Azalina Dedah Ruu Antilompat Parti Tiada Dalam Aturan Mesyuarat Sesi Parlimen Kali Ini


 


Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman berkata dia menjangkakan sesuatu yang lebih “konkrit” daripada perjanjian persefahaman (MOU) antara kerajaan pusat dan Pakatan Harapan (PH).
Dalam webinar hari ini, dia meluahkan kekecewaan berhubung MOU itu kepada seorang lagi ahli panel iaitu ahli parlimen Seremban, Anthony Loke.
Anthony merupakan salah seorang pasukan perunding PH yang terlibat dalam rundingan perjanjian berkenaan.
“Betul tu, Anthony, dengan kamu dan pasukan kamu sebagai arkitek MOU itu, saya jangkakan sesuatu yang lebih konkrit, kerana itu akan benar-benar menjadi platform berbeza dan matang untuk ahli-ahli parlimen.
“Kenapa tak ada struktur tetap? Bagi saya, apabila kamu bercakap soal perubahan, terutamanya tentang pembaharuan parlimen, saya sangat teruja.
“Saya tak perlu meletakkan rang undang-undang (RUU) pecat sebagai RUU persendirian, (kerana saya) tahu bahawa kerajaan mempunyai undang-undang antilompat parti, tapi saya periksa aturan mesyuarat (untuk sesi parlimen ini), tak ada undang-undang antilompat parti.
“Jadi, gencatan politik apa yang kita kehendaki kerana tak ada ketetapan,” katanya merujuk kenyataan Loke sebelumnya yang menyifatkan MOU itu sebagai satu gencatan politik.
Antara pembaharuan yang dijanjikan di dalam MOU itu adalah undang-undang antilompat parti.
Azalina berkata, kerajaan sepatutnya memasukkan RUU antilompat parti di dalam aturan mesyuarat, meskipun di tempat terakhir dalam senarai.
Ini katanya, setidak-tidaknya menunjukkan komitmen Putrajaya untuk membentangkannya meskipun pada sesi akan datang.
Dia turut mempersoalkan kenapa MOU itu hanya ditandantangani oleh blok politik, berbanding semua ahli parlimen yang akan menjadikannya lebih adil.
Menjawab hal itu, Loke menjelaskan PH telah mengemukakan lebih banyak tuntutan semasa proses rundingan dengan kerajaan.
“Tetapi dalam proses rundingan, ada dua pihak. Kamu tak boleh capai semuanya sekali gus.
“Sudah tentu, terdapat tuntutan yang kami kemukakan yang tak dipersetujui oleh pihak kerajaan, tetapi jika tak dapat 100 peratus apa yang kita tuntut, adakah kita batalkan rundingan?
“Kami ambil pendekatan yang lebih sederhana. Pendekatan kami ialah, selagi kami mendapat perkara-perkara minimum yang disepakati, kami tak akan batalkan rundingan, kami akan teruskan,” kata setiausaha organisasi kebangsaan DAP itu.
Dia turut mengingatkan bahawa tanggungjawab digalas PH daripada MOU itu hanyalah untuk membantu kerajaan meluluskan Belanjawan 2022, dengan syarat PH mestilah dilibatkan dalam proses berkenaan.
Sekiranya terdapat perkara yang mereka tidak persetujui dalam draf belanjawan, mereka boleh terus berunding untuk membuat pindaan pada peringkat jawatankuasa,” katanya.
“Jadi, akhirnya, apabila kita luluskan belanjawan, ia adalah sesuatu yang dipersetujui kedua-dua belah pihak … hanya itu tanggungjawab di belah PH.
“Adakah itu sama dengan menyerah kalah? Saya tak fikir begitu. Sekarang ini, kami gunakan kedudukan kami sebagai pembangkang secara strategik untuk mencapai sebahagian matlamat yang tak dapat kami capai pada masa lalu,” katanya.
Terdapat pihak yang mempersoalkan sama ada tarikh tamat MOU pada 31 Julai 2022 sebagai tempoh MOU itu bertahan sehingga pembubaran parlimen seterusnya, dan kerajaan pun bersetuju untuk tidak akan mengadakan pilihan raya sebelum daripada tarikh itu.
Bagaimanapun, Loke menidakkannya. Katanya, kerajaan hanya berjanji tidak akan mengadakan pilihan raya sebelum 31 Julai 2022, tetapi itu tidak bermaksud
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh memutuskan untuk membubarkan parlimen jauh lebih lama lagi daripada itu.
“Tak ada apa-apa yang menghalang mereka untuk melengah-lengahkan sehingga habis penggal (untuk membubarkan parlimen) dan kami okey dengan itu kerana kami tak mahu ambil kuasa itu daripada dia.
“Ini bukan hanya sekadar MOU 10 bulan, ia boleh jadi lebih lama daripada itu,” katanya.
Pada Isnin, kerajaan dan PH menandatangani MOU, yang kerajaan berjanji akan melaksanakan beberapa pembaharuan dalam jangka masa tertentu sebagai balasan untuk PH membantu meluluskan Belanjawan 2022 dengan beberapa syarat.
Selain Azalina dan Loke, ahli panel yang menyertai webinar berjudul “MOU – Jalan ke arah transformasi dan kestabilan?” itu termasuk Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan profesor dari Universiti Sunway, Wong Chin Huat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/azalina-dedah-ruu-antilompat-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Penggal Ke 4 Parlimen Ke 14 Mula Bersidang Hari Ini

Mesyuarat Penggal Ke 4 Parlimen Ke 14 Mula Bersidang Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 154 hits
BH ONLINE Dewan Rakyat KUALA LUMPUR Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke 14 membuka tirai hari ini dan akan dirasmikan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sesi parlimen ini adalah yang perta...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 263 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Rentasan 969 Panas Bersatu Takut Ruu Akta Lompat Parti Disegerakan

Rentasan 969 Panas Bersatu Takut Ruu Akta Lompat Parti Disegerakan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 170 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9691 HARI MALAYSIA YANG BERBEZA 2 PENYAMUN PUN BERSATU UNTUK MEROMPAK 3 MENGAPA AMANAH TERBABIT RUNDINGAN DENGAN UMNO 4 SIAPA TIMBALAN YANG DI PERTUA DEWAN RAKYAT
Kaukus Rentas Parti Reformasi Parlimen Perlu Ditubuhkan Segera

Kaukus Rentas Parti Reformasi Parlimen Perlu Ditubuhkan Segera

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 193 hits
11 Sep 2021 ENGLISH VERSION BELOW Kami selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini amat menyambut baik cadangan penubuhan kaukus reformasi Parlimen dan demokrasi pelbagai parti oleh MP Pengerang Azalina Othman Said p...
Usul Ruu Pecat Mp Lompat Parti Diterima Dewan Rakyat

Usul Ruu Pecat Mp Lompat Parti Diterima Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 156 hits
AGENDA DAILY Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun Rang Undang Undang Perlembagaan 2021 dan juga RUU Pemecatan Ahli ahli Parlimen 2021 yang didapati melompat parti sudah diterima Dewan Rakyat ia disahkan Yang di Pertua Dewan Datuk A...
Hanipa Maidin Azalina Pengerusikan Sementara Parlimen Langgar Undang Undang

Hanipa Maidin Azalina Pengerusikan Sementara Parlimen Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 500 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata adalah salah dari segi undang undang untuk speaker Dewan Rakyat Azhar Harun meminta Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman mempengerusikan sidang parlimen semalam Katanya hal itu keran...
Parti Amanah Belum Mengambil Pendirian Tentang Hukum Syariah Dan Ruu 355 Kata Mat Sabu

Parti Amanah Belum Mengambil Pendirian Tentang Hukum Syariah Dan Ruu 355 Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 176 hits
Parti Amanah Negara belum mengambil pendirian berhubung cadangan supaya Rang Undang Undang Mahkamah Syariah 2016 dibentangkan di Parlimen
Kerajaan Ulangi 7 Tawaran Transformasi Parlimen Dan Pentadbiran

Kerajaan Ulangi 7 Tawaran Transformasi Parlimen Dan Pentadbiran

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 245 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menanga...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik