Ayam Goreng Berempah India Dengan Bawang Rangup Daun Kari


Perasan tak, kalau dalam masakan India, banyak rempah-ratus maka dikategorikan sebagai pedas (𝘴𝘱𝘪𝘤𝘺). Berempah tidak semestinya pedas.
Misalnya jika letak ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Berempah. Tetapi tidak pedas bukan?
Resipi ayam goreng berempah India daripada Siti Hazneza Abdul Hamid ini, tahap kepedasannya sesuai untuk dimakan kanak-kanak.
Jika pedas dikatakan 𝘩𝘰𝘵. Kepedasan biasanya datang daripada cili dan rasa yang pijar biasanya daripada lada (hitam, putih dan merah pun ada).
Jika pedas dan berempah itu yang jadi 𝘩𝘰𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘱𝘪𝘤𝘺.
AYAM GORENG BEREMPAH INDIA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
½ sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk stok ayam
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung gandum
Air secukup untuk jadikan rempah-ratus melekat pada ayam
2 labu bawang besar- hiris tebal sedikit dan gaul dengan tepung gandum
Segenggam longgar daun kari
*Tahap kepedasan rendah. Sesuai untuk kanak-kanak. Jika suka lebih pedas, boleh tambah serbuk cili atau kisar cili padi hijau untuk ditambah dalam adunan.
CARA MASAK:
1. Ayam dipotong comel. Kemudian dalam satu bekas, satukan ayam dengan serbuk cili, ketumbar, jintan putih, stok ayam, garam, lada hitam dan tepung gandum.
2. Gaul dengan sedikit air sehingga bahan-bahan menyaluti ayam. Agak-agak macam pakai bedak sejuk tu.
3. Goreng minyak dalam dengan api sederhana. Mak Maryam (ibu mertua saya) ajar tutup supaya ayam masak elok sebelah dalam. Selepas kalih, baru biarkan terbuka. Ayam garing, tidak lembik, berjus di dalam dan tiada darah pada bahagian yang dekat dengan tulang.
4. Sementara ayam dalam kuali, hiris bawang besar dan gaul dengan tepung gandum. Saya guna bekas jarang begini supaya tepung lebihan senang jatuh ke bawah.
5. Segenggam daun kari. Jika mahu, boleh ganti dengan daun pandan, daun limau purut atau daun kunyit. Aromanya akan berbeza.
6. Jika kuali besar macam rumah kenduri atau kedai mamak, memang mudah masukkan terus bawang dan daun kari selepas kalih ayam. Kuali saya comel jadi separuh jalan, saya keluarkan ayam dahulu untuk elakkan rentung.
7. Teruskan goreng bawang dan daun kari. Dah garing keemasan, boleh angkat dan masukkan pada ayam yang sudah siap.
8. Sentiasa selang-selikan menggoreng ayam dan campuran bawang dengan daun kari supaya seimbang dan tidak perlu gaul-gaul lagi kerana setiap lapis ayam, ada lapisan rangup bawang. Makan dengan nasi panas-panas sedap ni.
Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid
The post Ayam Goreng Berempah India Dengan Bawang Rangup & Daun Kari appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/02/ayam-goreng-berempah-india-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chicken Strip Goreng Daun Kari

Chicken Strip Goreng Daun Kari

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 197 hits
Chicken Strip Goreng Daun Kari Kita goreng chicken strip dengan taburan daun kari sedap baunya wangi dan harum Rasa ayamnya pun lemak pedas dan sedap Nak buat chicken strip pun mudah nak guna resepi sendiri ke nak guna resepi mat saleh yang...
Hajat Nak Masak Kari Ayam Kampung Kena Hijack

Hajat Nak Masak Kari Ayam Kampung Kena Hijack

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah makan sure la dah makan kan Sebenarnya hari ni SA mintak Pak Zain beli ayam kampung hajat dihati dari malam tadi nak makan kari ayam kampung memang dah set la awal awal nak masak kari ayam balik je Pak Zain ter...
Resepi Ayam Bawang Penang Resepinya Di Olah Sendiri

Resepi Ayam Bawang Penang Resepinya Di Olah Sendiri

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 498 hits
Resepi Ayam Bawang Penang Resepinya Di Olah Sendiri Resepi Ayam Bawang Penang Resepinya Di Olah SendiriGoreng bawang merah banyak banyak dulu
Ayam Goreng Mamak Buat Sendiri Bikin Ketagih

Ayam Goreng Mamak Buat Sendiri Bikin Ketagih

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 296 hits
Ayam Goreng Mamak Air Tangan SendiriSetiap hari memasak memang memerlukan seseorang menjadi kreatif Sebolehnya setiap hari nak masak menu yang berlainan tetapi mudah disediakan Kalau asyik menu sama jemu juga dibuatnya kan Macam Mai selalu ...
Nasi Lemak Ayam Goreng

Nasi Lemak Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum NASI Lemak pertama yang dimasak dalam tahun 2022 Jemu jugak asyik makan di luar aje dahlah balik balik pergi kedai sama hihi Teringat masa masak hari tu Iman punya bersorak sebab katanya dah lama tak makan kat rumah Walaupun...
Petua Goreng Ikan Rangup Tidak Meletup

Petua Goreng Ikan Rangup Tidak Meletup

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 291 hits
Kalau dapat goreng ikan rangup tidak meletup ataupun tidak melekat ni rasa bahagia sangat Dulu dulu saya pun sama tak berapa tahu cara nak goreng ikan supaya tidak meletup dan rangup Lagi satu masalah ialah kalau goreng je mesti kulit ikan ...
Daging Goreng Serai Berempah

Daging Goreng Serai Berempah

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 189 hits
Hai semua Kali ni nak kongsi satu resepi yang sangat mudah tetapi sangatlah sedap Selalu kita buat masakan Daging Goreng mesti samada daging goreng kunyit pedas atau kicap Kali ni Kekny guna serai sebagai bahan utama dalam daging goreng ser...
Hiburan Isteri Hamil Mengidam Nasi Ayam Goreng Di Sekolah Lama Lelaki Ini Selamba Kawtim Dengan Pakcik Guard

Hiburan Isteri Hamil Mengidam Nasi Ayam Goreng Di Sekolah Lama Lelaki Ini Selamba Kawtim Dengan Pakcik Guard

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 473 hits
Memang sudah jadi kebiasaan buat wanita wanita yang sedang hamil untuk memiliki hasrat tertentu seperti gejala mengidam untuk makan sesuatu misalnya Begitulah yang terjadi pada pasangan ini apabila si isteri yang sedang hamil khabarnya meng...
Hiburan Ni Kari Air Longkang Tunjuk Cara Masak Kari Ayam Singapura Wanita Teruk Dikecam

Hiburan Ni Kari Air Longkang Tunjuk Cara Masak Kari Ayam Singapura Wanita Teruk Dikecam

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 264 hits
Baru baru ini menerusi perkongsian New York Times di Instagram tentang cara cara untuk memasak Kari Ayam Singapura telah menimbulkan kemarahan orang ramai serta gagal untuk menarik perhatian netizen Dalam video berdurasi beberapa saat itu m...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran