Ayam Masak Cabai Yang Sedap Tataw Nak Habaq
Assalamualaikum...
KATA Ummi Cella, kalau di kampung dulu-dulu, sebelum ada Ayam Masak Merah, inilah antara masakan yang selalu dihidangkan semasa kenduri, dipanggil Ayam Masak Cabai. Seingat Sk, macam pernah kudengar nama masakan ini disebut arwah mak mertua. Yang pasti tiap kali balik kampung, waktu tengahari mesti ada Ayam Masak Cabai dan Gulai Ikan Temenung. Kalau menu lain sikit, Ikan Temenung Masak Lemak Kuning Daun Kunyit. Selain tu jugak, selalu kami dihidangkan Sambal Taukua.
Jika ditolak dengan umur mak semasa meninggal, 93 tahun dengan usia perkahwinan Sk, 21 tahun, maknanya masa pertama kali Sk balik kampung, usia mak dah 72 tahun. Dalam usia tu, mak masih larat memasak. Subuh hari dah terdengar bunyi lesung batu dan blender. Kalau sarapan untuk anak menantu, memang penuh meja dengan nasi lemak, bihun goreng, cucur jagung. Kalau petang ada popiah basah atau lopes. Kalau mak masak kari, lepas tumis bawang, dia akan tinggalkan menyapu daun kering di halaman. Api paling kecik, Sk pulak yang risau hangus.. hihi.
Sk belajar tengok cara mak masak. Tapi, macam popiah basah dan ketupat palas tu, memang mak tunjuk sungguh-sungguh la. Masuk jugak kepala otak tapi tidak dipraktikkan. Kalau ketupat palas tu, bolehlah buat sendiri. Popiah basah, yassalammmmm.. kelaut nak membuat kulitnya tu 😜
Disebabkan ibu Sk tak makan ayam, Sk jarang masak ayam sebelum berkahwin. Makan ayam selalu la, kalau pergi kenduri atau makan di kedai. Cabut bulu ayam pernah juga semasa program korban di kolej. Tapi, siang ayam yang dibeli dari kedai sendiri, memang tak pernah, tu yang pedal asyik masuk dalam tong sampah sebab tak kenal apo 😂 Ingatkan pedal tu rupa macam yang selalu Sk makan tu la, tataw pulak pedal bentuknya bulat dan ada isi dalam yang perlu dibelah dan dibuang 🤣
Ada rakan sebaya Sk yang berkata, dah tak ada selera makan ayam. Sk pulak tak begitu, masih suka dan ada selera terhadap ayam. Agaknya sebab masa kecik dulu tak selalu dapat makan ayam, hihi. Bila Pak Inche mintak Ayam Masak Cabai atau Ayam Sambal ni, layan jugaklah walaupun kadang datang jemu. Tumis cili dan bawang kisar, halia dan serai, memang lain macam aromanya
Wajiblah ada ayam goreng. Cerita pasal ayam goreng, kalau digoreng 4 ketul, masa nak makan tu mesti tinggal 3. Sebabnya ada tikus kepala hitam masuk dapur. Eh, sekarang kepala tikus tu dah putih la.. dah penuh uban 🤣🤣
Kalau ibu Sk, kepantangan dia orang ambil makanan yang dia masak sebelum waktu makan. Memang dia tinggalkan dapur terus ya, kau ratahlah lauk tu tak payah makan nasi, ada brannn?
Sekali lagi, Ayam Sambal. Dah berapa kilo cili kering habis sepanjang PKP kali ni. Dulu, satu bekas besar cili kisar, boleh bertahan selama sebulan.. la.. setiap seminggu lebih kena kisar yang baru. PI kata, sedap tataw nak habaq 😜 Masa balik kampung hari tu, semua menegur perut dia yang macam orang mengandung tu, dia kata, Sk masak sedap. Iyolah tu, padahal dia yang balik kerja menjinjit macam-macam
Selalu tengok budak-budak jer suka ayam goreng, ni atok budak pun suka sangat. Kalau masak macam ni memang sekali jalan la.. tak ada simpan-simpan. Bagus jugaklah, lapang sikit peti sejuk tu kalau tak penuh dengan tipuware lauk semalam punya semalam. 😅😅😅
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/08/ayam-masak-cabai-yang-sedap-tataw-nak.html