Masak Rib Eye Steak


 Assalamualaikum WBT


SIANG makan Asam Pedas Ikan Merah, malamnya tu Sk masak Rib Eye Steak yang beli dekat Lee's Fandbee. Macam ni la kami, kalau siang dah keluar, malam duduk rumah aje makan la apa yang ada. Masa pergi Lee's Fandbee tu memang sengaja beli steak lebih, senang nak masak lain kali cuma rajin tak rajin jer la, hihi. Kalau malas, kita pergi jer la makan tosei kat kedai mamak, huhu.



Rib eye adalah potongan daging lembu premium yang berasal dari kawasan tulang rusuk (rib cage) lembu, terkenal kerana kelembutan, kelazatan dan berjus disebabkan kandungan lemak intramuskular atau marbling yang tinggi, yang meleleh saat dimasak, menjadikannya favorite untuk hidangan steak



Pada label diajar cara menyediakan rib eye steak yang betul. Agak berbeza la kaedahnya berbanding dengan memasak steak daging wagyu. Jika steak daging wagyu dimasak hanya seminit setiap bahagian, daging ni perlu dimasak selama dua hingga tiga minit dan perlu direhatkan di atas papan kayu selama 10 minit



Sk cuma perap dengan garam dan lada hitam tumbuk kasar. Selepas memasak sebelah bahagian, barulah letak bawang putih dan daun tymes serta daun rosemary. Tapi Sk guna daun cincang dalam botol aje, hehehe



Salad dan tomato je kemudian letak thousand island



Kentang goreng



Baki sos lada hitam masa masak Steak Daging Wagyu ada lagi, ngam la untuk Rib Eye Steak ni. Tapi tu la, sekeping lagi daging dia tu tanggal jadi tiga keping macam tu



Papan kayu besar ni memang jarang guna dan tak pernah lagi digunakan untuk potong bahan mentah seperti daging atau ikan. Biasa Sk guna jika nak potong roti. 


Masak Steak Daging Wagyu tuari letak kacang panggang, yang ni letak kacang peas pulak. Kacang peas cap ayam ni memang pucat la warna dia tak hijau tapi sedap. Kacang tu Sk tumis dulu dengan butter bagi garing sikit baru sedap. Masak steak sendiri ni murah jer kosnya tapi nak mengemas dapur lepas masak tu, alahaiii... belum lagi bab cuci kuali bagai, tu yang lemah, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/masak-rib-eye-steak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dania Masak Apa Hari Ini 6

Dania Masak Apa Hari Ini 6

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum wrt Semalam balik kerja bukak tudung saji tengok tengok mak aiii banyaknya lauk rupanya Dania masak tengahari semalam atuk cakap masak sorang sorang je and x bagi atuk tolong semalam masa text SA SA suruh dia buat ayam masak...
Lunch Sa Makan Lauk Dania Masak Semalam

Lunch Sa Makan Lauk Dania Masak Semalam

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 122 hits
Assalamualaikum wrt Lunch SA hari ni bawak lauk yang masak semalam Jenuh SA nak habiskan sudahnya nasi x habis SA ratah lauk je sampai habis masa panaskan lauk guna microwave bau semerbak 1 floor sampai ada yang puasa tanya masak lauk apa h...
Beli Barang Masak Di Pasar Tani Stadium Paroi

Beli Barang Masak Di Pasar Tani Stadium Paroi

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 141 hits
Rindunya nak tengok permandangan waktu pagi macam ni Biasanya kalau pergi hiking lah dapat permandangan keluar rumah macam ni Cantik permandangan langit dengan awak kepul kepul Matahari baru nak muncul Encik Suami kena pergi pasar hari ni n...
Masak Spageti Goreng Untuk Abang Di Asrama

Masak Spageti Goreng Untuk Abang Di Asrama

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 145 hits
Anak sulung MY tengah menduduki peperiksaan tak dapatlah nak hadir memberi sokongan setiap hari Hanya mampu doakan dari jauh aje Hujung minggu lepas MY datang tengok dia di asrama sekolahnya Kami datang borak borak kejap sambil minum dan ma...
Kelantan Tukang Masak Ditikam Suami Dua Kali Di Belakang Badan

Kelantan Tukang Masak Ditikam Suami Dua Kali Di Belakang Badan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 159 hits
ROHANA MOHD NAWIJenazah mangsa tiba di Unit Forensik Hospital Tanah Merah Tanah Merah sebentar tadi untuk proses bedah siasat FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN KOSMO TANAH MERAH Seorang tukang masak yang dibunuh suaminya dalam kejadian di Kamp...
Enggan Masak Kari Ayam Isteri Maut Di Tangan Suami

Enggan Masak Kari Ayam Isteri Maut Di Tangan Suami

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 139 hits
KOSMO NEW DELHI Seorang lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai masalah ketagihan alkohol menamatkan riwayat isterinya selepas mangsa enggan memasak kari ayam untuk makan malam lapor laman berita Times of India hari ini nbsp Kejadian berlaku...
Sotong Masak Kicap

Sotong Masak Kicap

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 161 hits
nbsp Hari tu suami teman kak ana ke pasaraya nak cari lauk boleh tiba tiba dia request nak makan sotong masak kicap Itupun sebab dia nampak di pasaraya hari tu ada sotong saiz gemoks Sotong bertelur lah tu biasanya bila nampak sotong gemoks...
Resepi Ayam Masak Black Pepper

Resepi Ayam Masak Black Pepper

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 148 hits
AYAM MASAK BLACK PEPPERBahan bahan Resepi Ayam Masak Black Pepper 7 ketul ayam 6 ulas bawang merah ditumbuk2 ulas bawang putih ditumbuk 4 ulas cili padai ita tambah1 inci halia dihiris1 sudu kecil lada hitam2 sudu besar sos tiram4 sudu besa...
Daging Masak Kicap Sedap Di Musim Winter

Daging Masak Kicap Sedap Di Musim Winter

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 115 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan ibadah gantian untuk mendapat sesuatu pahala Amalan ganti yang kita susah nak buat contoh qiamullail yang kita tahu sangat besar pahalanya tapi kita susah nak melakukannya...
Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

Yoursay Pas Mca Dialogue Clearing Air Or Clouding Truth

Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand

Rekaan Grafik Yang Kuat Mampu Mengubah Cara Pelanggan Melihat Jenama Anda

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

Al Fatihah Buat Abah Mama Yan

Thank God Ledge Keberanian Dan Ketinggian Di Half Dome Yosemite

Surah Al Qasas Rumi Terjemahan Audio Lengkap 88 Ayat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Simple Beef Tips And Rice Recipe With Brown Gravy

Perlukah Jam Azan Di Rumah Panduan Manfaat Untuk Keluarga

Asal Usul Pemutar Skru

Best Vin Lookup Services In 2026

Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir