Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Selebriti Menjerat Mangsa


SHAH ALAM : Pendakwah selebriti yang kini masih dalam tahanan reman, dipercayai menggunakan kata-kata manis, dalam usaha menjerat semua mangsanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah terbabit meyakinkan mereka.
"Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mangsa mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.
"Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenangkan dan meyakinkan mangsa terutamanya bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.
"Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa," katanya.
Berhubung dakwaan pendakwah terbabit menggunakan ilmu pengasih katanya, setakat ini pihaknya tiada maklumat mengenainya.
"Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga. Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar.

"Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terjerat dengan pendakwah itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang disampaikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selaku Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Noor Azam berkata, pihaknya juga percaya kemungkinan ada pertambahan laporan polis berhubung kes terbabit.
"Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
"Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menyeru pada mangsa-mangsa agar tampil ke hadapan sekiranya mereka mangsa kepada pendakwah ini," katanya.
Beliau berkata, semua laporan yang dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka juga medium apa yang digunakan.
"Kalau siasatan lengkap, kita akan ambil tindakan. Kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta-fakta dan bukti, sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan," katanya.
Ketika ditanya mengapa kebanyakan mangsa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis katanya, berkemungkinan mangsa malu kerana ia membabitkan maruah diri.
"Kadang-kadang mangsa malu, kita tidak boleh salahkan mangsa sebab ini membabitkan maruah tetapi apabila seorang keluar, mesti dua tiga orang mangsa akan keluar lagi.
"Jadi saya menyeru, yang pernah jadi mangsa datanglah ke balai dan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan, tidak perlu takut," katanya.
Sumber: BH Online


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Vt1eqz
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/12/ayat-manis-jadi-umpan-pendakwah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Terima Lima Lagi Laporan Polis Dedah Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda

Hiburan Terima Lima Lagi Laporan Polis Dedah Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 462 hits
Dipercayai menggunakan kata kata manis bagi menjerat semua mangsanya pendakwah selebriti yang kini dalam tahanan reman khabarnya telah didakwa kira kira lima lagi laporan berkenaan jenayah seksual Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Noor Aza...
Quot Nak Tukar Baju Quot Taktik Pendakwah Selebriti Perdaya Dan Bawa Mangsa Balik Ke Rumahnya

Quot Nak Tukar Baju Quot Taktik Pendakwah Selebriti Perdaya Dan Bawa Mangsa Balik Ke Rumahnya

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 371 hits
PETALING JAYA Pendakwah selebriti yang masih direman kerana dikaitkan dengan kes rogol dan cabul menggunakan taktik mahu menukar baju sebelum mempelawa mangsa ke rumahnya Satu sumber berkata maklumat tersebut terdedah nbsp hasil soal siasat...
Selepas Pelajar Dan Guru Nurse Pula Jadi Mangsa Pendakwah Selebriti

Selepas Pelajar Dan Guru Nurse Pula Jadi Mangsa Pendakwah Selebriti

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 355 hits
Selepas Pelajar Dan Guru Nurse Pula Jadi Mangsa Pendakwah Selebriti Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis di sini semalam berhubung dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti Selepas Pelajar Dan Guru Nurse Pula J...
Pendakwah Selebriti Ditahan Polis

Pendakwah Selebriti Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 775 hits
Pendakwah selebriti yang ditahan polis kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam pada minggu lalu ditahan sekali lagi oleh sepasukan polis daerah ini atas dakwaan mencabul Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee ...
Pendakwah Selebriti Tenang Minta Doakan Dirinya

Pendakwah Selebriti Tenang Minta Doakan Dirinya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 274 hits
Pendakwah selebriti dibawa anggota polis untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul di Mahkamah Majistret Petaling Jaya Selangor foto HAZROL ZAINAL PETALING JAYA Terima kasih semua kerana datang sa...
6 Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti

6 Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 474 hits
Enam laporan polis diterima setakat ini ke atas atas pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata tem...
Polis Terima 8 Laporan Salah Laku Seks Pendakwah Selebriti

Polis Terima 8 Laporan Salah Laku Seks Pendakwah Selebriti

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 402 hits
Polis terima 8 laporan salah laku seks pendakwah selebriti Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Dec 2020 3 46PM
Pendakwah Selebriti Ditahan Lagi Kali Ini Kes Lain Mngsa Gadis 22 Tahun Dkwa Dia Lakukan Perkara Yang Tak Tercapai Akal

Pendakwah Selebriti Ditahan Lagi Kali Ini Kes Lain Mngsa Gadis 22 Tahun Dkwa Dia Lakukan Perkara Yang Tak Tercapai Akal

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 463 hits
loading Petaling Jaya Pendakwah selebriti yang ditahan polis kes dakwaan mer00goll seorang gadis di Shah Alam pada minggu lalu ditahan sekali lagi oleh sepasukan polis daerah ini atas dakwaan mencabul
Peguam Pendakwah Selebriti Mahu Tindakan Pengadu Buat Laporan Palsu

Peguam Pendakwah Selebriti Mahu Tindakan Pengadu Buat Laporan Palsu

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 362 hits
Pendakwah selebriti dibawa keluar oleh anggota polis selepas mendapat perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol di Mahkamah Majistret Petaling Jaya foto HAZROL ZAINAL PETALING JAYA Pol...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman