Azeez Masuk Hospital Keputusan Rayuan Batal 13 Tuduhantangguh Lagi



Abdul Azeez dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Kedah dan Perak iaitu melibatkan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 pertuduhan penggubahan wang haram.
Projek tersebut melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).
Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.
Pada 12 Mac 2021, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai sebarang merit yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk berbuat demikian.
Mahkamah Tinggi berpuas hati ketiga-tiga alasan yang dikemukakan oleh Abdul Azeez untuk membatalkan semua pertuduhan terhadapnya, tidak mempunyai merit yang mewajarkan mahkamah menggunakan bidang kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonannya.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya menyatakan, semua pertuduhan telah dirangka dengan sempurna dan menjadikan satu tindakan pramatang pada peringkat ini jika mahkamah memutuskan semua pertuduhan yang dikemukakan adalah tidak berasas.
Pada 12 April 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahli Parlimen Baling itu untuk menangguhkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen sehingga tamat rayuan bagi keputusan mahkamah terdahulu.
Pada 17 Februari 2022, Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya, diputuskan pada 23 Februari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim sewaktu sebutan perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi yang turut disahkan oleh peguam bela, Amer Hamzah Arshad mewakili Abdul Azeez.
Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes itu bagi mengetahui status keputusan rayuan tersebut.
Sebahagian dari laporan oleh Sinar.

SHAH ALAM- Istana Kehakiman, Putrajaya menjadi penentu hari ini (26 Ogos) samaada berjaya atau tidak bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenepikan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 12 Mac 2021, menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai sebarang merit yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk berbuat demikian.
Pada 12 April 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahli Parlimen Baling itu untuk menangguhkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen sehingga tamat rayuan bagi keputusan mahkamah terdahulu.
Seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.
Pada 1 Julai lalu panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan membenarkan permohonan pihak perayu dan responden agar keputusan kes itu ditangguhkan
Hakim Kamaludin berkata, mahkamah menangguhkan keputusan rayuan itu buat kali terakhir lapor Sinar
Bagaimanapun hari ini.. Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan sekali lagi keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya.
PUTRAJAYA - Keputusan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mengetepikan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya ditangguhkan ke 5 September.
Ia selepas peguam perayu, Amer Hamzah Arshad memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak jam 2 pagi Jumaat.
"Anak guam saya kini berada di PPUM kerana acute gastroenteritis," katanya di hadapan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said pada Jumaat.
Hakim yang turut bersidang, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Amer Hamzah dalam pada itu memaklumkan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung representasi untuk menarik pertuduhan tersebut.
"Pihak kami telah menghantar permohonan tersebut pada 27 Jun dan sehingga kini masih tiada jawapan," ujarnya.
Justeru Kamaludin mengarahkan AGC agar segera memberi jawapan terhadap permohonan perayu.
"Kami harap Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) atau sesiapa menjawab permohonan tersebut. Kalau tolak, tolak lah, jika tidak tergantung seperti ini," katanya.
Seraya itu, responden yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron berdiri dan memaklumkan beliau akan penyampaian perkara itu kepada AGC.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan kes bagi mengetahui status keputusan rayuan tersebut dan juga perkembangan representasi dan tarikh itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan lapor Sinar
Hmm.. takut apanya??.. Kan BossKu dah ada di sana.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/3-tuduhan-rasuah-adakah-azeez-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Akhir Najib Mahkamah Mungkin Terus Buat Keputusan

Rayuan Akhir Najib Mahkamah Mungkin Terus Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 137 hits
hmetro com myNAJIB keluar selepas mahkamah menangguhkan perbicaraan perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International di Mahkamah Persekutuan Putrajaya kelmarin FOTO Mohd Fadli HamzahKuala Lumpur Banyak ketidakpastian dilihat m...
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman

Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 176 hits
Kes saman Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana yang sudah setahun dijalankan nampaknya masih berlarutan sehingga ke hari ini Terdahulu penyanyi dan pelakon ini memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuang...
Rayuan Upuonline 2022 2023 Tarikh Semakan Keputusan

Rayuan Upuonline 2022 2023 Tarikh Semakan Keputusan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 308 hits
Hebahan Keputusan Rayuan UPU ONLINE Lepasan SPM Setaraf Sesi Akademik 2021 2022 Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan rayuan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2021 2022 adalah mulai 22 Ogos 2022 hingga 26 Ogos 2022 Sila ru...
Rosmah Gagal Batal Prosiding Bicara Kes Rasuah Keputusan Kekal Khamis Ini

Rosmah Gagal Batal Prosiding Bicara Kes Rasuah Keputusan Kekal Khamis Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Cubaan Datin Seri Rosmah Mansor membatalkan prosiding perbicaraan rasuahnya di saat akhir sebelum Mahkamah Tinggi memberikan keputusan berhubung projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion pada Khamis ini gagal Ia susulan keputu...
Suami Tengku Maimun Buat Hantaran Negatif Bimbang Ia Pengaruhi Keputusan Pertuduhan

Suami Tengku Maimun Buat Hantaran Negatif Bimbang Ia Pengaruhi Keputusan Pertuduhan

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 174 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Najib Razak mahu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan akhirnya bagi mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya berdasark...
Kes Src Keputusan Ini Bukan Pengakhiran Bagi Perjuangan Muhyiddin

Kes Src Keputusan Ini Bukan Pengakhiran Bagi Perjuangan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 163 hits
Kata Muhyiddin masih terdapat pendakwaan kes membabitkan kes 1MDB dan kes kes berprofil tinggi lain yang masih belum selesai Gambar fail BernamaKUALA LUMPUR Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutua...
Keputusan Kes Najib Bukti Kuasa Rakyat Anwar

Keputusan Kes Najib Bukti Kuasa Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 162 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 23 2022 8 51 PMKetua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rasuah SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak membuktikan kuasa rakyat dan keberani...
Badminton Kejohanan Dunia Bwf 2022 Jadual Keputusan

Badminton Kejohanan Dunia Bwf 2022 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 271 hits
Kejohanan Dunia BWF 2022 akan berlangsung bermula 22 hingga 28 Ogos bertempat di Tokyo Jepun Kejohanan Dunia BWF 2022Tarikh 22 Ogos 28 Ogos 2022Tempat Tokyo JepunPemain MalaysiaPerseorangan Lelaki Lee Zii Jia Ng Tze Yong Liew DarenPerseoran...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Aidil Fitri 1445h

Simpan Duit Kertas Rm5

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Candidates Hoping For Strong Voter Turnout At Kkb Polls

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa