Azmin Zuraida Tak Hadir Bukan Fokus Utama Mesyuarat Biro Politik Pkr Malam Ini


M Fakhrull Halim
Diterbitkan 4 Sep 2019, 11:47 malam


Biro Politik PKR malam ini turut membincangkan mengenai Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang sekali lagi tidak hadir mesyuarat parti.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memaklumkan hal itu “tidak menjadi fokus" utama perbincangan dalam mesyuarat biro politik.

“Setakat ini, peringatan (diberikan) kepada kepimpinan bahawa mesyuarat parti adalah ruang terbaik untuk hadir dan melakukan perbicangan dan ruang tersebut masih ada.

“Takwim atau jadual mesyuarat sudah diagih dan dihantar kepada semua pimpinan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas buat menteri hal ehwal ekonomi itu yang sudah lama tidak hadir mesyuarat parti.

Menurut Anwar, nasihat telah diberikan kepada timbalannya itu supaya menghadirkan diri: "Mesti datang!”

Selain Azmin, seorang lagi pemimpin PKR yang tidak memunculkan diri ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, Fahmi turut mengingatkan pemimpin PKR untuk memaklumkan alasan sekiranya tidak dapat hadir mesyuarat parti.

Bagaimanapun, ketika disoal pemberita tentang sama ada Azmin atau Zuraida ada mengemukakan alasan ketidakhadiran mereka, Fahmi menjawab “saya tidak dimaklumkan” dan hal itu pun “tidak dibincangkan” dalam mesyuarat.

Menjawab soalan mengenai berapa lama lagi masa yang akan diberikan kepada pemimpin yang kerap ponteng mesyuarat sebelum tindakan akan diambil, Fahmi berkata hal itu juga "tidak dibincangkan" dalam mesyuarat biro politik.

Pada 25 Ogos, Anwar mengatakan Azmin tidak kebal daripada tindakan disiplin selepas sering gagal menghadirkan diri pada mesyuarat parti seperti mesyuarat biro politik dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Terdahulu, Lembaga Disiplin PKR pada 21 Ogos lalu menjelaskan tiada surat peringatan dikeluarkan kepada Azmin kerana tidak hadir mesyuarat biro politik, berkata hal ini di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin ketika didekati pemberita selepas mesyuarat biro politik enggan memberikan sebarang komen berhubung isu itu dan terus meluru masuk ke dalam keretanya sebelum berlalu pergi.

Sebelum ini, Zuraida memberikan alasan tidak hadir ke mesyuarat parti kerana surat yang diutuskan kepada Anwar supaya diadakan pertemuan perdamaian belum mendapat balasan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/azmin-zuraida-tak-hadir-bukan-fokus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Zuraida Amirudin Tetap Tak Hadir Mesyuarat Pkr

Azmin Zuraida Amirudin Tetap Tak Hadir Mesyuarat Pkr

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 432 hits
Diterbitkan Hari ini 8 45 malamBeberapa pemimpin PKR masih tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti itu walaupun peringatan telah dikeluarkan oleh setiausaha agungnya Saifuddin Nasution Antara mereka ialah Timbalan Presiden PKR ...
Saya Banyak Komitmen Tak Dapat Hadir Mesyuarat Mpp Kata Zuraida

Saya Banyak Komitmen Tak Dapat Hadir Mesyuarat Mpp Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 450 hits
SHAH ALAM Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang berlangsung hari ini disebabkan mempunyai komitmen lain
Kenyataan Media Biro Politik Pkr

Kenyataan Media Biro Politik Pkr

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 436 hits
TERKINI 8 35 malam KENYATAAN MEDIABiro Politik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat pada hari ini yang dipengerusikan Presiden KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim Mesyuarat hari ini telah turut dihadiri YAB Dato Menteri Besar Selangor Amirudin ...
Zuraida Slams Saifuddin For Dismissing Pkr Reconciliation Efforts

Zuraida Slams Saifuddin For Dismissing Pkr Reconciliation Efforts

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 400 hits
PKR vice president Zuraida Kamaruddin has rebuked the party s secretary general for turning down calls for a reconciliation meeting between feuding factions In a quick retort to Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail she said the letters aski...
Surat Zuraida Isu Titik Bengik Datang Saja Mesyuarat Kata Anwar

Surat Zuraida Isu Titik Bengik Datang Saja Mesyuarat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 450 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan isu surat yang tidak dibalas yang dibangkitkan oleh naib presidennya Zuraida Kamaruddin sebagai isu titik bengik titik bengik saya tak mahu bincang di sini Datang saja mesyuarat kita bincang Kita binca...
Kami Mahu Jawapan Presiden Bukan Setiausaha Agung Pkr Yang Dilantik Zuraida

Kami Mahu Jawapan Presiden Bukan Setiausaha Agung Pkr Yang Dilantik Zuraida

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 381 hits
Surat itu saya tujukan kepada Presiden parti bukannya Setiausaha Agung yang tidak masuk pemilihan parti sebaliknya hanya dilantik kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin Sehubungan dengan itu katanya beliau sama sekali t...
Mereka Yang Malas Hadir Mesyuarat Tak Layak Jadi Pemimpin

Mereka Yang Malas Hadir Mesyuarat Tak Layak Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 397 hits
Walaupun sudah diberi ingatan oleh Anwar Ibrahim agar semua pimpinan dapat menunaikan tanggungjawab kepada parti Azmin Ali tetap tidak hadir dalam mesyuarat bulanan MPP PKR yang diadakan semalam Ini adalah ketidakhadirannya buat kali kelapa...
Ada Pihak Yang Siang Malam Bermati An Do Or Die Nak Raih Untung Politik Dengan Video Semburit

Ada Pihak Yang Siang Malam Bermati An Do Or Die Nak Raih Untung Politik Dengan Video Semburit

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 479 hits
Kalaupun untung itu untung haram kerja mengaibkan orang mereka suka sama suka lantak dia le Buatlah amal lain banyak lagi perjuangan untung dunia akhirat PM dan Agong Tak Ada Masa nak layan cerita dalam kain masing jaga Desperate politik sa...
No Reconciliation Between Anwar And Azmin Says Pkr Sec Gen

No Reconciliation Between Anwar And Azmin Says Pkr Sec Gen

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 504 hits
PKR secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail today said party members who wish to reconcile with their president Datuk Seri Anwar Ibrahim should attend the monthly central leadership meetings instead of making overtures elsewh...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Gelandangan Kronil Di Kl

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bunga Telang Putih

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Persiapan Strategik Mesyuarat Koordinasi Perlawanan Dan Sidang Media Pra Perlawanan

Kerajaan Korea Selatan Panggil Mesyuarat Kecemasan Untuk Menangani Krisis Terkini

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini Ai