Janga Geram Dulu Anak Memilih Ketika Makan




Mempunyai anak yang suka memilih ketika makan bukan satu perkara yang baru. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita ingin memastikan anak-anak mendapat khasiat dari pemakanan yang seimbang dan sihat. Namun, ibu bapa yang suka memaksa si anak untuk makan perlu ambil tahu tentang kajian terbaru ini.
Memetik sebuah artikel dari sebuah laman web berasaskan penyelidikan Futurity, sebuah kajian terbaru dari Universiti Michigan mendedahkan bahawa memaksa anak untuk mengambil makanan yang sihat tidak akan mempengaruhi berat badan si anak. Sebaliknya, ia akan menyebabkan tekanan di waktu makan dan akan menjejaskan hubungan ibu bapa dan si anak.
Foto: PixabayMenurut penyelidik Sains Nutrisi, Profesor Julie Lumeng dari Universiti Michigan, kajian mendapati bahawa sama ada kanak-kanak tersebut memilih makanan atau tidak, berat badan si anak kekal stabil dalam tempoh lebih setahun mereka berada di fasa bertatih (toddlerhood).
Selain itu, tabiat memilih makanan si anak tidak akan berubah meskipun ibu bapa menggunakan kaedah paksaan.
Ujarnya, "Kemudian, kami bertanya sama ada paksaan boleh mengurangkan tabiat memilih makanan, dan jawapannya tidak. Tiada kaitan di antara paksaan dan memilih makanan, dan lain-lain keputusan."
Selanjutnya, Profesor Lumeng mendedahkan salah satu pengalaman beliau ketika masih kecil:
"Pada suatu malam ketika sedang makan, ibu telah menghidangkan kacang peas kepada kedua-dua kakak saya, tetapi ibu menghidangkan saya lobak merah. Beliau berkata dengan baik-baik, 'Ibu hidangkan kamu lobak merah kerana kamu tidak menyukai kacang peas.'Ia membuatkan saya rasa disayangi dan dihormati, dan sehingga kini saya mengingati kata-kata beliau itu."
Kini, para penyelidik "selera makan" mengutamakan istilah "selektif" berbanding "memilih". Menurut beliau, kita tidak melabel orang dewasa yang selektif dalam pemakanan sebagai "memilih", tetapi kita meletakkan (tabiat memilih makanan) kanak-kanak di tahap piawaian yang berbeza (dari orang dewasa), meskipun rasa merupakan sesuatu yang berada di luar kawalan untuk diubah pada mana-mana usia.
Foto: PixabayPersoalannya, adakah tabiat makan secara selektif itu penting? Menurut Profesor Lumeng, ya, hanya kerana ia menyusahkan dan mengecewakan ibu bapa. Ia jarang dianggap sebagai isu kesihatan yang dikaitkan dengan kekurangan nutrien dan tumbesaran yang lemah.
"Akhir kata, tabiat tersebut bukanlah kelemahan yang serius yang menuntut tenaga ibu bapa dalam menanganinya," ujarnya.
Ujarnya lagi, "Menangani tabiat ini hanya memerlukan kita memikirkan bagaimana untuk melakukan perkara-perkara kecil yang membolehkan waktu makan itu menjadi lebih baik untuk semua orang, tetapi tidak menghapuskan sesuatu yang barangkali merupakan sebahagian dari personaliti si anak."
Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam journal Appetite. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kinistylo.blogspot.com/2018/08/janga-geram-dulu-anak-memilih-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Marah Dulu Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

Jangan Marah Dulu Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 544 hits
Jangan Marah Dulu Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga jaga Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantan...
Ini Tanda Yang Muncul Ketika Anak Sudah Mengalami Kecanduan Gim Online

Ini Tanda Yang Muncul Ketika Anak Sudah Mengalami Kecanduan Gim Online

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 255 hits
Komisioner Bidang Pendidikan Komisi Perlindungan Anak Indonesia Retno Listyarti mengimbau agar orangtua memantau anak masing masing bila sang anak mulai kecanduan gim online
Perghh Wanita Maut Tercekik Biskut Kek Ketika Berlatih Untuk Cabaran Makan

Perghh Wanita Maut Tercekik Biskut Kek Ketika Berlatih Untuk Cabaran Makan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 448 hits
Gaskin meninggal dunia lima hari selepas tercekik makanan SEORANG ibu muda meninggal dunia gara gara ingin mencuba berapa jumlah bilangan biskut kek yang dapat dimakannya Bethan Gaskin 24 rebah dan berhenti bernafas apabila cuba mengeluarka...
Mula Mula 3cm 8cm Masuk Labour Room Asyalliee Guna Teknik Mindset Ketika Bersalinkan Anak Kedua

Mula Mula 3cm 8cm Masuk Labour Room Asyalliee Guna Teknik Mindset Ketika Bersalinkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 422 hits
Minda ibu sangat kuat Dalam melalui proses kelahiran anak kedua instafamous Asyalliee menggunakan teknik mindset dan tidak menyangka teknik ini menjadi Asyalliee berkongsi tentang kelahiran anak keduanya yang dinamakan Ros pada 26 Mac lalu ...
Seandainya Saya Meninggal Dulu Apa Nasib Ziyad Anak Autisme Ini Harta Bernilai Dr Fatin

Seandainya Saya Meninggal Dulu Apa Nasib Ziyad Anak Autisme Ini Harta Bernilai Dr Fatin

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 287 hits
Dilahirkan cukup bulan dengan berat 3 15 kilogram kehadiran Muhammad Ziyad b Muhamad Akmal 4 memberi kegembiraan pada kedua ibu bapanya Membesar seperti bayi lain mengikut usia cuma apabila menginjak usia setahun ke atas terdapat beberapa k...
Ramai Orang Ingat Rezeki Ni Cuma Pergi Kerja Peluk Cium Anak Isteri Suap Makan Itulah Ubat Rezeki Kita

Ramai Orang Ingat Rezeki Ni Cuma Pergi Kerja Peluk Cium Anak Isteri Suap Makan Itulah Ubat Rezeki Kita

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 438 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang rezeki dalam rumah tangga Rezeki harus dilihat dari pelbagai sudut bukan sahaja pekerjaan dan juga wang Sayang dan kasih pada ahli keluarga juga termasuk dalam kategori rezeki yang harus k...
Trend Sekarang Jadikan Anak Robot Di Meja Makan Alasannya Baik Diam Dari Buat Bising

Trend Sekarang Jadikan Anak Robot Di Meja Makan Alasannya Baik Diam Dari Buat Bising

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 355 hits
Nak pujuk anak makan atau suruh diam bila makan diluar perkara pertama yang dilakukan adalah dengan membuka cerita kartun atau apa saja rancangan kegemaran sebagai tarikan anak Alasannnya jika tak buat macam ni anak susah makan tak boleh du...
Rm76 Untuk Mama Makan Reaksi Spontan Anak Menyentuh Hati Bertuahnya Dari Kecil Dah Memahami

Rm76 Untuk Mama Makan Reaksi Spontan Anak Menyentuh Hati Bertuahnya Dari Kecil Dah Memahami

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 536 hits
Dengan hanya usikan tidak disangka sangka si anak menyerahkan sejumlah wang untuk ibu tanpa berfikir panjang Ya Allah bertuahnya ibu ini mempunyai anak yang prihatin EQ si anak tinggi Gambar hiasan Perkongsian daripada ibu yang enggan diken...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities