Chicken Strip Goreng Daun Kari
Chicken Strip Goreng Daun Kari. Kita goreng chicken strip dengan taburan daun kari, sedap baunya wangi dan harum. Rasa ayamnya pun lemak pedas dan sedap. Nak buat chicken strip pun mudah, nak guna resepi sendiri ke, nak guna resepi mat saleh yang macam dalam youtube pun boleh. Terpulang.. yang penting bila dah siap tu, boleh dimakan dengan tenang. Tak di baling ke dinding. Hehe..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Chicken Strip Goreng Daun Kari
Tak bosan-bosan si bujang bongsu ku ni makan chicken strip. Kekadang tu 30 ketul boleh habis sekali hadap je, terror kan?
Korang nak resepinya? Jom lihat di bawah ini:-
Resepi Chicken Strip Daun Kari
Bahan-bahan:
2 potong dada ayam, hiris tipis memanjang
2 ulas bawang putih, haluskan
3 sudu makan tepung serbaguna BestariDaun kari secukupnya
Bahan celup:
1 butir telur ayam
sedikit garam
Bahan pelapis:
3 sudu makan serbuk roti, kalau tak cukup boleh tambah
Cara nak buat Chicken Strips
1. Rendam potongan dada ayam dengan tepung serbaguna bestari yang telah dibancuh, lebih kurang 30 minit
2. Kemudian campurkan bahan celup dan kacau seketika. Celupkan dada ayam yang telah hiris nipis tadi ke dalam nya
3. Gulung setiap strip dada ayam ke dalam campuran bahan pelapis, sambil dicubit-cubit agar keriting dan krispi saat digoreng.
4. Panaskan minyak cukup banyak, goreng chicken strip hingga tenggelam dengan api sederhana. Taburkan 3 tangkai daun kari ke dalam gorengan chicken strip. Setelah masak, boleh angkat dan toskan.
Rupa bentuk chicken strip daun kari yang telah masak dan ditoskan. Selamat mencuba
Alhamdulillah, chicken strip daun kari habis dimakan, daun kari tu pun rangup je masuk ke mulut. Oleh kerana chicken strip tu dihasilkan dari bahagian dada ayam, maka isinya lembut tak bertulang. Anak-anak kecil pun boleh makan
Selamat mencuba
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/02/chicken-strip-goreng-daun-kari.html