Jeju, Korea Selatan
Ditulis oleh Joehairie

Diterbitkan oleh www.yatieowner.com untuk 'Jeju Tourism Organization'
Berkunjung ke luar negara pastinya menimbulkan sedikit kegusaran di kalangan pengunjung beragama Islam. Mana tidaknya, perihal makanan pasti menjadi persoalan utama. Kegusaran tersebut tidak perlu apabila bercuti di Pulau Jeju, Wilayah Autonomi Khas di Republik Korea, kerana di sini terdapat beberapa restoran yang dikategorikan oleh Organisasi Pelancongan Jeju sebagai Mesra-Muslim. Salah satu daripadanya adalah Badapungkyung yang terletak di Bandar Jeju.


‘Bada’ bererti laut dan ‘Pungkyung’ atau ‘Punggyeong’ merujuk kepada pemandangan. Lokasi restoran yang terletak Jalan Seohaean dan tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, memberikan kesempatan kepada pengunjung untuk meluangkan masa menikmati pemandangan laut (Selat Korea) di Pesiaran yang berdekatan. Kedinginan bayu laut apatah lagi di musim sejuk pastinya akan membuat pengunjung berasa lapar. Mujurlah Badapungkyung terletak berdekatan dan yang lebih penting, ia Mesra-Muslim. Restoran ini beroperasi dari 11 pagi hingga 11 malam.


Terdapat banyak jenis hidangan berasaskan makanan laut yang ada di restoran ini. Kakitangan restoran pula dilihat begitu prihatin dengan keperluan pengunjung beragama Islam dan dengan teliti menyediakan segala pesanan. Kami memilih untuk menikmati pelbagai jenis makanan laut yang disertakan dengan ‘Banchan’ (lauk-pauk sampingan dalam tradisi kulinari Korea). Kesemua lauk dihidangkan untuk perkongsian antara 3-4 orang kerana kelaziman ini sudah menjadi tradisi di Korea.


Antara hidangan dalam ‘Banchan’ yang disertakan adalah Kongnamul Muchim (Tauge Korea), Ganjang-Gejang (Ketam diperap dengan Kicap Soya, halia, bawang dan sebagainya), Kimchi dan sayur yang ditumis mengikut cara masakan Korea. Kesemuanya biasa dilihat kecuali Ganjang-Gejang dan lauk sampingan ini mempunyai tekstur lembut serta rasa yang enak. Tidak lengkap hidangan di Badapunkyung jika tidak mencuba Sup Rumpai Laut yang disertakan dengan hirisan Landak Laut.


Sup Rumpai Laut ini merupakan antara produk laris di kalangan pengunjung tetap Badapungkyung. Kami berpeluang merasai sendiri sup ini dan ternyata rasanya sedap. Rumpai laut yang segar serta hirisan Landak Laut memberikan tekstur serta rasa yang unik. Tidak hairanlah Sup Rumpai Laut sangat popular di restoran ini. Selain ‘Banchan’ dan sup, Nasi juga disediakan untuk para pengunjung.


Ikan kembung Bakar merupakan antara menu utama yang dihidangkan kepada kami. Ia menjadi kegemaran semua kerana rasanya yang sedap. Kulitnya ranggup dan isinya pula lembut, dimasak dengan sempurna. Ikan Kembung Bakar ini sesuai dimakan bersama nasi yang dihidangkan. Ia setentunya mengingatkan kami kepada hidangan seumpanya di tanahair.


Hidangan Tempura ini juga tidak kurang hebatnya. Selain Sotong, Udang dan Isi Ikan, ubi manis dan sayur-sayuran terpilih juga disertakan. Hidangan ini bersaiz besar yang cukup untuk 3-4 orang. Walaupun rasanya hampir sama seperti Tempura di restoran lain, ia tetap menjadi pelengkap hidangan buat kami.


Ikan Kerapu yang digoreng sehingga ranggup juga dihidangkan kepada kami. Ikan yang digunakan adalah segar justeru memberikan rasa manis pada isinya. Kuah yang dibuat dengan menggunakan kicap soya melengkapkan rasa keseluruhan ikan goreng ini. Ia enak dimakan begitu sahaja atau bersama dengan nasi putih yang diberikan kepada setiap pengunjung. Satu hal yang menarik adalah, pengunjung tidak perlu bersusah-payah untuk meleraikan isinya dari tulang kerana ia akan dilakukan oleh kakitangan restoran.


Kami sangat berpuas hati dengan hidangan di restoran Badapungkyung ini dan kami percaya pengunjung lain juga akan bersetuju dengan pandangan kami. Pengunjung juga pasti akan tertarik dengan layanan mesra yang diberikan oleh kakitangan restoran. Kakitangan restoran amat prihatin terutamanya terhadap keperluan pengunjung beragama Islam yang mementingkan sumber makanan yang halal. Selain itu, pihak restoran juga menyediakan ruang solat yang sempurna. Pengunjung adalah dinasihatkan untuk sentiasa membawa kelengkapan solat bersama mereka seperti Telekung dan Sejadah.

Restoran Badapungkyung
654, Seohean-ro, Jeju-si

Kunjungan ke Restoran Badapungkyung ini adalah sebahagian daripada program lawatan media ke Pulau Jeju, Korea Selatan yang ditaja sepenuhnya oleh Organisasi Pelancongan Jeju (Jeju Tourism Organization). Walaubagaimanapun, penulis yang merupakan editor kepada curiostraveller.com serta ahli Komuniti Sabahan Blogger memberikan pandangannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.



Much Love,
YatieOwner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yatieowner.com/2019/01/badapungkyung-restoran-mesra-muslim-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Tong Sampah Bagi Korea Selatan Filipina Akan Kembalikan Berton Ton Sampah Milik Korsel

Jadi Tong Sampah Bagi Korea Selatan Filipina Akan Kembalikan Berton Ton Sampah Milik Korsel

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 237 hits
Waduh mungkin nggak ya Indonesia juga jadi tong sampah bagi negara lain Jangan jangan selama ini kita aja yang nggak tahu
Jom Viral Kedai Sparepart Kereta Muslim Pulau Pinang

Jom Viral Kedai Sparepart Kereta Muslim Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 640 hits
Memang susah sangat nak cari kedai alat ganti kereta kepunyaan Muslim majoriti kepunyaan orang bukan IslamTapi kat Pulau Pinang ada Harap anak anak Melayu yang pandai repair kereta tu cari kedai niDengar cerita tauke kedainya suka derma kat...
Kereta Berkaki Empat Di Korea Selatan

Kereta Berkaki Empat Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 527 hits
Pengeluar kereta Korea Selatan Hyundai memperkenalkan projek kereta berkaki robotik yang boleh berjalan atau merayap di permukaan sukar Dinamakan Elevate projek itu diumumkan kepada media menjelang pembukaan pameran Pertunjukan Elektronik P...
Korea Selatan Menang Tipis Atasi Filipina

Korea Selatan Menang Tipis Atasi Filipina

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 341 hits
Pemain Filipina Stephan Palla bersaing dengan pemain Korea Selatan Hwang Ui jo pada perlawanan Piala Asia di Dubai Foto EPAKorea Selatan menang tipis atasi FilipinaDUBAI Penjaring prolifik Hwang Ui jo mencipta gol pada babak kedua ketika Ko...
Artis Korea Selatan Go Ara Yakin Pakai Baju Kurung Di Majlis Anugerah Tarik Perhatian Netizen

Artis Korea Selatan Go Ara Yakin Pakai Baju Kurung Di Majlis Anugerah Tarik Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 973 hits
Pelakon Korea Selatan Go Ara muncul sering kali tampil cantik tatkala muncul di karpet merah mana mana majlis anugerah di Korea Selatan Namun begitu busana terbaru yang dikenakan semasa SBS Drama Award 2018 yang diadakan hujung tahun lalu m...
12 Realita Di Balik Kenapa Guru Les Di Korea Selatan Bisa Tajir Melintir Dan Dipuja Bak Selebriti

12 Realita Di Balik Kenapa Guru Les Di Korea Selatan Bisa Tajir Melintir Dan Dipuja Bak Selebriti

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 241 hits
Cuma banyak guru les yang super kaya itu justru merasa bersalah dengan cara mereka mendapatkan duit Kata mereka kasihan anak anak lesnya
Restoran Baan109 Sajian Jim Jum Muslim Friendly Tanpa Perasa Tambahan

Restoran Baan109 Sajian Jim Jum Muslim Friendly Tanpa Perasa Tambahan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 684 hits
RESTORAN BAAN109 SAJIAN JIM JUM MUSLIM FRIENDLY TANPA PERASA TAMBAHAN MASAKAN THAILANDBaru baru ini AlongMurni berkesempatan ke Pusat Beli Belah Damansara 2 yang dahulunya dikenali Tropicana City Mall untuk mencuba menu masakan Thailand di ...
Restoran Baan 109 Menyajikan Authentic Thai Food Jim Jum Muslim Friendly Pertama Di Malaysia

Restoran Baan 109 Menyajikan Authentic Thai Food Jim Jum Muslim Friendly Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 420 hits
Saya pasti ramai yang suka makan makanan Thai kan Macam sayalah memang kegemaran makanan Thai ni kalau cakap atau teringat Thailand sure akan terbayang makanannya yang sedap sedap Kalau nak dikira restoran Thai di Malaysia ni memang banyak ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik