Azab Sangat Ke Bila Kena Minum Air Gula Semasa Mengandung Hamil


AZAB SANGAT KE BILA KENA MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG @ HAMIL? Saya selalu baca pengalaman ibu ibu mengandung yang kena minum air gula. Majoriti cerita mereka memang macam menakutkan sangat air gula tu. Apa yang di gambarkan rasa air gula yang pihak klinik suruh minum memang sangat sangat teruk yang bukan semua orang mampu & berjaya minum. Sampai ada yang marah2 bila di paksa juga minum.

Air Gula. Sumber Google
Sebelum saya mengupas kupis & kopek dengan rakus isu ni.. Meh sini saya kongsikan sedikit info apa tujuan minum air gula semasa mengandung ni? Adakah pihak klinik sengaja nak kenakan ibu ibu hamil? Amboi macam jahat sangat pulak kan tuduhan tu. Sebelum hangpa buat spekulasi bukan bukan sedang elok la saya bagi penjelesan dulu.

Tujuan Minum Air Gula atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis & mengandung di usia 25 tahun keatas.

Siapa yang wajib minum air gula? 

➠wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
➠wanita dengan sejarah diabetes gestasi
➠wanita yang pernah hamil bayi besar
➠wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
➠wanita berumur 25 ke atas
➠wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan

Sebelum minum air gula ni para ibu di minta untuk berpuasa malam sebelum tarikh temujanji. Normally kena start puasa pukul 10 malam sehingga keesokkan harinya. Sehingga selesai sampel darah di ambil.

Darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar, kemudian ibu mengandung akan diberi minum air gula pekat (75gm glukosa dan 250ml air). Air glukosa yang diberi oleh klink kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam

Azab sangat ke rasa air gula ni? Entahlah dia bergantung pada individu juga. Sesetengah klinik ada bagi air gula yang berperisa sesetengah tidak. Pengalaman saya sendiri yang kena minum air gula bukan sebab ada masalah apa2. Almaklum la umur I kan 25 tahun setengah (sila jangan percaya) so kena la minum air gula ni. Air gula yang saya minum ni tanpa sebarang perisa

Rasa air gula pekat je.. Tak ada apa yang azab sangat. Alhamdulillah boleh minum senapas tanpa muntah, mual atau loya. Boleh bertahan tanpa bilas dengan air kosong sehingga sampel darah kedua di ambil. Tapi memang sebelum minum tu dok baca pengalaman orang lain minum air gula macam azab sangat. Allahu cuak jugak. Jenuh juga berzikir sebelum minum ni. Nak2 lagi terfikir lepas tu nak kena hadap 2 jarum suntikan yang memang menjadi fobia saya dari kecik kan

Tapi Allah permudahkan.. Semuanya selesai dengan mudah. Kadang kadang yang buat benda tu jadi sukar adalah mentaliti kita yang terhasut dengan cerita cerita orang lain. Ada saya pernah baca siap marah nurse paksa juga minum even dia tak mampu nak telan air gula tu sebab muntah. Menyalahkan pihak kakitangan kesihatan yang seolah olah macam nak aniaya mereka dengan paksa juga minum air gula ni

Depa pun tak ada kepentingan nak aniaya ibu ibu mengandung ni. Bukan dari arahan nurse pun. Ia untuk memastikan tahap kesihatan ibu yang sedang hamil. Tak ada sebab langsung lahai depa saja nak kenakan orang. Kat klinik gomen tu nak nak lagi kat department ibu & anak rasanya hari hari full pack. Jadahnya depa nak menambah kerja dengan buat benda yan bukan keperluan depa

Tips saya masa nak minum air gula ni doa kepada Allah supaya mudahkan, Baca doa nabi yunus (sebab risau kan dok membayangkan benda tu macam susah sangat nak buat), baca bismilillah, tahan nafas & minum sekali teguk sahaja. Insya Allah.. Anda mampu melepasi fasa getir ni dengan mudah. kekekekeke

Moral of the story.. Bila kena hadap benda2 yang menakutkan kita semasa hamil just fikir ia untuk kebaikkan anak yang kita kandung. Macam saya memang tak boleh hilang fobia dengan jarum suntikkan.. sebab tu selepas pregnant anak pertama 7 tahun lepas antara benda saya fikir nak mengandung lagi adalah sebab nak kena hadap jarum suntikan setiap kali check up. See.. betapa takutnya saya dengan jarum suntikan.. Tapi bila dah mengandung saya tetap pergi & hadap sebab fikir ada satu nyawa & anugerah terindah di dalam rahim saya ni. Seorang ibu ni akan jadi berani bila ia melibatkan anak. Percayalah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2018/12/azab-sangat-ke-bila-kena-minum-air-gula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagus Untuk Anak Amp Ibu Hamil Ini 5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Yang Tak Ramai Tahu

Bagus Untuk Anak Amp Ibu Hamil Ini 5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Yang Tak Ramai Tahu

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 296 hits
Kismis memang terkenal sebagai makanan yang baik untuk tubuh Tapi kita selalunya makan kismis sebagai kudapan kunyah kunyah atau bubuh dalam bijirin sarapan pagi seperti cornflakes atau overnight oat Mungkin tak ramai yang tahu bahawa air r...
5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 611 hits
Mungkin masih tak ramai yang tahu bahawa air rendaman kismis juga baik untuk diminum malah ia dikatakan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dimakan seperti biasa 5 KEBAIKAN MINUM AIR RENDAMAN KISMIS YANG TAK RAMAI TAHUBerikut adalah be...
Dapatkan Berbagai Manfaat Air Alkali Pada Air Minum Yang Satu Ini

Dapatkan Berbagai Manfaat Air Alkali Pada Air Minum Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 289 hits
Air Alkali yang Alami yang dimiliki oleh Pristine membuat Pristine 8 itu bukan hanya sekedar air mineral biasa pada umumnya akan tetapi dalam setiap kemasannya memiliki banyak sekali kebaikan yang akan didapat oleh tubuh kita diantaranya ya...
3 4 Hari Anak Belum Buang Air Besar Mungkin Sembelit Lakukan Cara Ini Sangat Berkesan

3 4 Hari Anak Belum Buang Air Besar Mungkin Sembelit Lakukan Cara Ini Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 454 hits
Sebagai ibu bapa kita sering kali melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa merengek dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka Walau bagaimanapun sesetengah petanda masalah kesihatan seperti bayi sembelit sukar ...
Manfaat Minum Air Putih Setelah Bangun Tidur Dan Perut Kosong

Manfaat Minum Air Putih Setelah Bangun Tidur Dan Perut Kosong

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 420 hits
Ketika bangun tidur apa sih yang biasanya kita lakukan jika kamu anak muda pasti pertama kali adalah lihat smartphone dulu ya kan Nah tahukah Sobat ternyata minum air putih setelah bangun tidur atau pada waktu perut kosong sangat banyak man...
Khasiat Minum Rendaman Air Ketumbar Mencegah Diabetes Hingga Rematik

Khasiat Minum Rendaman Air Ketumbar Mencegah Diabetes Hingga Rematik

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 464 hits
Khasiat minum rendaman air ketumbar belum banyak dirasakan Pasalnya belum banyak orang yang mengetahui khasiat menakjubkan dari minum rendaman air ketumbar Minum rendaman air ketumbar mempunyai khasiat yang banyak untuk kesehatan lho Moms K...
Ds Shahida Kongsi Tips Pemakanan Semasa Hamil Kesihatan Baik Makanan Berkhasiat Penting Untuk Bayi Sihat

Ds Shahida Kongsi Tips Pemakanan Semasa Hamil Kesihatan Baik Makanan Berkhasiat Penting Untuk Bayi Sihat

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 512 hits
Pemakanan semasa hamil sangat mustahak untuk perkembangan janin yang baik dan seterusnya dilahirkan sebagai bayi yang sihat Apa yang dikongsikan Datin Sri Shahida ini sangat baik untuk dipraktikkan Ibu kepada enam cahaya mata termasuk dua a...
4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 618 hits
Mama perlu memahami perubahan pada tubuh Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan Bukan anda tidak bertukar menjadi hodoh Anda masih cantik Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik ...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Selamat Tinggal 0176076730

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Everything Zen A Charming Bmw R65 Bobber From Sydney

Polis Terima Enam Laporan Siasat Tiga Pengacara Radio