Badan Peguam Selar Najib Peguam Kerana Salah Guna Proses Mahkamah


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 19, 2022

Badan Peguam Malaysia menyelar tindakan bekas perdana menteri, Najib Razak dan peguamnya berhubung rayuan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan.

Presidennya, Karen Cheah berkata, ia merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah dan mencemarkan nama baik sistem kehakiman, selain peguam yang terlibat perlu berdepan tindakan tatatertib.

Katanya, meskipun Najib berhak menggugurkan peguamnya dan melantik peguam baru, namun dengan berbuat demikian, ia bermakna mengambil risiko bahawa mahkamah mungkin tidak membenarkan penangguhan, sementara pasukan peguam baru mengambil alih kes tersebut.

“Keputusan untuk menukar peguam pada saat akhir ketika ini adalah dari dia sendiri. Oleh itu, sebarang ketidakadilan yang didakwa olehnya, sekiranya ada, disebabkan dirinya sendiri (self-inflicted),” katanya.

Sebagai peguam Najib, Cheah berkata amalan undang-undang menetapkan bahawa peguam tidak seharusnya menerima sebarang kes, melainkan mereka yakin secara munasabah boleh hadir dan mewakili anak guam pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan oleh mahkamah.
Mereka juga perlu sedaya-upaya untuk bersedia menghadiri perbicaraan pada tarikh tersebut, kata Cheah.

Dia berkata terdapat dua peraturan yang jelas menyatakan bahawa seseorang peguam mesti bersiap sedia dan membuat penilaian sebelum memutuskan sama ada boleh mengambil kes tersebut.

“Kewajipan utama kepada mahkamah, menghormati pentadbiran keadilan, dan menegakkan martabat profesion undang-undang, harus ada dalam diri semua peguam,” katanya, memetik Peraturan 6(a) dan 24(a) Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978.

Najib mengemukan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan terhadap satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC International.

Pada penghujung Julai lalu, Najib menggugurkan pasukan peguam yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah dan melantik firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners bagi mewakilinya.

Pasukan peguam baru itu kemudian memohon untuk menangguhkan rayuan selama beberapa bulan bagi membuat persediaan, namun ditolak oleh mahkamah.
Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan peguam untuk mengemukakan bukti baru yang mereka dakwa menunjukkan hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu. Mahkamah memutuskan bukti yang dikatakan itu tidak mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap Najib.

Najib kemudiannya menggugurkan peguam dari firma Zaid kecuali peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang sebelum ini cuba menarik diri tetapi tidak mendapat kebenaran mahkamah.

Perbicaraan akan disambung pada Selasa meskipun Hisyam menegaskan dia tidak akan berhujah kerana tidak membuat persediaan.

[Baca kenyataan penuh Badan Peguam Malaysia]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/badan-peguam-selar-najib-peguam-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Diraja Uk Cabar Keputusan Mahkamah Tinggi Gigih Nak Mewakili Najib

Peguam Diraja Uk Cabar Keputusan Mahkamah Tinggi Gigih Nak Mewakili Najib

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 372 hits
Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan James Laidlaw telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mewakili Najib Razak dalam rayuan terakhirnya membabitkan penyelewengan dana R...
Kami Akan Failkan Hujahan Baharu Peguam Najib Beritahu Mahkamah Persekutuan

Kami Akan Failkan Hujahan Baharu Peguam Najib Beritahu Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 222 hits
August 18 2022 Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik berkata beliau akan memfailkan hujahan bertulis baharu dalam rayuan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan PUTRAJAYA Peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pihak pembe...
Saya Terkejut Dan Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Najib

Saya Terkejut Dan Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 298 hits
Datuk Seri Najib Razak kecewa dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya memasukan bukti berkaitan hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Kata bekas Perdana Menteri itu permohonan beliau untuk memasukan bukt...
Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Shafiee Mahu Tangguh 24 Jam Lagi Kes Najib

Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Shafiee Mahu Tangguh 24 Jam Lagi Kes Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 266 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam Tan Sri Datuk Seri Shafee Abdullah supaya memberinya tempoh kurang 24 jam bagi membolehkannya menyediakan hujah dalam usaha Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Ketua Hakim Negara ...
Penyokong Mohon Mahkamah Adil Terhadap Najib Tapi Banyak Macam Makcik Zuraida Ni

Penyokong Mohon Mahkamah Adil Terhadap Najib Tapi Banyak Macam Makcik Zuraida Ni

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 297 hits
MOHD SHAH RIMPuan Zubaida ni very Najib makan najib minum najib tidur pun najib kau tak boleh argue atau explain kenapa najib bersalah dia akan tetap cakap najib tidak bersalah Ni bukti kekuatan UMNO kerana ramai yang mcm Puan Zubaida Dulu ...
Najib Ke Mahkamah Penyokong Penyokongnya Dah Ke Mana

Najib Ke Mahkamah Penyokong Penyokongnya Dah Ke Mana

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Tiada kelibat penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini berhubung perbicaraan beliau mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad Suasana dilihat agak berbeza berbanding perb...
Mahkamah Tak Benar Kes Najib Ditangguh Ke 3 Bulan Lagi

Mahkamah Tak Benar Kes Najib Ditangguh Ke 3 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 304 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 16 2022 4 11 PMMahkamah Persekutuan menolak permohonan terbaru bekas perdana Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran kes rayuan SRC International Sdn Bhd kepada tiga ke empat bulan lagi Ketua Hakim Negara ...
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah