Ayahanda Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati


 AYAHANDA - Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati. Dah agak lama tak berkongsi tentang drama menarik.  Kali ini akak nak kongsi tentang drama Ayahanda.  Mulanya malas nak tonton sebab cerita adaptasi novel lama-lama ni, mesti penyampaiannya berat dan susah nak hadam.  Karya orang lama-lama ni selalunya penuh kiasan dan maksud tersirat yang kadang-kadang susah nak dileraikan.  Tapi bila tengok episod pertama, terus keinginan untuk menonton lagi dan lagi datang.  Dram berunsur islamik yang menyentuh hati, memang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Sinopsis AYAHANDAMengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Ogy Ahmad Daud) ketika itu.
Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.
Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung.
Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.
Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.
Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.
Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?
(sumber wikipedia)

AYAHANDA  Adaptasi NovelAyahanda merupakan adaptasi novel karya Azizi hj Abdullah, salah seorang novelis yang memang akak ikuti juga karyanya masa di bangku sekolah menengah dahulu.
"Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anaknya tidak mampu memahami perasaan seorang bapa."
Ini kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.
Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah,tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti. 
Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.
Minggu Akhir AYAHANDA Yang Menyentuh HatiMinggu ni dah masuk minggu akhir drama ni. Akak sarankan korang tengoklah drama ni.  Banyak pengajaran yang dibawa.  Sesekali tonton arahan orang lama, memang makan dalam. Drama arahan Ahmad Tarmimi Siregar ni memang best kali ini. Gabungan pelakon dan dan baru yang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik

Lagu pun best



Follow Full Episod AYAHANDA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2021/07/ayahanda-drama-unsur-islamik-yang-menyentuh-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Poster Menyentuh Hati Calon Ph Zamri Pakiri Tular Turut Dipuji Rafizi Ramli

Poster Menyentuh Hati Calon Ph Zamri Pakiri Tular Turut Dipuji Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 198 hits
Poster calon Pakatan Harapan bagi DUN Rembia Zamri Pakiri tular di media sosial sehari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka Beliau memuatnaik poster yang memaparkan dirinya duduk di tangga batu bersama seorang budak lelaki...
Umur Yang Tersisa Disaat Ini Sungguh Tak Ternilai Harganya Status Fb Allahyarham Menyentuh Hati Netizen

Umur Yang Tersisa Disaat Ini Sungguh Tak Ternilai Harganya Status Fb Allahyarham Menyentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 219 hits
Seperti yang kita tahu sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia telah disahkan terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang malam semalam ketika melaksanakan latihan penerbangan Nahas pes...
Sadis Gambar Menyentuh Hati Sepasang Burung

Sadis Gambar Menyentuh Hati Sepasang Burung

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 189 hits
Dikatakan berjuta juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di Amerika dan Eropah tidak ketinggalan juga di Asia apabila gambar ini disiarkan akhbar akhbar tempatan Ianya merupakan gambar yang menyentuh perasaan mengenai sepasang bur...
Drama Pelangi Hati

Drama Pelangi Hati

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 494 hits
Saksikan drama bersiri Pelangi Hati disiarkan setiap hari bermula 28 Oktober 2021 pukul 12 tengah malam di salran RTM TV Okey JUDUL PELANGI HATIEPISOD 20TARIKH TAYANGAN 28 Oktober 2021WAKTU SIARAN Isnin Ahad 12 tengah malamRANGKAIAN TV Okey...
Drama Pelangi Hati Lakonan Kuza Zarul Husin Cha Cha Maembong

Drama Pelangi Hati Lakonan Kuza Zarul Husin Cha Cha Maembong

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 547 hits
Tonton drama bersiri Pelangi Hati disiarkan setiap hari bermula 28 Oktober 2021 pukul 12 tengah malam di salran RTM TV Okey JUDUL PELANGI HATIEPISOD 20TARIKH TAYANGAN 28 Oktober 2021WAKTU SIARAN Isnin Ahad 12 tengah malamRANGKAIAN TV OkeySK...
Tiba Tiba Dipanggil Polis Arab Sekali Yatt Hamzah Kongsi Sesuatu Yang Menyentuh Hati Ramai Orang

Tiba Tiba Dipanggil Polis Arab Sekali Yatt Hamzah Kongsi Sesuatu Yang Menyentuh Hati Ramai Orang

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 269 hits
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berkongsi kenangan terindah buat dirinya ketika menunaikan umrah di tanah suci baru baru ini di Instagram nya Sebak Dapat Dekat Dengan Kaabah Dan Sentuh Hijir Ismail
Catatan Hati Hari Ini

Catatan Hati Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Berapa tahun yang berlalu macam macam yang terjadi ada yang sempat dicoretkan dalam buku memori ada yang hanya tersimpan rapi dalam ingatan dan mungkin ada yang dilupakn begitu sahaja Sehingga hari ini dari hati yang keanak anakkan dan ceri...
Kepada Yang Memiliki Perodua Viva Anda Perlu Berhati Hati Ini Sebabnya

Kepada Yang Memiliki Perodua Viva Anda Perlu Berhati Hati Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 408 hits
Posting ni bukanlah nak mengajar korang mencuri kereta tapi sebaliknya sebagai awareness kepada korang yang memiliki kereta perodua Viva agar lebih berwaspada dan berhati hati Aku tau korang sayangkan kereta korang tambah lagi loan dengan b...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation