Baby A Hadiah Paling Mahal 3 Hari Dapat Anak Angah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan 16 Februari lalu berkongsi rasa gembira atas kelahiran anaknya.
Bergelar bapa kali kedua selepas 16 tahun tiada anak kecil, Angah bersyukur semuanya selamat dan dipermudahkan.
View this post on Instagram
Assalamualaikum Aunties n Uncles! Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan di permudahkan, baby A selamat di lahirkan pada 16/02/2019
. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan, yg bagi kata2 semangat, petua nasihat dan kepada pihak2 yg berbesar hati sponser baby A
. Have a good day everyone
#lotsoflove #fourofus #papamamikakakadik
A post shared by ANGAH (@angah_lawaking) on Feb 17, 2019 at 5:25pm PST
Menerusi entri di Instagram (IG), Angah berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
“Assalamualaikum Aunties and Uncles! Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan di permudahkan, baby A selamat di lahirkan pada 16/02/2019.
“Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan, yang bagi kata-kata semangat, petua nasihat dan kepada pihak-pihak yang berbesar hati sponser baby A.
“Have a good day everyone,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Angah dan isterinya, Amira Asyura Abd Razak, serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.
Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.
View this post on Instagram
So much love
#Happyanniversary #TigaTahunDanMasihSelaluMnghitung #PapaMamiKakakAdik #SyukurSelalu
A post shared by ANGAH (@angah_lawaking) on Feb 19, 2019 at 4:57am PST
Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan
Kegembiraan Angah bukan setakat itu sahaja tetapi selang tiga hari kelahiran anaknya, dia juga turut menyambut ulang tahun perkahwinan ke-3.
Ibaratnya kehadiran baby A ini hadiah paling bermakna buat pasangan ini.
Peminat juga mengusik tahun depan bolehlah sambut sekali dan pasti lebih meriah.
Sumber: ig Angah_lawaking
The post Baby A Hadiah Paling Mahal. 3 Hari Dapat Anak, Angah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/baby-a-hadiah-paling-mahal-3-hari-dapat-anak-angah-sambut-ulang-tahun-perkahwinan/