Azmin Idea Penubuhan Pn Untuk Pastikan Dr M Kekal Pm


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:41 am

Menteri Kanan, Mohamed Azmin Ali mendakwa, idea penubuhan Perikatan Nasional (PN) datang dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad

Jelasnya, tujuan penubuhan tersebut pada asalnya untuk menjadikan Mahathir seorang perdana menteri yang disokong oleh semua anggota parlimen dari kedua-dua belah pihak.

Azmin yang merupakan ahli politik di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan PN penubuhan PN yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, rancangan dibuat agar pilihan raya umum (PRU) diadakan pada Oktober namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana gelombang ketiga wabak Covid-19.

“PN bukan kerajaan pintu belakang kerana terdapat kekosongan jawatan (perdana menteri). Saya tidak mencadangkan pada masa itu. Jika kejadian (Mahathir letak jawatan) tidak berlaku- di mana kami ketuk pintu untuk masuk ke dalam dan keluarkan dia.

“Itu bukan dalam rancangannya,” kata Azmin dalam wawancara khas seperti dipetik portal The Star.

Azmin mendedahkan, sebelum Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Feb lalu, satu akaun berkanun (SD) merangkumi 131 sokongan anggota parlimen daripada pelbagai parti disampaikan ke Istana Negara.
“Ia menamakan dengan satu nama untuk perdana menteri - Dr Mahathir.

“Kami berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Mahathir dapat meneruskan sebagai perdana menteri,” katanya yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Langkah itu bertentangan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Mahathir sendiri untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH).

“Itu adalah hasil mesyuarat yang kita buat di rumahnya (Mahathir) pada 23 Feb pukul 4 petang di mana dia berjumpa dengan enam ketua parti politik, termasuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg dan saya,” kata Azmin.

Azmin turut merujuk situasi ketika Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019, di mana semua pemimpin Melayu hadir kecuali Anwar dan mempersoalkan tindakan Mahathir untuk hadir ke kongres tersebut dengan Umno dan PAS.

“Kami dihurung krisis politik ketika Mahathir letak jawatan.

“Jika Muhyiddin tidak bertindak, seseorang mungkin akan ke Istana Negara dan memohon untuk jadi perdana menteri. Saya tidak akan biarkan hal itu berlaku.

“Pilihan yang ada untuk saya dan Muhyiddin adalah untuk tinggalkan PH,” kata Azmin yang juga merupakan bekas timbalan presiden PKR.

Azmin menambah, pada 24 hingga 28 Feb, ketika Mahathir menjadi perdana menteri interim, dia bertungkus lumus berusaha mendapatkan sokongan ahli parlimen.

“Jika tiada sokongan, tiada apa boleh dilakukan. Oleh kerana, tidak ada persidangan parlimen ketika itu, mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong harus memutuskan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

“Akhirnya, Muhyiddin dapat sokongan, Sudah tentu kami bentuk kerajaan baru, bukan melalui pilihan raya tetapi melalui krisis politik.

“Jika Mahathir tidak letak jawatan Isnin itu, dia akan kekal jadi perdana menteri dengan majoriti besar,” tegas Azmin.

'Agong buka pintu untuk kami masuk'

Azmin turut menafikan dakwaan bahawa PN adalah kerajaan pintu belakang.
“Agong telah buka pintu untuk kami masuk, jadi bukan kerajaan pintu belakang,” tegasnya.

Tambahnya, dia turut menyatakan bahawa tidak memilih Muhyiddin berbanding Mahathir.

"Saya rasa kita patut benarkan Muhyiddin pimpin, terutama ketika wabak melanda.

“Apa-apa pun yang dikata, saya rasa Muhyiddin buat tugas yang bagus- sangat fokus menguruskan wabak Covid-19 dan hal ekonomi," katanya.

Azmin turut mengaku, sekiranya tiada wabak Covid-19, pilihan raya sudah diadakan bulan lalu.

“Meskipun kami ada majoriti, dengan segannya, saya boleh kata majoriti kecil.

“Bila majoriti tipis, kerajaan lemah.

“Bila kerajaan lemah (atau) tidak stabil, kita tidak dapat fokus untuk membantu rakyat.

“Jika kamu tanya saya, sudah tentu kita akan kembalikan mandat kepada rakyat. Jika tanya saya sepatutnya pilihan raya bulan depan tetapi malangnya kita berdepan Covid-19,” katanya lagi.

Azmin turut mengakui susulan peningkatan mendadak Covid-19 ekoran pilihan raya negeri Sabah, pilihan raya bukan lagi satu pilihan.

“Rakyat tidak boleh terima kerana mereka mahu kerajaan kurangkan penularan Covid-19 dan bantu dari sudut pekerjaan dan memastikan mereka dapat bantuan makanan,” katanya menambah hanya kementerian kesihatan Malaysia (KKM) boleh memberikan lampu hijau untuk mengadakan pilihan raya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/azmin-idea-penubuhan-pn-untuk-pastikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Nasional Was Dr M S Idea Claims Azmin

Perikatan Nasional Was Dr M S Idea Claims Azmin

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 289 hits
Senior Minister for Economy Azmin Ali claims that the formation of Perikatan Nasional was the idea of former prime minister Dr Mahathir Mohamad In an interview with The Star Azmin said the idea was aimed at ensuring Mahathir remained prime ...
Azmin Muhyiddin Mastermind Penubuhan Ph Tun M

Azmin Muhyiddin Mastermind Penubuhan Ph Tun M

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 272 hits
Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional Saya telah berkali kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO seca...
Ini Semua Idea Ot 95 Nak Kekal Berkuasa Sampai Mati

Ini Semua Idea Ot 95 Nak Kekal Berkuasa Sampai Mati

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comAzmin Idea penubuhan PN untuk pastikan Dr M kekal PMAzmin turut mendedahkan Mahathir mendapat sokongan 131 MP dan rancangan awal adalah mengadakan PRU pada Oktober tahun ini Ini bukan satu benda yang menghairankan saya sendi...
Pejuang Info Chief Leaps To Dr Mahathir S Defence Says Pn Formation Azmin And Muhyiddin S Idea

Pejuang Info Chief Leaps To Dr Mahathir S Defence Says Pn Formation Azmin And Muhyiddin S Idea

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 344 hits
Ulya Aqamah Husamudin speaks to the media in Kuala Lumpur in this file picture taken on June 4 2020 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Nov 29 Parti Pejuang Tanah Air information chief Ulya Aqamah Hasamudin today denied the involvement of...
Dr M Denies Azmin S Claim That Perikatan Nasional Was His Idea

Dr M Denies Azmin S Claim That Perikatan Nasional Was His Idea

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 256 hits
Dr Mahathir Mohamad and Azmin Ali worked together in the previous Pakatan Harapan administration PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad has denied Senior Minister for Economy Azmin Ali s claim that the setting up of Perikatan Nasional was his id...
Benar Akaun 1 Kwsp Boleh Dikeluarkan Tapi Pastikan Dahulu Anda Ada Dokumen Ini

Benar Akaun 1 Kwsp Boleh Dikeluarkan Tapi Pastikan Dahulu Anda Ada Dokumen Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 319 hits
Kerajaan mengumumkan semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terjejas pendapatan dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka dibawah program i Sinar Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kebenar...
Pastikan Hasil Swab Benar Benar Negatif Jamaah Umroh Diminta Karantina 2 Hari Sebelum Berangkat

Pastikan Hasil Swab Benar Benar Negatif Jamaah Umroh Diminta Karantina 2 Hari Sebelum Berangkat

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 207 hits
Ibadah umroh sudah dilakukan kembali di tengah pandemi corona Namun ada kebijakan baru yang wajib dipenuhi seluruh jamaah salah satunya terkait ketentuan karantina Ketua Umum Asosiasi Muslim Penyelenggara Haji dan Umrah Republik Indonesia F...
Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Alam Sekitar dan Air akan memastikan pengguna menikmati bekalan air mentah yang baik melalui beberapa inisiatif terutama dengan pengurangan kadar kehilangan air tidak terhasil selain meningkatkan rizab air terawat M...
Esok Pastikan Tuntutan Bn Lulus Puad Beritahu Menteri

Esok Pastikan Tuntutan Bn Lulus Puad Beritahu Menteri

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 217 hits
November 25 2020 Puad Zarkashi PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mahu para menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional pastikan dua tuntutan gabungan itu untuk Belanjawan 2021 diluluskan pentadbiran Perdana Ment...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya