Kita Tidak Panik Kajian Ide Mungkin Hanya Persepsi Kata Pesuruhjaya Pas Selangor


Faiz ZainudinPesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: PAS Selangor tidak panik berhubung kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendakwa sokongan kepada parti Islam itu di negeri berkenaan semakin merosot berbanding sokongan yang diterimanya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya tidak menolak dapatan kajian tersebut sambil memaklumkan ia kemungkinan persepsi yang dicipta pihak lawan untuk memberi gambaran bahawa bekas parti kerajaan negeri itu semakin lemah.

“Ini sekadar kajian. Boleh jadi kajian persepsi, tak apalah. PAS akan gunakannya sebagai tanda aras untuk mengatur langkah lebih berstrategi lagi.

“Kita tidak menolak sama sekali (kajian itu) dan kita juga tidaklah menerima 100%. Macam-macam boleh jadi dengan kajian itu. Boleh jadi betul, boleh jadi persepsi. Yang penting PAS Selangor terus bergerak mengatur strategi, apatah lagi kita sekarang bergerak dalam kerjasama Perpaduan Ummah bersama Umno.

“Saya fikir ada benda-benda yang kita boleh dijadikan langkah positif,” katanya kepada FMT ketika mengulas kajian terbaru badan penyelidikan milik kerajaan negeri Selangor itu.

Yunus, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang itu berkata, pihaknya juga mempunyai kajian tersendiri dan jumlah ahli baru yang menyertai PAS menunjukkan peningkatan.

“Bulan lepas sahaja kita terima lebih 400 ahli baru di Selangor. Malah bukan sahaja di Selangor, di seluruh Malaysia juga meningkat,” katanya sambil memaklumkan sokongan di peringkat akar umbi juga baik berdasarkan program yang dijalankan.

Beliau juga berkata, rata-rata rakyat di Selangor menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap prestasi pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak boleh nafi juga respons di media sosial. Walaupun bukan kajian strategik dan hanya berdasarkan permerhatian, rakyat cukup marah dengan beberapa agenda melibatkan inisiatif peduli rakyat yang dijanjikan semasa pembentangan belanjawan, tetapi tidak dilaksana dengan baik. Ramai tidak puas hati,” katanya.

IDE sebelum ini berkata, kajian terbarunya mendapati sokongan kepada PAS menurun kepada 8% berbanding 15% sebelum ini.

“Penemuan ini adalah hasil survei terakhir IDE yang diadakan pada 12 hingga 14 Julai yang lalu.

“Selain survei yang dijalankan, IDE juga menjalankan beberapa siri penelitian lapangan sepanjang Ogos dan September ini bagi meneliti trend ini bukan sahaja di Selangor, tetapi di seluruh negara,” kata Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir.

Khairul bagaimanapun berkata, kemerosotan itu tidak bermakna pengundi membuat keputusan mengalihkan sokongan mereka kepada PH atau Umno.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi di Selangor cenderung memerhati perkembangan semasa dalam menentukan sokongan politik masing-masing pada pilihan raya seterusnya.

“Kajian juga menunjukkan sokongan kepada PH dan Barisan Nasional (BN) adalah stabil seperti yang diberikan oleh pengundi pada PRU yang lalu,” katanya.

Sebelum ini Khairul berkata, berdasarkan kajian IDE sebelum PRU14 menunjukkan sokongan PAS di Selangor adalah 12% dan melonjak kepada 15% ketika PRU14.

Dalam pada itu, Yunus berkata, PAS dan Umno masih berpeluang untuk merampas kerajaan Selangor dalam pilihan raya akan datang.

“Pelung pembangkang tawan Selangor masih ada. Kalau gabung undi antara PAS dan Umno dalam pilihan raya lalu, ada kerusi yang majoritinya lebih besar, itu jika kita ambil kira keadaan masa itu,” katanya.

PAS mempunyai satu kerusi di DUN Selangor selepas PRU14 berbanding 15 ketika PRU13. Umno mempunyai 5 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/kita-tidak-panik-kajian-ide-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Pada Pas Merosot Di Selangor Kata Ide

Sokongan Pada Pas Merosot Di Selangor Kata Ide

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 332 hits
Tahap sokongan yang diterima PAS di Selangor salah satu negeri yang disasarkan parti itu untuk diperintah sebelum ini menurun kira kira 7 peratus berbanding sebelum PRU ke 14 lalu Kajian Institut Darul Ehsan menunjukkan tahap sokongan semas...
Hanya Orang Gila Talak Ungkit Kisah Lama Pas Dan Umno Haji Hadi

Hanya Orang Gila Talak Ungkit Kisah Lama Pas Dan Umno Haji Hadi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 406 hits
Pas menggambarkan pihak yang mengungkit kisah kisah lama antara parti itu dengan UMNO sebagai individu gila talak kerana masing masing bukan lagi ahli kedua dua parti teras orang Melayu dan Islam itu Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ...
Melayu Islam Terancam Hanya Ilusi Kata Mujahid

Melayu Islam Terancam Hanya Ilusi Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 359 hits
Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malaysia Terkini Parlimen Malaysia Live Talk Show Bicara Najib Razak Live Talk Show Bicara Yb Khalid samad Facebook https www facebook com jomchann
Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 474 hits
Kerjasama Umno PAS sejarah baru politik Malaysia kata Annuar Musa Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 201
12 Ide Mahkota Adat Pengantin Dipadukan Dengan Hijab Kata Siapa Nggak Bagus

12 Ide Mahkota Adat Pengantin Dipadukan Dengan Hijab Kata Siapa Nggak Bagus

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 548 hits
Ternyata bisa lo terlihat megah pakai hiasan kepala dari berbagai tradisi pernikahan adat saat berhijab Cantik banget
Deb Hanya Menguntungkan Orang Kaya Kata Pakatan Harapan

Deb Hanya Menguntungkan Orang Kaya Kata Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 325 hits
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan sepatutnya tamat pada tahun 1990 kini digunakan untuk memanfaatkan segelintir elit Melayu kata Nik Nazmi Nik Ahmad Anggota Parlimen Titiwangsa itu berkata DEB bukan sahaja ...
Badan Penyelidik Dakwa Sokongan Pas Di Selangor Makin Merosot

Badan Penyelidik Dakwa Sokongan Pas Di Selangor Makin Merosot

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 282 hits
Sebuah badan penyelidikan di bawah kerajaan Selangor mendakwa sokongan terhadap PAS di Selangor semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum ke 14 Institut Darul Ehsan berkata sokongan terhadap PAS menurun kepada 8 berbanding 15 sebelu...
10 Ide Pre Wedding Unik Terinspirasi Dari Pas Foto Nggak Selalu Harus Formal Dan Terlihat Kaku Lo

10 Ide Pre Wedding Unik Terinspirasi Dari Pas Foto Nggak Selalu Harus Formal Dan Terlihat Kaku Lo

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 613 hits
Roger Danuarta dan Cut Meyriska sempat berfoto lucu menggunakan topeng ala Star Wars di pre wed pas foto mereka Gemas ya
Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Konsert Dia Misha Omar 2025

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar