Babi Fly Bengang Namanya Dipermainkan Orang Malaysia Ini Tak Kelakar
Bukan semua perkara kita boleh jadikan bahan lawak kerana mungkin ia lawak bagi kita, tetapi tidak bagi orang lain. Lagi-lagi bila bahan lawak itu tentang diri atau maruah orang lain.
Ohmedia maksudkan tentang seorang penyanyi dan juga penari Korea Selatan yang meluahkan rasa marahnya terhadap netizen Malaysia apabila mempermainkan nama gelarannya iaitu Babi.
View this post on Instagram
오랜만이야🖤A post shared by So Young (@babi__fly) on Jan 25, 2020 at 4:29am PST
Nama sebenarnya adalah So-young dan dia yang bersama kumpulan Fly With Me itu menggunakan nama di IG Babi Fly membuatkan netizen dari Malaysia mempersedakannya.
Maksud 'babi' jika mengikut fahaman rakyat Malaysia adalah seekor haiwan yang dipanggil Khinzir. Disebabkan itu, netizen sudah mula membanjiri bahagian komen di Instagramnya dengan gurauan.
Disebabkan terlalu banyak komen yang menyakitkan hati, Babi menaikkan satu kenyataan marah dengan mengatakan dia sudah tidak berminat dengan Malaysia dan bahasa Malaysia kerana sikap yang menjengkelkan.
Warga Malaysia yang datang ke sini semata mata mengejek nama saya, kenapa kamu buat macam ni kat aku? Hanya kerana nama aku menjadi gurauan, korang gembira ke? Aku tak berminat dengan bahasa korang dan tak kisah pun apa maksud nama aku dalam bahasa korang. Dan aku tak kenal pun negara korang sebelum ini, tetapi kini aku langsung tak berminat untuk mengetahuinya. Jika benda macam ni masih berlaku lagi selepas korang tengok post ni, aku akan report kamu semua dan block. - Tegas Babi.
Dalam pada itu, Bront Palarae turut memberikan komen terhadap apa yang berlaku kepada Babi dan menganggap isu ini tak kelakar dan meminta orang ramai menghentikannya kerana ia akan memalukan negara.
Pertama, benda ni tak kelakar, dan tak paham di mana kelakarnya... Kedua, kita harus menghormati org lain dahulu utk diri kita dihormati.... Ketiga, kalau kita tak boleh membanggakan negara, jangan lah kita memalukannya pula. - Tulisnya
Pertama, benda ni tak kelakar, dan tak paham di mana kelakarnya... Kedua, kita harus menghormati org lain dahulu utk diri kita dihormati.... Ketiga, kalau kita tak boleh membanggakan negara, jangan lah kita memalukannya pula.
Please stop this 🙏 https://t.co/zY7kuEAG9D— Bront Palarae (@Bront_Palarae) June 6, 2020
OHMEDIA: DIHARAPKAN HENTIKANLAH MELAKUKAN PERKARA YANG TAK BERFAEDAH SEPERTI INI. LEBIH BAIK KITA TERUS TUNJUKKAN NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA KITA PADA DUNIA DARIPADA MEMBURUKKAN IMEJ NEGARA.
+ Baca respon pembaca yang ikuti isu Babi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/06/babi-fly-bengang-namanya-dipermainkan.html