Azam Tahun Baru 2021
Azam Tahun Baru 2021. Selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita semua terus kuat, sabar dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Tiada tahun yang indah dan baik-baik je sepanjang kita melaluinya, begitu juga dengan tahun 2020. Setiap tahun ada cabarannya yang tersendiri. Tahun 2020 adalah tahun yang amat getir dan mencabar bagi seluruh penduduk dunia akibat tular dan pandemik covid-19 yang belum ada kesudahan. Sekarang kita sedang berjuang, dan akan terus berjuang pada tahun hadapan iaitu 2021 selagi belum jumpa penawar yang pasti tentang Covid-19. Namun jangan risau, Allah dah janji, setiap sakit ada penawarnya kecuali MAUT..
Maka, sempena tahun baru 2021 nanti, apakah agaknya azam yang boleh kita senaraikan agar dapat mengubah diri dan kehidupan kita pada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang lagi dalam semua bidang?
Ingat ya, azam bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Ia hanya memerlukan displin yang tinggi dan sedikit kesabaran. Okay✌✌✌
Azam Tahun Baru 2021
Kalau tak senaraikan azam tahun baru memang tak sah la kan.. sekadar untuk rujukan dan pemangkin semangat agar diri ini lebih baik di tahun 2021, saya senaraikan azam yang ingin dicapai:
1. Khatam al Quran lagi2. Perbanyak puasa sunat isnin dan khamis3. Membuat simpanan RM1,500 sebulan (kena kurangkan shopping)4. Buat duit dengan blog minima RM500 sebulan
Orang kata, jika sesuatu azam itu dicatat dan direkod, kita akan berusaha mencapainya hingga terlaksana. Itulah yang saya cuba lakukan
Walau ia sekadar azam baru,, bagi saya ia tetap satu tujuan hidup yang perlu dicapai.
Dengan usaha, tenaga dan sabarnya, insya Allah itu semua pasti akan memperoleh kejayaan yang manis
Azam tahun baru perlu diperbaharui walau dua @ tiga tahun lepas ia pernah dicatatkan. Kalau masih belum berjaya, senaraikan lagi setiap tahun sehingga anda benar-benar berpuashati
Azam kita adalah hak kita,, walau sekecil mana azam itu, ia tetap bermakna bagi kita. Jangan pernah berputus asa
Selamat tahun baru 2021 dengan azam baru yang anda ciptakan.! Yang penting azam tahun baru itu mestilah azam yang munasabah
Good luck
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/12/azam-tahun-baru-2021.html