Bacaan Dalam Solat Bagi Penghidap Hipersalivasi



Soalan:
Saya menghidapi penyakit di mulut yang amat kronik, iaitu air liur saya keluar sangat banyak dan tidak berhenti. Jadi saya tidak boleh bercakap seperti biasa, lalu bagaimanakah saya ingin membaca bacaan di dalam solat?

Jawapan:
Bagi menjawab persoalan ini, terlebih dahulu perlu untuk kita teliti tentang hipersalivasi.

Untuk memahami lebih lanjut, kami nukilkan penerangan hal ini daripada seorang journalis kesihatan, Kanna Ingleson melalui artikelnya yang bertajuk: Everything you need to know about hypersalivation[1].

Menurut beliau hipersalivasi atau dikenali di dalam sains sebagai sialorrhea atau ptyalism, ialah keadaan di mana air liur terlalu banyak dalam mulut seseorang dengan kuantiti yang luar biasa. Hipersalivasi bukanlah suatu penyakit, namun boleh dianggap sebagai simptom kepada keadaan tubuh manusia itu sendiri. Hipersalivasi ini berkemungkinan berlaku akibat penghasilan air liur yang terlalu banyak, seseorang yang mempunyai masalah untuk menelan dengan baik, dan seseorang yang tidak mampu untuk menutup mulut dengan sempurna. Antara punca yang menyebabkan seseorang itu menghidapi hipersalivasi ialah:
Alahan ketika hamil atau wanita yang mengalami masalah nausea atau mual.Menghidapi selsema, sakit tekak atau keradangan tonsil.Gigitan serangga atau keracunan akibat cendawan.Kesakitan dalam mulut, atau ulser, dan sebagainya.Solat adalah suatu perbuatan yang diperintahkan oleh Allah SWT yang mana perbuatannya diambil daripada Nabi SAW seperti mana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Malik bin Huwairith RA:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
“Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat.” [Riwayat al-Bukhari (6008)]

Maka berpandukan cara solat yang diajarkan oleh Baginda SAW, para fuqaha’ menyusun panduan untuk solat yang terdiri daripada rukun, syarat-syarat serta perkara sunat. Oleh itu, dalam menjawab persoalan ini, yang mana ianya termasuk dalam perkara rukun, kami akan perincikan isu ini agar dapat kita fahami bersama.

Secara asasnya, rukun adalah sesuatu yang diwajibkan sekiranya gagal untuk melaksanakan maka terbatal perbuatan atau ibadat tersebut. Rukun dibahagikan kepada tiga iaitu rukun qalbi (hati), rukun qauli (pertuturan atau bacaan) dan rukun fi’li (perbuatan).

Syeikh al-Sayid Abdullah al-Hadrami menyebutkan di dalam kitabnya Safinah al-Solat (44) bahawa:

القولية، وهي خمسة: تكبيرة الإحرام أول الصلاة، وقراءة الفاتحة في كل ركعة وقراءة التشهد والصلاة على النبي والسلام آخر الصلاة، ثلاثتها في القعدة الأخيرة
“(Rukun) Qauliah, mempunyai lima: Takbiratul Ihram pada awal solat, membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, tasyahud dan selawat ke atas Nabi SAW serta salam, ketiga-tiganya pada duduk yang terakhir.”

Maka, kelima-lima ini hendaklah dibacakan oleh setiap orang yang mendirikan solat, dan kegagalan untuk membaca salah satu daripada lima ini, akan menyebabkan solat itu tidak sah. Oleh itu, dalam menerangkan bagaimana seseorang itu dikira membaca, maka fuqaha’ memperincikan hal ini.

Dalam kitab I’anah al-Thalibin disebutkan bahawa: “(Dan wajib mendengar) yakni takbiratul ihram oleh orang yang solat bersolat sendiri, sekiranya pendengarannya baik dan tidak dihalang dengan benda yang mendatang, contohnya bunyi bising, (seperti seluruh rukun qauli) daripada al-Fatihah, tasyahud akhir dan salam.” (Lihat kitab I’anah al-Thalibin 3/295)


Rukun Qauli hendaklah dibaca sehingga orang tersebut mendengar apa yang dibacakan dan sampai ke telinganya. Inilah maksud membaca bacaan dalam solat yang diinginkan oleh syarak. Disebutkan pula oleh Dr. Muhammad al-Zuhaily dalam hal ini:

أن يسمع نفسه إذا كان صحيح السمع، ولا عارض عنده من لغط أو غيره، فإن كان بلسانه خبل (فساد) أو خرس، حرکه بما يقدر عليه، ويحرك شفتيه ولهاته بالتكبير بقدر الإمكان
“Hendaklah dia mendengar (apa yang dibaca) dirinya sendiri, sekiranya mempunyai pendengaran yang baik, dan tidak ada padanya gangguan bunyi dan sebagainya. Sekiranya mempunyai masalah pada lisannya (pertuturan) atau bisu, maka hendaklah digerakkan apa yang termampu baginya. Digerakkan kedua bibirnya dan anak tekaknya dengan kadar yang termampu.” (Lihat kitab al-Mu’tamad,1/241).

Maka, seperti yang disebutkan di atas, asalnya hendaklah bacaan itu sampai kepada pendengaran sendiri, namun bagi yang tidak berkemampuan untuk menuturkan atau membacakan, maka Islam tidaklah memaksa untuk tetap melakukan apa yang diperintahkan. Ini jelas seperti mana yang disebutkan oleh Baginda Nabi SAW melalui riwayat Abu Hurairah RA:

إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Sekiranya Aku mengarahkan kamu sesuatu perintah, maka lakukan setakat mana yang kamu mampu.” [Riwayat al-Bukhari (7288)]

Selain itu, dalam kes ini tidaklah menjadi permasalahan untuk meludah atau membuang air liur itu dengan menyapu pada tisu atau kain. Hal ini sebagaimana yang diajarkan Nabi SAW berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم رَأَى نُخَامَةً فِي الْقِبْلَةِ، فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ حَتَّى رُئِيَ فِي وَجْهِهِ، فَقَامَ فَحَكَّهُ بِيَدِهِ فَقَالَ ‏"‏ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ فِي صَلاَتِهِ، فَإِنَّهُ يُنَاجِي رَبَّهُ ـ أَوْ إِنَّ رَبَّهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ ـ فَلاَ يَبْزُقَنَّ أَحَدُكُمْ قِبَلَ قِبْلَتِهِ، وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ، أَوْ تَحْتَ قَدَمَيْهِ ‏"‏‏.‏ ثُمَّ أَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيهِ، ثُمَّ رَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ، فَقَالَ ‏"‏ أَوْ يَفْعَلْ هَكَذَا
Bahawasanya Nabi SAW terlihat kahak di (dinding) kiblat, dan Nabi tidak menyukai akan hal itu sehingga terpapar (kemarahan) pada wajahnya. Lalu Baginda SAW pun bangun dan membuang (kahak) dengan tangannya. Lalu Baginda bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu mendirikan solat, sesungguhnya dia sedang bermunajat kepada Tuhan-Nya, atau Tuhan-Nya berada di antara dirinya dan kiblat, maka tidak patut seorang pun meludah ke arah kiblat, tetapi (ludahlah) di sebelah kirinya atau di bawah kakinya.” Kemudian Baginda SAW mengambil hujung selendangnya, dan meludah kemudian melipat bahagian itu kemudian bersabda: “Atau hendaklah orang itu melakukan seperti ini.” [Riwayat al-Bukhari (405)]

Imam al-Nawawi mengatakan bahawa meludah ketika solat hanyalah bagi mereka yang mendirikan solat di luar masjid (di tanah lapang). Bagi yang mendirikan solat di masjid, maka hendaklah menggunakan cara menyapu di baju seperti mana yang dianjurkan oleh Baginda. (Lihat kitab al-Minhaj,5/39).

Imam al-Munawi mengatakan bahawa hadith ini sekaligus menunjukkan keharusan pergerakan yang sedikit seperti menyapu air liur atau kahak pada selendang. (Lihat kitab Faidh al-Qadir, 2/413).

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami nyatakan untuk mereka yang mengalami masalah hipersalivasi ini kami cadangkan untuk membuang air liur tersebut pada kain atau tisu kemudian meneruskan bacaan di dalam solat terutamanya yang termasuk di dalam rukun. Begitu juga boleh disediakan bekas di sisi ketika solat dan meludah air liur masuk ke dalam bekas tersebut.

Sekiranya air liur itu keluar tidak berhenti sehingga selesai solat dan menyebabkan kesukaran untuk bertutur serta membaca bacaan ketika solat, hendaklah melakukan setakat yang termampu sahaja. Sekiranya tidak mampu untuk mengeluarkan suara cukuplah menggerakkan bibir atau menggerakkan anak tekak sahaja. Semoga Allah memberi kita kefahaman dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.

[1] http://bit.ly/2fbBxtc

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/bacaan-dalam-solat-bagi-penghidap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Hajat Perdana Dan Bacaan Yasin

Solat Hajat Perdana Dan Bacaan Yasin

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 205 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 20 September 2018 solat hajat perdana dan bacaan yasin telah diadakan bagi memohon keberkatan para anak anak Skkk2 menghadapi UPSR yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 September 2018 nanti Ianya dihadiri oleh ...
Saya Nak Tutup Pagar Dah Ni Nak Solat Janganlah Menyusahkan Orang

Saya Nak Tutup Pagar Dah Ni Nak Solat Janganlah Menyusahkan Orang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 434 hits
The Reporter Husnudzon mungkin dia nak tengok Anugerah Meletop AME2019 demikian kata netizen mengulas mengenai thread viral yang mendakwa seorang lelaki menghalau anak anak muda yang bersolat di masjid Ramai netizen yang meluahkan rasa gera...
Mahathir Tetap Ahli Syurga Walau Dia Tidak Solat Kata Ustaz Pan Viralhancing

Mahathir Tetap Ahli Syurga Walau Dia Tidak Solat Kata Ustaz Pan Viralhancing

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 846 hits
Menjelekkan bila seorang ustaz Pakatan Harapan hari ini telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan apabila mengesahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ahli Syurga Ustaz yang menggunakan nama Halim Hasan itu mengatakan Maha...
Panduan Solat Dhuha Yang Mudah Disertakan Doa

Panduan Solat Dhuha Yang Mudah Disertakan Doa

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1674 hits
Berikut Adalah Panduan Solat Dhuha Yang Mudah Disertakan Doa Wajib Amalkan Awal Pagi Cara Mengerjakan Sholat Dhuha Sholat Dhuha merupakan Shalat Sunnah yg dikerjakan minimal dua Raka at dan bisa dikerjakan maksimal 12 Raka at yg masing masi...
Memakai Kasut Ketika Solat

Memakai Kasut Ketika Solat

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 512 hits
Soalan Bolehkah memakai kasut ketika solat Jawapan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kasut ditakrifkan sebagai alas kaki seperti sepatu selipar dan lain lain Di dalam sebuah hadis daripada Syaddad bin Aus R A Nabi SAW bersabda Berbezalah de...
Training Solat Dan Imam Muda

Training Solat Dan Imam Muda

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab Training untuk menjadi imam muda Sekarang umur adik ni 13 ...
Nak Solat Janganlah Menyusahkan Orang Berhenti Nak Solat Tapi Kena Halau Gadis Luah Kecewa

Nak Solat Janganlah Menyusahkan Orang Berhenti Nak Solat Tapi Kena Halau Gadis Luah Kecewa

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 736 hits
Nak Solat Janganlah Menyusahkan Orang Berhenti Nak Solat Tapi Kena Halau Gadis Luah Kecewa Selalunya orang orang masjid suka bila masjid dipenuhi dengan jemaah yang datang menunaikan solat di masjid berkenaan kerana ianya dapat mengimarahka...
Nilai Pahala Solat Subuh

Nilai Pahala Solat Subuh

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 2735 hits
SEDAR atau tidak antara kesilapan sering dilakukan bagi pelaku ibadat pada malam hari ialah meninggalkan perkara yang diutamakan dalam syariat Ada yang berusaha bangun pada malam hari untuk beribadat seperti bersolat berzikir membaca al Qur...
Perintah Anak Untuk Tunaikan Solat

Perintah Anak Untuk Tunaikan Solat

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 674 hits
1 Allah memerintahkan Rasulullah supaya mengajak ahli keluarga Baginda menunaikan solat Ini jelas terpamer di dalam firman Allah Dan perintahkanlah ahli keluargamu supaya menunaikan solat dan hendaklah kamu bersabar atasnya Surah Taha 132 1...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord