Bacaan Ketika Seseorang Terlupa



Soalan:
Apakah yang sepatutnya dibaca oleh seseorang itu apabila dia terlupa akan sesuatu?

Jawapan:
Tidak dinafikan bahawa setiap manusia itu tidak dapat lari dari sifat pelupa. Sehinggakan disebut dalam sebuah ungkapan yang masyhur:

وَمَا سُمِّيَ الإنسَانُ إِلَّا لِنَسيِهِ
“Dan tidaklah dinamakan manusia itu melainkan kerana sifat pelupanya.”

Sebahagian ulama menyebutkan berkenaan dua perkara yang bermanfaat untuk dibaca oleh seseorang itu apabila dia terlupa. Kami kongsikan kedua cara tersebut seperti berikut:

Pertama: Menyebut Nama Allah S.W.T

Seseorang yang terlupa akan sesuatu perkara dituntut untuk memperbanyakkan mengingati Allah supaya Allah S.W.T membantu dirinya mengingati semula perkara tersebut. Hal ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ
“Dan sebutlah nama Tuhan kamu apabila kamu terlupa.” [Surah al-Kahf (24)]

Syeikh Muhammad bin Al-Amin al-Syanqithi dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini menyebutkan: “Para ulama tafsir mempunyai dua pendapat yang makruf terhadap ayat ini. Iaitu:

Ayat ini berkaitan dengan ayat sebelumnya. Makna ayatnya: “Sekiranya kamu mengatakan bahawa kamu akan melakukan sesuatu perkara pada esok hari, kemudian kamu terlupa untuk mengucapkan ‘InsyaAllah’ kemudian kamu mengingatnya semula maka ucapkanlah InsyaAllah.
Ini adalah pendapat yang zahir dan ia juga merupakan pandangan jumhur ulama. Antara yang menyebutkan tentangnya adalah Ibn Abbas, Hasan al-Basri, Abu al-‘Aaliyah, dan selain mereka.

Pandangan kedua pula menyatakan bahawa ayat ini tidak berkaitan dengan ayat sebelumnya. Makna ayat menjadi: ‘Apabila terjadi pada diri kamu terlupa akan sesuatu perkara maka sebutlah nama Allah. Ini kerana kelupaan itu disebabkan oleh syaitan dan zikrullah akan dapat menolak syaitan’. [Rujuk Adhwa’ al-Bayan, al-Syanqithi (4/61-62)]
Manakala Syeikh Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’di dalam tafsirannya ke atas ayat ini berkata: “Dan diambil dari keumuman firman Allah ini, perintah untuk zikrullah ketika terlupa. Ini kerana ia dapat menghilangkan kelupaan serta akan mengingatkan seorang hamba itu perkara yang dia terlupa.” [Rujuk Taisir al-Karim al-Rahman, Al-Sa’di (5/956)]




Kedua: Berselawat Ke Atas Nabi S.A.W

Sebahagian ulama menyatakan bahawa antara cara yang dilakukan oleh seseorang itu apabila dia terlupa akan sesuatu adalah dengan berselawat ke atas Nabi S.A.W. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam al-Sakhawi dengan katanya:

وأما الصلاة عليه لمن نسي شيئاً وأراد تذكره وكذا لمن خاف النسيان
“Adapun selawat ke atas baginda S.A.W bagi mereka yang terlupa akan sesuatu atau hendak mengingatinya semula dan demikian juga bagi mereka yang takut terlupa.”

Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Anas beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إذا نسيتم شيئاً فصلوا علي تذكروه إن شاء الله تعالى
“Apabila kamu terlupa akan sesuatu maka berselawatlah ke atasku nescaya kamu akan mengingati perkara tersebut. InsyaAllah.”

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Musa al-Madini dengan sanad yang dhaif. Manakala daripada Utsman bin Abi Harb al-Bahili beliau meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda:

من أراد أن يحدث بحديث فنسيه فليصل علي فإن في صلاته علي خلفاً من حديثه وعسى أن يذكره
“Sesiapa yang hendak membacakan suatu hadis lalu dia terlupa akannya maka hendaklah dia berselawat ke atasku. Sesungguhnya selawatnya ke atasku adalah sebagai ganti dari hadisnya dan mudah-mudahan (dengan berselawat) dia akan mengingatinya semula.”

Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Dailami sebegini dengan sanad yang dhaif. Demikian juga daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata:

من خاف على نفسه النسيان فليكثر الصلاة على النبي - صلى الله عليه وسلم
“Sesiapa yang takutkan ke atas dirinya sifat pelupa maka hendaklah dia berselawat ke atas Nabi S.A.W.”

Riwayat ini juga datang dengan sanad yang terputus. [Rujuk Al-Qaul al-Badi’, Al-Sakhawi (1/227)]

Demikian juga Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ada menyebutkan bahawa antara tempat yang dianjurkan untuk berselawat ke atas Nabi S.A.W adalah apabila seseorang itu terlupa akan sesuatu perkara atau dia mahu untuk mengingati suatu perkara. Beliau menyatakan bahawa perkara ini disebutkan oleh Abu Musa al-Madini dalam sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إذا نسيتم شيئا فصلوا علي تذكروه إن شاء الله
“Apabila kamu terlupa akan sesuatu maka berselawatlah ke atasku nescaya kamu akan mengingati perkara tersebut. InsyaAllah.” [Rujuk Jala’ al-Afham, Ibn Al-Qayyim (1/429)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa pada asasnya seseorang yang terlupa itu hendaklah memperbanyakkan zikrullah berdasarkan keumuman ayat yang ke-24 dari surah al-Kahfi di atas. Ini seperti dia membaca doa:

اللهم ذكرني ما نسيت وعلمني ما جهلت
“Ya Allah, ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa dan ajarkanlah aku apa yang aku jahil.”

Demikian juga boleh untuk seseorang yang lupa itu berselawat ke atas Nabi S.A.W disebabkan terdapatnya hadis yang menunjukkan kepada hal tersebut sekalipun ia merupakan hadis dhaif. Sebagaimana yang masyhur menjadi pegangan jumhur, hadis-hadis dhaif boleh diamalkan di dalam bab fadhilat-fadhilat amalan dengan beberapa syarat yang telah disebutkan oleh beberapa ulama seperti Ibn Hajar al-Asqalani dan selainnya.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/bacaan-ketika-seseorang-terlupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas

Video Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 456 hits
Video Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas tular di media media sosial semalam Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang pelajar kolej swasta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja ...
Nur Umaisarah Sameon Menceritakan Apa Terjadi Ketika Dia Hilang Secara Misteri Selama 19 Hari Di Gunung Tahan

Nur Umaisarah Sameon Menceritakan Apa Terjadi Ketika Dia Hilang Secara Misteri Selama 19 Hari Di Gunung Tahan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 606 hits
Artikel dibawah dipetik daripada keratan suratkhabar tempatan Siapa masih ingat lagi satu kes hilang di Gunung Tahan melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang pernah menggemparkan negara satu masa dahulu Wanita itu bernama Nur Umaisar...
Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih

Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 2094 hits
Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih ok Kehilangan Mohammad Ashraff Hassan 29 ketika larian Gopeng Ultra Trial di Gua Tempurung masih lagi misteri Menerusi laman page Facebook Gopeng ULTRA mereka mem...
Diserbu Ketika Sedang Leka Berpesta Liar

Diserbu Ketika Sedang Leka Berpesta Liar

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 487 hits
Individu yang ditahan kerana terbabit dalam pesta liar di sebuah hotel di Kota Kinabalu FOTO Ihsan PDRMKOTA KINABALU Seramai 14 individu termasuk enam wanita menyewa bilik hotel untuk tujuan khayal dan berhibur ditahan dalam serbuan dari Ba...
Trik Aman Membawa Smartphone Ketika Traveling

Trik Aman Membawa Smartphone Ketika Traveling

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 247 hits
Smartphone adalah hal paling penting yang akan selalu Anda bawa kemanapun Begitu juga ketika traveling Tanpa smartphone tentunya akan ada beberapa hal yang Anda lewatkan Seperti foto bersama booking tempat mencari referensi maupun saling be...
Bernafas Ketika Minum

Bernafas Ketika Minum

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 257 hits
Soalan Apakah terdapat hadith berkaitan larangan meminum air dengan satu nafas Jawapan Islam merupakan agama yang cukup sempurna kerana ia mengajar manusia daripada sekecil kecil perkara sehingga kepada sebesar besar perkara Selain itu juga...
Kencing Manis Ketika Hamil Mari Semak Langkah Mengawal Dan Cegah Diabetes

Kencing Manis Ketika Hamil Mari Semak Langkah Mengawal Dan Cegah Diabetes

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 379 hits
Diabetes atau biasanya dipanggil Gestational Diabetes Mellitus yang merupakan satu keadaan serius berlaku kepada wanita hamil apabila paras glukosa darah lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal Mengikut pengalaman penulis sebaik di...
Janga Geram Dulu Anak Memilih Ketika Makan

Janga Geram Dulu Anak Memilih Ketika Makan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 318 hits
Mempunyai anak yang suka memilih ketika makan bukan satu perkara yang baru Sebagai ibu bapa sudah pasti kita ingin memastikan anak anak mendapat khasiat dari pemakanan yang seimbang dan sihat Namun ibu bapa yang suka memaksa si anak untuk m...
Ini Akan Terjadi Jika Anda Lakukan Kesilapan Ketika Cukur Bahagian Intim

Ini Akan Terjadi Jika Anda Lakukan Kesilapan Ketika Cukur Bahagian Intim

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 721 hits
Ramai wanita yang lebih gemar jika bahagian intimnya bebas daripada bulu dan akan membuang bulu di kawasan tersebut dengan pisau cukur ataupun teknik waxing Bagaimanapun masih ramai yang mengambil remeh perihal kebersihan semasa proses berc...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Thomas Arya Rindu Mengusik Kenangan Chord

Ringgit Rises As Markets Eye Us Tariff Moves

Court Maintains Peter Anthony S Conviction For Forgery

Is Kj S Keluar Sekejap Podcast Losing Its Appeal After An Alarming Slump In Viewership Detected

Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025