Badan Penyelidik Dakwa Sokongan Pas Di Selangor Makin Merosot



(FMT) – Sebuah badan penyelidikan di bawah kerajaan Selangor mendakwa sokongan terhadap PAS di Selangor semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Institut Darul Ehsan (IDE) berkata sokongan terhadap PAS menurun kepada 8% berbanding 15% sebelum ini.
“Penemuan ini adalah hasil survei terakhir IDE yang diadakan pada 12 hingga 14 Julai yang lalu.
“Selain survei yang dijalankan ini, IDE juga menjalankan beberapa siri penelitian lapangan sepanjang Ogos dan September ini bagi meneliti trend ini bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara,” kata Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir.
Khairul bagaimanapun berkata kemerosotan itu tidak bermakna pengundi membuat keputusan mengalihkan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) atau Umno.
Beliau berkata, kebanyakan pengundi di Selangor cenderung memerhati perkembangan semasa dalam menentukan sokongan politik masing-masing pada pilihan raya seterusnya.
“Kajian juga menunjukkan sokongan ke atas PH dan Barisan Nasional (BN) adalah stabil sepertimana yang diberikan oleh pengundi pada PRU yang lalu,” katanya.
Terdahulu, Khairul berkata berdasarkan kajian IDE sebelum PRU14 menunjukkan sokongan PAS di Selangor adalah 12% dan melonjak kepada 15% ketika PRU14.
Katanya, kemerosotan sokongan hampir 8% yang dialami oleh PAS dalam kajian terakhir yang dilakukan IDE mempunyai kaitan dengan sikap penyokong dan pengundi parti Islam itu.
“PAS kini hanya berjaya mengekalkan sokongan dalam kategori ahli-ahli tegar sedangkan sokongan mereka dalam kategori penyokong dan kategori pengundi PAS dalam PRU yang lalu mula menukar sikap terhadap parti tersebut.
“Wujud 3 kategori kecenderungan dan sokongan terhadap PAS. Mereka ini dikategorikan sebagai ahli PAS, penyokong PAS dan pengundi PAS,” katanya.
Khairul menjelaskan ahli PAS merujuk kepada mereka yang akan terus menerus menyokong parti tersebut dalam apa jua keadaan.
Manakala, penyokong PAS, katanya, ialah mereka yang bukan ahli PAS tetapi cenderung menyokong idealisme dan perjuangan parti tersebut.
“Ketiga ialah mereka bukan ahli PAS atau penyokong parti tersebut tetapi mereka mengundi PAS kerana sebab-sebab tersendiri atau tertarik dengan tawaran alternatif yang dikemukakan oleh parti tersebut,” katanya.
Beliau berkata data-data ini adalah sebahagian daripada dapatan berdasarkan kajian persepsi rakyat Selangor 2019 melibatkan seluruh kawasan 56 DUN dan 2,851 orang responden.
Katanya, responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal dan taraf pendidikan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/12/badan-penyelidik-dakwa-sokongan-pas-di-selangor-makin-merosot/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Pada Pas Merosot Di Selangor Kata Ide

Sokongan Pada Pas Merosot Di Selangor Kata Ide

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 255 hits
Tahap sokongan yang diterima PAS di Selangor salah satu negeri yang disasarkan parti itu untuk diperintah sebelum ini menurun kira kira 7 peratus berbanding sebelum PRU ke 14 lalu Kajian Institut Darul Ehsan menunjukkan tahap sokongan semas...
Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 355 hits
OLEH ALIFF FIKRI AZIZDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa yang mendakwa kerjasama tersebut hanya tentang Melayu dan Islam jelas tersasar Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 15 Sept Gabungan Umno PAS memerlukan sokongan seluruh ra...
Luka Di Badan Lufya Dakwa Dipukul Suami

Luka Di Badan Lufya Dakwa Dipukul Suami

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 359 hits
Tiada angin tiada ribut perkongsian Lufya Omar di Instagram mencetuskan tanda tanya netizen apabila pelakon itu mendakwa suaminya Dr Che Muhammad Hafiz The post appeared first on
Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 203 hits
September 18 2019 3 44 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Sabtu lalu PETALING JAYA PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Plan Tindakan dan road map mer...
Kita Tidak Panik Kajian Ide Mungkin Hanya Persepsi Kata Pesuruhjaya Pas Selangor

Kita Tidak Panik Kajian Ide Mungkin Hanya Persepsi Kata Pesuruhjaya Pas Selangor

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 235 hits
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi PETALING JAYA PAS Selangor tidak panik berhubung kajian Institut Darul Ehsan yang mendakwa sokongan kepada parti Islam itu di negeri berkenaan semakin merosot berbanding sokongan yang diterimany...
Annuar Musa Mocks Mujahid S Interest In Umno Pas Charter

Annuar Musa Mocks Mujahid S Interest In Umno Pas Charter

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 231 hits
Amanah vice president Mujahid Yusuf Rawa should not spend his time in prejudgment of the Umno PAS charter set to be launched this weekend So says Umno secretary general Annuar Musa who released a statement today in which he took a few digs ...
Guan Eng Mana Ada Boikot Saya Sudah Tanya Pas Dan Umno Presiden Mic

Guan Eng Mana Ada Boikot Saya Sudah Tanya Pas Dan Umno Presiden Mic

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 275 hits
Tidak timbul langsung soal boikot barangan bukan Islam seperti yang di dakwa oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Malah saya sebagai Presiden MIC telah menyoal Pas dan UMNO dalam dua mesyuarat berasingan baru baru ini tentang perkara itu dan ...
Mahadhir Tak Perlu Jaga Pungkoq Pas Dan Umno

Mahadhir Tak Perlu Jaga Pungkoq Pas Dan Umno

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 365 hits
SEPATUTNYA MAHADHIR JERNIHKAN KEADAANSEBAGAI PERDANA MENTERI DAN ORANG TUA MAHADHIR TAK PERLU MASUK CAMPUR URUSAN PAS DAN UMNO NAMPAKNYA MAHADHIR TAKUT KEKUATAN PAS DAN UMNO MENYEBABKAN RAMAI WAKIL RAKYAT BERSATU TERPAKSA TINGGALKAN PERSATU...
Dr M Pas Should Retract Kafir Label Before Working With Umno

Dr M Pas Should Retract Kafir Label Before Working With Umno

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 179 hits
Dr Mahathir Mohamad has thrown a spanner in the works on the proposed signing of a formal political pact between the opposition parties of Umno and PAS on Saturday The prime minister said PAS has to first retract its statement labelling Umn...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan