Bacaan Dalam Solat Bersama Terjemahannya


Bacaan dalam solat merupakan bacaan wajib yang perlu diketahui semua umat Islam yang memenuhi syarat wajib solat. Hal ini demikian kerana, jika anda tidak membaca bacaan ini, solat anda adalah dikira sebagai tidak sah.
Oleh itu, disini kami akan kongsikan kepada anda bacaan-bacaan wajib yang terdapat di dalam solat dalam rumi beserta dengan terjemahannya sebagai panduan anda untuk menjadi muslim yang lebih baik.
Untuk mengetahui lebih lagi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Solat? olat merupakan ibadah utama bagi umat Islam di seluruh dunia dan ia dikatakan sebagai tiang agama. Jika solat fardhu itu tidak dijalankan oleh seseorang individu, ibadah lain yang dilakukan juga tidak akan diterima.
Solat ini dari segi bahasa ia bermaksud doa, manakala, dari segi syarak, solat ialah amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
Solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam setiap hari ada lima jenis iaitu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Syarat wajib solat juga ada lima:
Islam Baligh Berakal Suci daripada haid dan nifas Sempurna pendengaran dan penglihatan (Jika mempunyai salah satu WAJIB baginya untuk melakukan ibadah solat ini) Bagi individu yang telah memenuhi syarat solat ini anda wajib melaksanakan rukun Islam kedua ini. Jika anda meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa besar.
Rukun Solat Bagi anda yang telah memenuhi syarat wajib solat, anda perlu melaksanakannya dengan mengikuti rukun solat di bawah, jika anda meninggalkan salah satu perbuatan di bawah solat anda berkemungkinan besar adalah tidak sah:
Lafaz Niat Berikut merupakan lafaz niat bagi lima solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam yang memenuhi syarat wajib solat.
NIAT SOLAT SUBUH
اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
 Usolli Fardhal Subhi Rakataini Adaan Lillahi Ta’ala 
Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala
NIAT SOLAT ZOHOR
اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala 
Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.
NIAT SOLAT ASAR
صَلّى فَرْضَ الْعَصْر ِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Usolli fardol Asri arba’a raka’atin ada’an lillahi taala
Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.
NIAT SOLAT MAGHRIB
اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.
NIAT SOLAT ISYAK
اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Usolli Fardol Isya’e Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala
Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.
Bacaan Dalam Solat (Bacaan Rumi & Maksud) Setelah melafazkan niat solat, anda perlu membaca doa, surah dan zikir di bawah mengikut turutan rukun solat yang diberikan di bahagian sebelum ini. Berikut adalah bacaan-bacaannya:
TAKBIRATUL IHRAM
Lafaz takbir dalam solat adalah dibawah Rukun Qauli (Bacaan) di mana ia tidak boleh dibaca dalam hati, dan perlu didengari sekurang-kurangnya oleh telinga kita sendiri. اللّٰهُ أَكْبَر
‎Allahu Akbar
Makna: Allah Maha Besar
DOA IFTITAH
Membaca doa iftitah bukanlah perkara yang ada di dalam rukun solat, namun begitu ia sangat digalakkan. Ia di baca pada rakaat pertama sahaja. Bacaan Rumi:
Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
SURAH AL-FATIHAH
Seperti takbiratul ihram, surah Al-Fatihah juga berada dalam Rukun Qauli. Jadi pastikan anda membaca surah ini menggunakan mulut sewaktu anda beribadah. Bacaan Rumi:
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah hirabbil alamin.
Arrahmanirrahim.
Maliki yaumiddin.
Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in.
Ihdinas sirotol mustaqim.
Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin
RUKUK & IKTIDAL
Tasbih rukuk ini perlu di baca sebanyak tiga kali سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih
Makna: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.
Kemudian, bangun daripada rukuk sambil mengucapkan: سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh 
Makna: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian
SUJUD & DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Seperti tasbih rukuk, tasbih sujud juga perlu dilafazkan sebanyak tiga kali: سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhaa na rabbiyal a’laa wabihamdih
Makna: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya
Selepas, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan) dan lafazkan ayat di bawah: رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Rabbigfirli, warhamni, wajburni, warfagni, warzuqni, wahdini, wa a’fini, wa’fu anni
Makna: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku”​​.
DOA QUNUT
Doa qunut adalah bacaan sunat dalam solat yang sangat digalakkan seperti bacaan doa iftitah: Bacaan Rumi:
Allahummah dini fii man hadait,
wa ‘afini fiman ‘afait,
wa tawallani fi man tawallait,
wa barik li fi ma a’thait,
wa qini syarra ma qadhait,
fa innaka taqdhi wa la yuqdha ‘alaik,
wa innahu la yazillu man wa lait,
wa la ya’izzu man ‘adait,
tabarakta rabbana wa ta’alait,
fa lakal hamdu a’la ma qadhait,
wa astagfiruka wa atubu ilaik,
wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi
wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallam.
TAHIYAT AWAL
Tahiyat awal atau Tasyahud awal juga merupakan bacaan yang tidak wajib dibaca tapi sangat digalakkan. Ia dibaca pada rakaat kedua selepas sujud kedua. Bacaan Rumi:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad.
TAHIYAT AKHIR
Bacaan tahiyat akhir atau tasyahud akhir juga merupakan Rukun Qauli yang perlu dilafazkan dan didengarkan sekurang-kurangnya pada telinga sendiri. Bacaan Rumi:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidum-majid.
SALAM
Selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka anda ke sebelah kanan dan ucapkan: “Assalamualaikum wa rahmatullah”. Inilah senarai bacaan yang diamalkan dalam solat fardhu dan solat sunat. Diharapkan dengan panduan bacaan ini ia dapat membantu kita dalam menjadi seorang muslim yang lebih baik.
Baca juga: Solat Subuh : Niat, Bacaan & Panduan Menjalankan Solat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bacaan-dalam-solat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bacaan-dalam-solat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Subuh Niat Bacaan Panduan Menjalankan Solat

Solat Subuh Niat Bacaan Panduan Menjalankan Solat

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 252 hits
Solat fardhu merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia 5 kali sehari iaitu pada waktu Subuh Zohor Asar Maghrib dan Isyak Solat ini merupakan tiang agama bagi penganut agama Islam dan hukum bagi orang Islam...
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 236 hits
Cara Solat Isyak Niat Bacaan Setiap Rakaat Solat Isyak adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu...
Solat Sunat Rawatib Niat Panduan Solat Sunat Ba Diyyah Qabliyyah

Solat Sunat Rawatib Niat Panduan Solat Sunat Ba Diyyah Qabliyyah

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 253 hits
Solat sunat rawatib merupakan satu ibadah dalam agama Islam yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi mengeringi solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat Solat sunat jenis ini berfungsi sebagai pelengkap ataupun ta...
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Masuk Ruang Solat Masjid Guar Lobak

Lelaki Maut Motosikal Terbabas Masuk Ruang Solat Masjid Guar Lobak

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 229 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myLELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam Masjid Guar Lobak FOTO ihsan pembacaKulim Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sehingga memasuki ruang solat di Mas...
Betul Ke Cara Kita Solat Jamak Sebelum Ni

Betul Ke Cara Kita Solat Jamak Sebelum Ni

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 253 hits
Jom check balik betul ke cara kita solat jamak sebelum ni Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni Sebelum itu so...
Solat Jenazah Niat Panduan Bagi Jenazah Lelaki Dan Wanita

Solat Jenazah Niat Panduan Bagi Jenazah Lelaki Dan Wanita

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 258 hits
Solat Jenazah merupakan satu satunya solat yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia yang lain Solat ini dilakukan ke atas diri seorang muslim yang telah meninggal dunia Solat ini merupakan fardhu kifayah yang bermaksud ia wajib dilakukan...
Niat Solat Fardhu Amp Solat Solat Sunat

Niat Solat Fardhu Amp Solat Solat Sunat

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 132 hits
Niat Solat Fardhu amp Solat Sunat Solat adalah merupakan tiang agama Ia dimulakan dengan niat dan diakhiri dengan salam nbsp Mempelajari niat solat adalah penting untuk memastikan ibadah solat kita sempurna nbsp Berdasarkan perkongsian dala
Alif Satar Ajak Solat Subuh Berjemaah Takut Disoal Allah Takkan Ada 3 4 Juta Pengikut Ajak Bersenam Saja

Alif Satar Ajak Solat Subuh Berjemaah Takut Disoal Allah Takkan Ada 3 4 Juta Pengikut Ajak Bersenam Saja

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 253 hits
Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka kempen GengSubuhMacamJumaat nbsp yang pada asalnya memberi galakan kepada orang ramai menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengikut Ali...
Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Maut Dilanggar Abang

Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Maut Dilanggar Abang

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 181 hits
IPOH Pelajar berusia 17 tahun Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di sini semalam dalam persiapan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat Abang mangsa Za...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa