Najib Ke Mahkamah Penyokong Penyokongnya Dah Ke Mana
KUALA LUMPUR - Tiada kelibat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini berhubung perbicaraan beliau mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Suasana dilihat agak berbeza berbanding perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu di Putrajaya sebelum ini.
Setakat jam 10.30 pagi, hanya wartawan daripada pelbagai media dilihat berada Mahkamah Tinggi bagi melaporkan keadaan terkini perbicaraan kes tersebut.
Turut dilihat hadir ialah anak Najib, Nooryana Najib pada jam 9.30 pagi.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama lapor Sinar
Sinar melaporkan tiada penyokong Najib kelihatan.. tapi FMT taklah kejam sangat.. FMT lapor adalah dalam 10 orang penyokong Najib yang kelihatan..
KUALA LUMPUR: Segelintir penyokong Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi pagi ini susulan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman penjara sejak Selasa lalu.
Berdasarkan pemerhatian FMT, lebih kurang 10 orang penyokong Najib dilihat hadir di mahkamah itu bagi memberi sokongan dalam perbicaraan kes 1MDB.
Ketika ditemui, seorang penyokong Najib yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Lang menafikan mereka datang ke mahkamah kerana dibayar oleh pihak Najib.
Beliau berkata kehadiran hari ini dengan menggunakan wang sendiri berikutan mengenang jasa-jasa Najib kepadanya selama ini.
“Kalau tak cukup duit kawan-kawan bantu belanja. Ikhlas jadi penyokong dia sejak dulu sampai sekarang,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penyokong Najib yang mahu dikenali sebagai SBY berkata beliau akan hadir ke mahkamah sehingga nasib bekas perdana menteri itu terbela.
“Dia (Najib) sekarang terbatas pergerakan. Tetapi roh dia masih luar bersama kami.
“Kami ingin sokong Najib sampai dia terbela. Datang atas kerelaan sendiri. Nak balas budi apa telah dia buat untuk kami golongan B40.
“Jasa Najib menggunung untuk rakyat,” katanya.
Manakala, seorang pesara, Radiah Rashid, 63, berkata kehadirannya hari ini bagi memberi sokongan moral pada Najib.
“Kita akan tunggu Najib sampai keluar hari ini. Nak bagi sokongan wang tak mampu. Hanya mampu bagi sokongan moral saja,” katanya..
Laporan penuh bacalah di SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/najib-ke-mahkamah-penyokong.html