Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay
Hi korang! Assalammualaikum.
Harini, aku nak cerita dan share tentang baby sling yang aku baru dapat dari Mamaway. Since Aqilah lagi aku memang babywearing. Sebab babywearing best sangat!
Apatuuu muka masa muda-muda 6 years back! Masa Aqilah baby, aku banyak guna baby wrap jenis scretchy. Best sangat masa ni sebab dia rasa ketat dan selamat. Aqilah pun selesa sebab manjang dia tidur je kat dalam wrap tu.
Tapi tulah. Orang cakap anak -anak ni lain perangai lain-lain kan. Itu lah dia anak-anak mummy ni. Lahir pulak si Umar, dia tak suka rupanya kena balut macam ni, nangis-nangis! Kadang-kadang kalau duduk dalam stroller pun dia ngamuk-ngamuk nak keluar siap duduk nak berdiri. Pening mummy.
EEEEEEE GERAM.
Last-last aku terfikir nak try pakai kan baby sling, yang ala-ala dukung baby tu. Sebab Umar suka sangat sambil dukung tu sambil pandang persekitaran kat depan. So, terjumpa lah aku dengan sling ring dari Mamaway!
Ahhhhhhh, terus jatuh cinta!
Okay, sebelum aku explain lebih lanjut kat korang pasal sling ring ni, aku bagitau dulu
Apakah Itu Babywearing?Okay, bahasa mudahnya, adalah penggendong bayi. Ia adalah satu tools menggendong bayi bagi menggantikan kedua tangan. Konsep dia sama lah macam mendukung anaj, tapi lebih mudah dengan ada support dan bantuan dari sehelai kain yang material nya bagus untuk menampung berat anak.
Sebelum tu, meh aku share dulu dengan korang apa jenis babywearing yang ada dan korang kena tau selain dari baby wrap macam aku pakai kat atas tadi.
Jenis-Jenis Baby Wearing Atau Baby Carrier
Woven WrapWoven wrap ni akan teknikal cara pasang dia, panjang dan perlu pasang dengan cara mengikat bayi di depan, belakang dan di sisi. Mula-mula memang agak susah, tapi kalau dah biasa lama-lama tu senang je nak pasang. Tapi perlukan kesabaran ya!
Ring Sling Ring Sling ni selalunya ramai orang suka dukung dari posisi tepi, dan dia paling menyerupai cara mendukung bayi. So kalau ada anak yang tak suka melekap didukung ke depan, ring sling ni sesuai sangat!
Soft Structured Carrier Okay, Soft Sructured Carrier atau lebih senang dipanggil SSC. Ada banyak jenis SSC, yang ni cara pasang lebih mudah tapi ia tak sesuai digunakan untuk newborn. Lebih sesuai untuk toddler dan 1 tahun ke atas.
Apa Kebaikan Babywearing?1. Rasa Selamat Kepada BayiBayi baru lahir perlu didukung dengan kerap kerana ia akan memberi rasa lebih selamat seperti semasa bayi tersebut dalam kandungan. Lagi satu, sebab bila babywearing, baby akan dengar lebih jelas degupan jantung kita. Ini yang akan buatkan mereka lebih selesa dan tak menangis!
2. Kurangkan Bayi Kembung Kedudukan bayi secara upright position akan kurangkan bayi kena kembung perut dan boleh melegakan masalah angin di perut bayi.
3. Kurangkan Lenguh Ibu Penggunaan baby carrier akan kurangkan lenguh / penat ibu yang menggendong. So Ibu boleh buat benda lain pada masa yang sama, contohnya shopping atau buat kerja rumah dengan selesa.
Umar sekarang lasak sangat dah, kalau dukung pun dia akan pastikan muka dia kat depan. Tapi sepatutnya ring sling ni kena rapat lagi sikit ke badan tau macam ni :
Okay, this is the best position tau! Kena ikat betul-betul rapat ke dada mummy! Baru mummy dan baby selesa. Tengok lah tu mummy selesa habis dengan seluar tidur pun boleh! HAHAHA
OKAY TENGOK LAH BEST SANGAT RING SLING MAMAWAY NI SAMBIL BUAT KERJA RUMAH SAMBIL BOLEH KENDONG ADIK!
Masa ni kan padahal nak pergi ambik barang dari abang pos laju kat luar je (tengok lah amboi baju dan tudung tu tak matching), pastu Imam Besar ni nak ikot melalak-lalak, lantas mummy ikat je masuk dalam ring sling Mamaway ni! Syok sungguh!
Okay meh aku nak share,
5 Sebab Kenapa Aku Pilih Ring Sling Dari Mamaway! 1. Material Kain Yang BestMaterial kain dari Mamaway yang selesa! Ring Sling Mamaway diperbuat dari kain cotton yang berkualiti tinggi. Bila kain nya selesa, confirm anak pun selesa sebab tak panas kan. Cotton berkualiti tinggi bersifat absorbent dan breathable.
2. Boleh Carry Sampai 50 kg Baby / Toddler Ring sling Mamaway ni boleh carry sampai 50kg beban berat tau. Tanpa perlu risau kain terkoyak ke apa! Material dia double ring, takkan berubah bentuk dan boleh menjadi pengalir haba
3. Diluluskan Oleh International Dysplasia Insitute As Hip Healthy product Ring Sling ini juga selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari International Dysplasia Insititute as 'hip healthy' product. Bila guna ring sling ni, kaki anak akan berada dalam M position. Maksudnya kalau dari belakang boleh nampak macam baby dalam keadaan duduk. Posisi begini perlu dalam keadaan di mana lutut lebih tinggi dari kedudukan punggung. So kalau korang dok mencari baby carrier yang selamat, Mama Way confirm mengikut piawaian yang ditetapkan dan confirm selamat tau!
Ni kedudukan hip bayi yang betul masa babywearing tau. Kena dalam bentuk M position.
4. Size Yang Besar One thing best pasal kain ring sling ni, size dia besar so bila pergi mana-mana, dia boleh jadi sebagai nursing cover tau time kita nak breastfeed.
5. Boleh Dukung Toddler Juga! Ring sling ni bukan sahaja untuk bayi, tapi boleh sampai anak-anak yang dah besar sebab boleh tampung sampai 50kg kan. Means, kalau aku nak dukung Aqilah pun lepas lah, sebab Aqilah baru 15 kg
Kat bawah ni korang boleh tengok corak ring sling Mamaway yang ada. Cantik-cantik semuanyaaaa rambang mata aku!
Cara-cara nak guna dan install Ring Sling Mamaway korang boleh tengok sini k :
Kalau korang nak tau, Mamaway ada banyak lagi product lain, selain dari ring sling.
Korang boleh tengok website Mamaway kat sini untuk maklumat lanjut :
https://my.mamaway.com/
Kalau nak beli ringsling best MAMAWAY ni, terus ke SINI tau.
Dan yang paling best, korang boleh dapat diskaun sebanyak RM 25 dengan memasukkan MAMABLOG-HANNA masa korang nak checkout tau!
Jom korang, kita babywearing sama-sama!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hannamaruku.com/2021/01/baby-sling-apa-paling-best-dan-selesa-5.html