Ayahlah Idola Anak Lelaki Ada Bonding Mereka Membesar Jadi Anak Cemerlang


Banyak kajian yang dilakukan membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti. Dalam perkembangan seorang anak, perlu diingat yang peranan ayah sama pentingnya seperti peranan ibu.
Walaupun kebanyakan anak memang rapat dengan ibu kerana ikatan telah terbina sejak dari dalam kandungan dan semasa proses menyusu tetapi tak semestinya ayah tak boleh rapat dengan anak.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh Father Involvement mendapati ikatan yang erat antara anak dan ayah akan melahirkan anak yang cerdik dibandingkan dengan anak yang langsung tidak rapat dengan ayah atau hanya rapat dengan salah seorang daripada orang tuanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, ayah janganlah balik ke rumah tanpa mampu melemparkan senyuman atau bertanya khabar pada si kecil. Mereka sangat menantikan kepulangan ayah dari kerja untuk bercerita banyak perkara yang berlaku pada hari tersebut.
Tip Eratkan Hubungan Dengan Anak
1. Sediakan waktu khusus untuk bonding time dengan anak Kualiti masa lebih penting berbanding kuantiti. Itu jika anda seorang ayah yang sangat sibuk. Pastikan anda menyediakan waktu khusus untuk anak antara 20 hingga 30 minit sehari untuk bonding time. Masa ini anda buatlah apa aktiviti yang anak suka. Kegembiraan yang mereka alami dalam jangka masa yang singkat tapi berkualiti ini mampu memberikan kesan positif dalam diri mereka.
Artikel Menarik: {Anak Suka Melawan Cakap, Suami Isteri Asyik Bergaduh. Cuba Check Bilik Air Confirm Kotor}
2. Tak perlu kos yang mahal atau perjalanan yang jauh
Untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak tak semestinya anda perlu merancang percutian ke tempat yang jauh dan pastinya memerlukan kos yang mahal dan perjalanan yang panjang. Kadang-kala aktiviti membasuh kereta di depan rumah pun dah boleh menjadikan anak gembira kerana dapat bersama ayah. Paling penting masa bersama si kecil.
3. Bermain dan bersiar-siar bersama adalah saat yang dinantikan oleh anak
Jadikan masa hujung minggu sebagai waktu untuk bermain dan bersiar-siar dengan anak. Mungkin anda boleh pilih waktu awal pagi untuk keluar beriadah di taman. Bermain bola sepak, main kejar-kejar, layan si kecil bermain di taman permainan sambil melihat keindahan alam semula jadi adalah waktu berharga yang sangat disukai oleh anak. Selain mengeratkan hubungan ayah dan anak, mereka juga boleh belajar mengenali pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbahan.

4. Sentiasa peluk anak
Anak yang sentiasa dipeluk lebih tenang, kurang degil, dengar cakap dan ceria, jadi ayah pastikan anda sentiasa peluk anak setiap hari. Pelukan dari seorang ayah akan merembeskan sejenis hormon oksitoksin di mana sel saraf pada badan akan memberi isyarat kepada otak untuk berada dalam keadaan tenang. Pelukan kepada anak lelaki akan membantu ia mengurangkan perlakuan agresif selain bagus untuk perkembangan IQ mereka.
Artikel Menarik: {Minta Bantuan Suami Untuk Jadi ‘Confinement Man’ Waktu Berpantang. Luka Cepat Sembuh, Emosi Pun Stabil}
5. Berbual dengan anak
Pernah tak ayah berbual dengan anak? Walaupun ayah sibuk tapi carilah masa untuk berbual-bual dengan anak. Ayah boleh bercerita hal-hal berkaitan pembentukan karektor diri anak. Daripada ayah, anak belajar tentang disiplin, keyakinan diri, skil kemahiran hidup dan bagaimana menjadi individu yang berani dengan cabaran hidup.
6. Dengar cerita anak
Anak-anak memang suka bercerita. Walaupun kadang-kala kita tak berapa faham dengan cerita si kecil tapi cubalah layan dan memberikan respon pada ceritanya. Ayah, tolong letak seketika handphone dan beri tumpuan pada cerita anak. Ia penting untuk membina keyakinan diri anak meluahkan perasaannya.

7. Sesekali keluar berdua dengan anak
Mungkin ramai ayah yang tak yakin untuk keluar berduaan dengan anak sahaja. Tapi tak salah cuba cara ini sebagai salah satu kaedah merapatkan hubungan. Sesekali cuba bawa anak anda keluar tanpa ibu mereka bersama. Selain anda dapat meluangkan masa bersama, cara ini juga membantu ayah menjadi lebih cekap menguruskan keperluan anak. Kalau tak confident, cuba keluar dengan anak dalam masa sekejap dan tempat yang tak jauh. Bila dah ok mungkin boleh keluar lebih lama dan ke lokasi yang jauh sedikit dari rumah.
8. Uruskan keperluan anak
Sebaiknya mulakan sejak anak masih bayi. Walaupun kekok sebab pertama kali bergelar ayah tapi berusahalah untuk belajar menguruskan keperluan si manja. Percayalah, seorang ayah punya cara dan kehebatan tersendiri menguruskan keperluan si manja walaupun mungkin kali pertama boleh jadi kelam-kabut.

Membina ikatan erat bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa untuk terus rapatkan diri dengan anak. Ingatlah, peranan ayah sangat penting dalam perkembangan karektor seorang anak.
The post Ayahlah Idola Anak Lelaki. Ada Bonding, Mereka Membesar Jadi Anak Cemerlang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayahlah-idola-anak-lelaki-ada-bonding-mereka-membesar-jadi-anak-cemerlang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rajin Layan Anak Dah Boleh Wujudkan Bonding Time Tak Perlu Buat Benda Susah Pun

Rajin Layan Anak Dah Boleh Wujudkan Bonding Time Tak Perlu Buat Benda Susah Pun

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 382 hits
Hubungan mereka ketika bercinta tidak banyak diketahui umum Sebaik sahaja Raf melamar Mawar untuk menjadi isterinya semakin ramai yang mengikuti perkembangan mereka sehinggalah kini sudah mempunyai si kecil Rafael Ketika berpeluang berjumpa...
Risau Kena Tinggal Anak Waktu Bekerja Im Asyraf Ajarkan Doa Mohon Allah Swt Lindungi Mereka

Risau Kena Tinggal Anak Waktu Bekerja Im Asyraf Ajarkan Doa Mohon Allah Swt Lindungi Mereka

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 239 hits
Membesarkan anak anak dalam zaman moden seperti hari ini banyak cabarannya Anak anak sentiasa terdedah dengan bahaya Sama ada yang mengancam keselamatannya mahupun yang memberi kesan kepada emosinya Sebagai ibu bapa kita boleh mencuba sehab...
Situasi Masih Mencekam Orang Tua Di Kashmir Larang Anak Mereka Sekolah

Situasi Masih Mencekam Orang Tua Di Kashmir Larang Anak Mereka Sekolah

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 201 hits
Akses ponsel dan internet masih diblokir sejak pemerintah India mengumumkan blokade di Kashmir dua minggu lalu
Little Fingers Memperkasakan Bonding Antara Ibubapa Dan Anak

Little Fingers Memperkasakan Bonding Antara Ibubapa Dan Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 190 hits
Bersama pengasas juga team yang menjayakan Little FingersGOMBAK 18 Mei 2019 Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Little Journey telah diadakan di Orchard Villa sempena dengan Majlis Berbuka Puasa anjuran Little Fingers Pertandingan L...
Anak Selalu Tidur Lambat Penyebab Badan Mereka Jadi Tembun

Anak Selalu Tidur Lambat Penyebab Badan Mereka Jadi Tembun

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 357 hits
Tahukah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya Usia si kecil semakin meningkat Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan per...
Mama Boleh Tak Adik Nak Mainan Ni Jangan Berkira Dengan Anak Mereka Pembawa Rezeki Kita

Mama Boleh Tak Adik Nak Mainan Ni Jangan Berkira Dengan Anak Mereka Pembawa Rezeki Kita

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 363 hits
Bila kita nak belikan sesuatu buat anak kita selalu fikir berkali kali sedangkan bila kita nak belikan telefon mahal atau tudung sekalipun kita beli tanpa banyak fikir Jangan berkira sangat dengan anak anak amanah Allah pada kita Hakikatnya...
Perhatikan Cara Berjalan Anak Untuk Ketahui Risiko Masalah Punggung Mereka

Perhatikan Cara Berjalan Anak Untuk Ketahui Risiko Masalah Punggung Mereka

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 280 hits
Dokter spesialis kedokteran fisik dan rehabilitasi Christa Adriane Tenges menyampaikan salah satu tanda skoliosis yakni cara berjalan yang miring sebelah entah ke kiri atau ke kanan
Anak Anak Demam N Denggi

Anak Anak Demam N Denggi

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 365 hits
Alhamdulillah Sarah dah kuar hospital Last week hari Rabu bawak Abg Isk ke klinik sebab dia demam Nampak tonsil dia sangat bengkak Dokter bagi ubat utk surutkan bengkak dia Kak Moon pun mintak jugak ubat sebab sebab rasa cam bengkak kelenja...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut