Suami Tengku Maimun Buat Hantaran Negatif Bimbang Ia Pengaruhi Keputusan Pertuduhan


 

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak mahu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan akhirnya bagi mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya, berdasarkan maklumat baharu membabitkan suami Ketua Hakim Negara.
Najib mengemukakan permohonan itu melalui notis usulnya difailkan semalam supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim, menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan, kerana mendakwa suami kepada pengerusi panel terbabit menerbitkan hantaran di laman Facebook berhubung dirinya.
Turut bersidang dalam rayuan akhir itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pada peringkat ini, panel sudah selesai mendengar hujahan pendakwaan pada Jumaat lalu.
Dalam afidavit sokongannnya, Najib berkata, beliau mendapat tahu pada 17 Ogos lalu, terdapat satu hantaran dibuat di laman Facebook pada 11 Mei 2018 oleh individu bernama Zamani Ibrahim berkaitan dirinya dalam prosiding rayuan akhir itu.
Najib berkata, beliau percaya individu berkenaan adalah suami Tengku Maimun iaitu Datuk Zamani Ibrahim.
"Saya sesungguhnya percaya perkembangan baharu ini sungguh membimbangkan dalam mengambil kira fakta bahawa Zamani jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepemimpinan saya terhadap negara ini sebagai seorang perdana menteri dan menyimpulkan bahawa saya menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun akaun peribadi saya.
"Oleh kerana beliau suami pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan saya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahan saya.

"Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen suaminya terhadap saya," katanya.
Najib berkata, berdasarkan perkara itu, sebarang dapatan Mahkamah Persekutuan terhadapnya akan diragui pemerhati yang berfikiran munasabah dan berpendapat keputusan itu tercemar dengan unsur berat sebelah, selain pandangan awam terhadap kebebasan badan kehakiman akan diragui.
"Permohonan ini bukan dibuat untuk mengaibkan mahkamah terutama sekali Yang Amat Arif dan prosiding yang sedang berlangsung, namun dibuat di dalam kepentingan melindungi kebebasan badan kehakiman.
"Lebih-lebih lagi, badan kehakiman sentiasa menjaga penuh reputasinya. Oleh itu saya memohon permohonan ini dibenarkan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/najib-dakwa-suami-ketua-hakim-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Biodata Penuh Yam Tengku Maimun Ketua Hakim Negara Yang Menghumban Najib Ke Penjara

Hiburan Biodata Penuh Yam Tengku Maimun Ketua Hakim Negara Yang Menghumban Najib Ke Penjara

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 286 hits
Mengepalai lima panel hakim semalam tanggal 23 Ogos 2022 menjadi satu sejarah buat rakyat Malaysia apabila Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta kepada bekas Perdana Me...
Tengku Maimun Stays To Hear Najib S Src Appeal

Tengku Maimun Stays To Hear Najib S Src Appeal

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 202 hits
Will Najib Abdul Razak s remaining legal team headed by Hisyam Teh Poh Teik mount oral submissions for the former prime minister s appeal for acquittal from seven criminal charges linked to RM42 million of funds from SRC International We wi...
Tangguh Tak Nak Tengku Maimun

Tangguh Tak Nak Tengku Maimun

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 236 hits
HARI INI JUGA MASUK HIDUP BOOSKU ADA APA PETANG INI SAMAN ASTRO AWAMI PENYOKONG NAJIB DARI PAHANG TANGGUH JAB JE SEBAB DIKUATIRI TAK ADIL ALASAN SEBAB ZAMANI SUAMI TENGKU MAIMUN TAK SUKA PENTADBIRANNAJIB SHAFFE PULA MASUK BALIK DULU KWAR NI...
Jika Semua Selesai Hari Ini Tiada Siapa Perlu Datang Esok Tengku Maimun

Jika Semua Selesai Hari Ini Tiada Siapa Perlu Datang Esok Tengku Maimun

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 217 hits
hmetro com myKetua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat Putrajaya Jika semua selesai hari ini tiada siapa perlu datang esok tegas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini Beliau berkata demik...
Dr Mahathir Nafi Dia Arah Tengku Maimun Untuk Penjarakan Najib

Dr Mahathir Nafi Dia Arah Tengku Maimun Untuk Penjarakan Najib

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 223 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa dia telah mengarah Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat untuk penjarakan Najib Razak Itu satu pembohongan sebab Peguam Negara Idrus Harun telah berjumpa dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebel...
Tengku Maimun Tak Perlu Tarik Diri Permohonan Najib Ditolak

Tengku Maimun Tak Perlu Tarik Diri Permohonan Najib Ditolak

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 187 hits
Mahkamah Persekutuan mendapati Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat tidak perlu menarik diri daripada menghakimi rayuan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International Barisan lima hakim diketuai Tengku Maimun se...
Bimbang Bekalan Air Terganggu Warga Britain Disaran Amalkan Sikap Mandi Kerbau

Bimbang Bekalan Air Terganggu Warga Britain Disaran Amalkan Sikap Mandi Kerbau

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 294 hits
Bimbang Bekalan Air Terganggu Warga Britain Disaran Amalkan Sikap Mandi Kerbau Warga Britain disaran mengurangkan tempoh masa mandi mereka sekurang kurangnya 60 saat untuk mengelakkan berlakunya pembaziran susulan masalah kekurangan bekalan...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich