Mereka Yang Malas Hadir Mesyuarat Tak Layak Jadi Pemimpin




Walaupun sudah diberi ingatan oleh Anwar Ibrahim agar semua pimpinan dapat menunaikan tanggungjawab kepada parti, Azmin Ali tetap tidak hadir dalam mesyuarat bulanan MPP PKR yang diadakan semalam.

Ini adalah ketidakhadirannya buat kali kelapan dalam mesyuarat MPP PKR sejak menang jawatan Timbalan Presiden pada November tahun lalu.

Selain tidak pernah menghadirkan diri dalam mesyuarat MPP, Azmin juga tidak pernah hadir dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang kedua-duanya dipengerusikan oleh Anwar selaku Presiden PKR.

Turut mengiringi Azmin tidak hadir dalam mesyuarat semalam ialah dua penyokong kuatnya, Zuraidah Kamaruddin dan Amiruddin Shaari.

Zuraidah ialah Naib Presiden PKR, manakala Amirudin adalah Ahli MPP.

Tidak ada alasan diberikan Azmin mengenai ketidakhadirannya kali ini, tetapi Zuraidah tidak hadir kerana menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PKR Selangor di Shah Alam.

Nampaknya, bagi Zuraidah menghadiri mesyuarat tahunan Wanita PKR lebih penting berbanding menghadiri mesyuarat MPP PKR yang mana beliau adalah Naib Presiden parti itu.

Amiruddin pula tidak hadir kerana ada dua program yang perlu dihadirinya iaitu merasmikan Mesyuarat Agung Wanita PKR Selangor di Shah Alam dan merasmikan mesyuarat PKR Cabang Batu.

Sama seperti Zuraidah, Amiruddin juga kelihatannya menganggap program parti peringkat negeri dan cabang lebih utama berbanding hadir mesyuarat peringkat pusat.

Bulan lalu, Amiruddin tidak hadir mesyuarat MPP kerana mendakwa terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Alahai.....

Walau apa pun alasan diberikan berhubung ketidakhadiran mereka dalam mesyuarat parti, melakukannya secara berulang-ulang dan ternampak seperti disengajakan, ia adalah perilaku paling buruk bagi seseorang pemimpin.

Seorang pemimpin harus sedar mereka dipilih oleh ahli parti untuk menjadi pemimpin. Disebabkan dipilih parti itulah mereka seterusnya menjadi Ahli Parlimen atau Adun dan kemudian dapat memegang jawatan menteri, menteri besar, timbalan menteri dan sebagainya.

Asasnya adalah parti. Kalau mahu dikira layak dan lebih baik, mungkin lebih ramai orang lain atau rakyat biasa yang lebih layak menjadi menteri dan menteri besar.

Tetapi, disebabkan mereka itu tidak aktif dalam parti dan tidak pula dipilih oleh parti, maka kebanyakan mereka itu tidaklah berpeluang duduk sebagai menteri dan menteri besar.

Pokoknya, partilah yang meletakkan seseorang di situ. Oleh itu, mereka yang bergelar pemimpin dan sudah ada jawatan besar dalam kerajaan, jangan mudah lupa diri dan lupa kepada parti.

Jika hari ini mereka diambil tindakan atau dibuang daripada parti, jawatan dalam kerajaan juga boleh gugur kerananya. Sistem kita ialah parti menguasai kerajaan.

Mereka yang gagal, malas atau sengaja enggan hadir mesyuarat parti adalah mereka yang tidak layak menjadi pemimpin. Juga mereka itu tidak layak diberikan jawatan dalam kerajaan.

Sebab itu, alasan tidak hadir mesyuarat parti kerana sibuk dengan urusan kerajaan tidak boleh diterima. Kedua-dua urusan parti dan kerajaan mesti dilaksanakan secara seimbang. Tiada alasan bahawa urusan kerajaan mesti didahulukan, lagi pun urusan parti bukannya setiap hari sebagaimana sibuknya menguruskan kerajaan.

Sebab itu juga, PKR dan semua parti sudah ada peraturan mengenai pentingnya hadir dalam mesyuarat. PKR misalnya, jika tiga kali tidak hadir tanpa sebab, kedudukan mereka akan tergugur secara automatik.

Disebabkan pentingnya mesyuarat parti itulah yang menjadikan peraturan sedemikian diwujudkan. Realitinya semua sedar bahawa partilah yang menentukan pembentukan kerajaan, kalau tidak tentulah peraturan seperti itu tidak ditetapkan.

Hanya dengan PKR bertegas menguatkuasakan peraturan itu, barulah semua pihak ada rasa hormat kepada parti yang telah memberikan mereka kedudukan serta kemasyhuran.

Sebaliknya, jika peraturan ini tidak benar-benar dikuatkuasakan,  akhirnya akan muncullah pemimpin yang hanya sibuk dengan parti ketika pemilihan dan musim perebutan jawatan diadakan saja, selebihnya mereka akan tampil sebagai golongan pemalas, pengelat dan kaki curi tulang dalam perjuangan. (Shahbudindotcom 26/08/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/mereka-yang-malas-hadir-mesyuarat-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menggunakan Pemimpin Melayu Untuk Menghalalkan Kehendak Mereka

Menggunakan Pemimpin Melayu Untuk Menghalalkan Kehendak Mereka

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 422 hits
Rais Yatim pun mahu Zakir Naik keluar MalaysiaPemimpin veteran negara Tan Sri Rais Yatim menyifatkan keadaan negara ini harmoni namun berubah selepas penceramah kontroversi Zakir Naik hadir menetap di negara ini Sebelum Zakir Naik menetap d...
Tiada Tindakan Terhadap Azmin Kerana Gagal Hadir Mesyuarat Pkr

Tiada Tindakan Terhadap Azmin Kerana Gagal Hadir Mesyuarat Pkr

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 247 hits
Tiada tindakan terhadap Azmin kerana gagal hadir mesyuarat PKR Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Aug 2019 11 2
Azmin Zuraida Amirudin Tetap Tak Hadir Mesyuarat Pkr

Azmin Zuraida Amirudin Tetap Tak Hadir Mesyuarat Pkr

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 288 hits
Diterbitkan Hari ini 8 45 malamBeberapa pemimpin PKR masih tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti itu walaupun peringatan telah dikeluarkan oleh setiausaha agungnya Saifuddin Nasution Antara mereka ialah Timbalan Presiden PKR ...
Lebih Baik Hadir Mesyuarat Bulanan Bukannya Temu Berasingan Kata Setpol Anwar

Lebih Baik Hadir Mesyuarat Bulanan Bukannya Temu Berasingan Kata Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 344 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak PETALING JAYA Adalah lebih baik sekiranya pemimpin PKR termasuk Zuraida Kamaruddin hadir ke mesyuarat bulanan majlis pimpinan pusat dan bukannya bertemu presiden secara berasingan kata setiausaha politik ...
Saya Banyak Komitmen Tak Dapat Hadir Mesyuarat Mpp Kata Zuraida

Saya Banyak Komitmen Tak Dapat Hadir Mesyuarat Mpp Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 343 hits
SHAH ALAM Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang berlangsung hari ini disebabkan mempunyai komitmen lain
Wapres Jk Tolak Pns Kerja Di Rumah Hadir Di Kantor Saja Tidak Disiplin

Wapres Jk Tolak Pns Kerja Di Rumah Hadir Di Kantor Saja Tidak Disiplin

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 191 hits
Menurut JK penerapan bekerja di rumah hanya dapat dilakukan pegawai startup
Beautea By Safi Hadir Dengan 4 Variasi Mengikut Kesesuaian Kulit

Beautea By Safi Hadir Dengan 4 Variasi Mengikut Kesesuaian Kulit

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 496 hits
Beautea By Safi Hadir Dengan 4 Variasi Mengikut Kesesuaian Kulit Hai korang Sis nak tanya ni korang dah dapatkan ke belum pencuci terbaru dari Safi ni Beautea by Safi ni buah tangan terbaru dari safi untuk pengguna setia safi Bila dapat tau...
Ptpp Dan 4 Bumn Gelar Puncak Acara Bumn Hadir Untuk Negeri Di Yogyakarta

Ptpp Dan 4 Bumn Gelar Puncak Acara Bumn Hadir Untuk Negeri Di Yogyakarta

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 175 hits
Perseroan bersama 4 BUMN lainnya mengirimkan 23 siswa berprestasi asal Daerah Istimewa Yogyakarta ke Riau dan sebaliknya menerima 30 siswa berprestasi Pekanbaru yang berkunjung ke Daerah Istimewa Yogyakarta
Rhinoshield Kini Hadir Dengan Pelekat Vinil Tahan Lasak Pesaing Dbrand

Rhinoshield Kini Hadir Dengan Pelekat Vinil Tahan Lasak Pesaing Dbrand

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 249 hits
Untuk banyak peranti mercu yang popular DBRAND atau Slickwraps adalah antara jenama pelekat vinil yang popular Pelekat ini hadir dengan potongan saiz peranti yang jitu dan menawarkan pelbagai jenis rekaan dengan tekstur 3D seakan bahan yang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut