Azmin Zuraida Amirudin Tetap Tak Hadir Mesyuarat Pkr


Shakira BuangDiterbitkan Hari ini 8:45 malam

Beberapa pemimpin PKR masih tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu walaupun peringatan telah dikeluarkan oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution.

Antara mereka ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari.

PKR mengadakan mesyuarat bulanan itu hari ini dan dipengerusikan oleh presidennya, Anwar Ibrahim.

Ketidakhadiran Azmin turut disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi namun beliau enggan mengulas lanjut.

“Mesyuarat hari ini bermula sekitar jam 3 petang dan berlangsung lebih kurang dua jam setengah," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Zuraida berkata beliau tidak hadir ke mesyuarat itu disebabkan perlu menghadiri program lain.

Bagaimanapun, anggota parlimen Ampang itu berkata ketidakhadirannya tidak perlu diperbesarkan.

“Saya tak datang sebab saya ada beberapa program tadi dan terus ke sini untuk perasmian (Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang Selangor).

“Ini juga satu tanggungjawab parti yang mana kita harus jalankan tugas untuk perasmian mesyuarat agung," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang PKR peringkat Selangor di Shah Alam.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau sebelum ini seorang yang 'rajin' menghadiri mesyuarat parti, namun komitmen kerja menyebabkan kesuntukan masa menghadiri mesyuarat itu.

"Tak datang mesyuarat tak menjadi isu kerana saya seorang yang rajin datang mesyuarat sebelum ini. Lepas jadi menteri ada kewajipan urusan menjadi menteri perlu diuruskan. Beri saya masa tumpu kementerian, lepas kita stabil insha-Allah kita akan hadir mesyuarat," katanya.

Sementara itu, Amirudin ketika diminta mengulas berhubung ketidakhadirannya enggan mengulas lanjut.

“Saya bergegas ke Batu sekarang,” katanya ringkas ketika ditemui pada program yang sama.

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Amirudin, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree mengesahkan Adun Sungai Tua itu mempunyai program lain.

“Saya tak pasti (hadir atau tidak mesyuarat MPP) kerana petang ini beliau perlu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Selangor dan Cabang Batu,” katanya kepada Malaysiakini.

Amirudin bulan lalu memberi alasan beliau tidak hadir mesyuarat MPP kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Anwar semalam dilapor berharap timbalannya Azmin akan muncul dalam mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu hari ini, selepas berkali-kali tidak hadir.

Anwar juga membayangkan ada ketikanya Azmin tidak memberikan alasan mengapa tidak hadir dalam mesyuarat parti berkenaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/azmin-zuraida-amirudin-tetap-tak-hadir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tindakan Terhadap Azmin Kerana Gagal Hadir Mesyuarat Pkr

Tiada Tindakan Terhadap Azmin Kerana Gagal Hadir Mesyuarat Pkr

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 722 hits
Tiada tindakan terhadap Azmin kerana gagal hadir mesyuarat PKR Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Aug 2019 11 2
Saya Banyak Komitmen Tak Dapat Hadir Mesyuarat Mpp Kata Zuraida

Saya Banyak Komitmen Tak Dapat Hadir Mesyuarat Mpp Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 446 hits
SHAH ALAM Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang berlangsung hari ini disebabkan mempunyai komitmen lain
Mereka Yang Malas Hadir Mesyuarat Tak Layak Jadi Pemimpin

Mereka Yang Malas Hadir Mesyuarat Tak Layak Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 394 hits
Walaupun sudah diberi ingatan oleh Anwar Ibrahim agar semua pimpinan dapat menunaikan tanggungjawab kepada parti Azmin Ali tetap tidak hadir dalam mesyuarat bulanan MPP PKR yang diadakan semalam Ini adalah ketidakhadirannya buat kali kelapa...
Lebih Baik Hadir Mesyuarat Bulanan Bukannya Temu Berasingan Kata Setpol Anwar

Lebih Baik Hadir Mesyuarat Bulanan Bukannya Temu Berasingan Kata Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 456 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak PETALING JAYA Adalah lebih baik sekiranya pemimpin PKR termasuk Zuraida Kamaruddin hadir ke mesyuarat bulanan majlis pimpinan pusat dan bukannya bertemu presiden secara berasingan kata setiausaha politik ...
Pixel 4 Akan Hadir Dengan Perisian Kamera Seakan Dslr Tiada Aksesori Fizikal

Pixel 4 Akan Hadir Dengan Perisian Kamera Seakan Dslr Tiada Aksesori Fizikal

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 197 hits
Minggu lepas Dalam laporan mereka Pixel 4 akan menggunakan skrin dengan kadar segar semula 90Hz yang mana sama dengan OnePlus 7 Pro Fungsi ini dinamakan sebagai Smooth Display dan memori untuk peranti ini dikatakan adalah sehingga 6GB RAM d...
Iqoo Pro 5g Disahkan Hadir Dengan Storan Berasaskan Ufs3 0 Akan Dilancarkan 22 Ogos Ini

Iqoo Pro 5g Disahkan Hadir Dengan Storan Berasaskan Ufs3 0 Akan Dilancarkan 22 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 289 hits
iQOO adalah sub jenama daripada Vivo yang mana peranti peranti iQOO memfokuskan permua sepenuhnya Kini melalui Weibo iQOO telah mengesahkan tarikh pelancarannya iQOO akan melancarkan peranti ini pada 22 Ogos 2019 Selain itu iQOO turut menge...
Nike Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Kasut Kanak Kanak Berharga Sekitar Rm84 Sebulan

Nike Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Kasut Kanak Kanak Berharga Sekitar Rm84 Sebulan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 375 hits
Menurut kajian American Orthopaedic Foot Ankle Society kanak kanak berumur sekitar 3 tahun saiz kaki akan meningkat setiap empat hingga enam bulan Untuk bayi berumur bawah 16 bulan saiz kaki akan membesar 1 1 2 saiz setiap dua bulan Kemudia...
Rangkaian Kegiatan Bumn Hadir Untuk Negeri Di Lampung

Rangkaian Kegiatan Bumn Hadir Untuk Negeri Di Lampung

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 252 hits
Melalui program BUMN Hadir Untuk Negeri ketiga BUMN telah menyusun berbagai rangkaian kegiatan yang dapat diikuti oleh masyarakat di Provinsi Lampung
Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Easy Beef Gravy Recipe Flour

Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri