Poster Menyentuh Hati Calon Ph Zamri Pakiri Tular Turut Dipuji Rafizi Ramli


 





Poster calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Rembia, Zamri Pakiri tular di media sosial, sehari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka.

Beliau memuatnaik poster yang memaparkan dirinya duduk di tangga batu bersama seorang budak lelaki, berlatarbelakangkan rumah kampung, menunjukkan kemesraan yang luar biasa antara mereka.
“Saya menyeru kepada semua pengundi yang bijaksana dari DUN Rembia untuk keluar mengundi. #MelakaMemangkah untuk masa depan anak-anak kita yang lestari,” itu mesej poster tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.
Poster itu ternyata mendapat perhatian ramai pengguna media sosial termasuk Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Saudara Zamri adalah antara pimpinan akar umbi yang baik, berhati mulia dan lama membantu dalam perjuangan tanpa pernah minta apa-apa.
“Seorang yang sangat saya hormat. Bertuah pengundi Rembia dapat calon begini. Bukan selalu saya tweet endorsement calon,” katanya.
Zamri kemudian menceritakan kisah disebalik posternya, setelah mengakui ramai yang bertanya mengenai budak lelaki itu.
“Kanak-kanak sebelah saya ini namanya Adam. Rumahnya bersebelahan dengan rumah saya. Dia dilahirkan dengan Down Syndrome dan jantung berlubang. Selama 4 tahun, saya, isteri dan ibunya berulang alik dari Melaka ke IJN untuk rawatan susulan beliau.
“Anak istimewa ini dilahirkan tanpa pemisah dalam jantung, dibedah oleh doktor pakar di Malaysia dan juga UK melalui jarak jauh menggunakan Skype. Video conference menggunakan Skype. Hebat bukan?
"Bapanya seorang pelaut, kerja berjauhan dengan keluarga untuk mencari rezeki. Jadi terpanggil dan menjadi tanggungjawab saya membantu anak kecil ini. Saya faham, hidup berjauhan bukan mudah. Lebih-lebih lagi tatkala anak ini memerlukan perhatian yang penuh dari ibu bapanya.
"Malang tidak berbau, berlaku sedikit komplikasi di mana jantungnya berhenti seketika semasa pembedahan. Gugur jantung kami kerana menjangka, pembedahan mungkin tidak berjaya. Ini Adam sebelum pembedahan, ceria orangnya walaupun menanggung kesakitan yang beliau hadapi.
"Gugur jantung kami kerana menjangka pembedahan mungkin tidak berjaya. Tapi Allah maha kaya, menyambung semula nyawa beliau sehingga kini. Alhamdulillah, pembedahan untuk beliau berjaya. Syukurlah, beliau juga seorang yang kuat semangat, untuk terus hidup bersama ibu bapa," katanya.
Kisah Adam itu membuatkan Zamri sedar bahawa pembelajaran kanak-kanak itu sudah terjejas.
"Lebih-lebih lagi pembelajaran kanak-kanak istimewa seperti Adam kerana corak pembelajaran mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Keperluan mereka berbeza, perhatian dan tumpuan juga jauh berbeza.
"Jadi, saya kerap kali terfikir. Bagaimana dengan anak-anak Rembia yang lain? Sedangkan mereka inilah masa hadapan dan harapan kita semua.
"Jurang pendidikan akan semakin jauh. Lebih ramai anak Rembia yang akan menghadapi masalah kenal huruf dan juga pembelajaran.
"Dengan mendukung aspirasi pendidikan terbaik untuk anak Rembia, saya hendak mencuba sebaik boleh untuk fokuskan solusi pembelajaran kepada mereka. Mengadakan kelas istimewa dan di cakna oleh guru peribadi untuk catat pencapaian dan pembaharuan untuk setiap murid," katanya.
Beliau percaya, setiap anak Rembia pasti ada jalan untuk mereka berjaya.
"Setidaknya untuk mereka, kita memberi satu sinar baru bagi anak yang berkeperluan khas, kerana perkara yang nampak seperti enteng, satu masa akan membarah yang besar dalam masyarakat khususnya diluar bandar.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan, semakin di biar, semakin kita akan alpa. Sedangkan mereka inilah aset harapan negara. Satu persatu sedang saya rencanakan untuk murid yang berkeperluan khas terutamanya dan juga anak Rembia yang cicir dalam pembelajaran mereka.
"Untuk Adam, semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Walaupun kami memang partner selalu bergurau "gaduh". Tapi geng makan ayam goreng KFC kegemarannya tetap nombor satu," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/poster-menyentuh-hati-calon-ph-zamri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Muda Prn Mampukah Mereka Menang Tawan Hati Pengundi

Calon Muda Prn Mampukah Mereka Menang Tawan Hati Pengundi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 215 hits
Berbeza dengan pilihan raya terdahulu parti parti politik berlumba lumba meletak muka baharu dan tidak kurang juga mempertaruhkan calon muda bagi pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 20 November Lebih menarik lagi PRN ...
Umur Yang Tersisa Disaat Ini Sungguh Tak Ternilai Harganya Status Fb Allahyarham Menyentuh Hati Netizen

Umur Yang Tersisa Disaat Ini Sungguh Tak Ternilai Harganya Status Fb Allahyarham Menyentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 259 hits
Seperti yang kita tahu sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia telah disahkan terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang malam semalam ketika melaksanakan latihan penerbangan Nahas pes...
Tiba Tiba Dipanggil Polis Arab Sekali Yatt Hamzah Kongsi Sesuatu Yang Menyentuh Hati Ramai Orang

Tiba Tiba Dipanggil Polis Arab Sekali Yatt Hamzah Kongsi Sesuatu Yang Menyentuh Hati Ramai Orang

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 299 hits
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berkongsi kenangan terindah buat dirinya ketika menunaikan umrah di tanah suci baru baru ini di Instagram nya Sebak Dapat Dekat Dengan Kaabah Dan Sentuh Hijir Ismail
Ayahanda Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati

Ayahanda Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 298 hits
AYAHANDA Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati Dah agak lama tak berkongsi tentang drama menarik Kali ini akak nak kongsi tentang drama Ayahanda Mulanya malas nak tonton sebab cerita adaptasi novel lama lama ni mesti penyampaiannya berat ...
Rtm Siarkan Poster Biadota Calon Prn Melaka Mulai Esok Annuar

Rtm Siarkan Poster Biadota Calon Prn Melaka Mulai Esok Annuar

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 372 hits
Oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN membenarkan Radio Televisyen Malaysia untuk menyiarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka bermula esok Menteri Ko...
Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tular dalam media sosial ketika ini Jelas baginda kenyataan yang...
Parti Calon Diingatkan Hati Hati Guna Media Sosial

Parti Calon Diingatkan Hati Hati Guna Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 252 hits
BH ONLINE Pasukan khas polis dibahagikan tiga kumpulan pantau media sosial 24 jam sepanjang kempen PRN Melaka foto fail BERNAMA MELAKA Polis mengingatkan pihak berkepentingan seperti parti politik dan calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ...
Sadis Gambar Menyentuh Hati Sepasang Burung

Sadis Gambar Menyentuh Hati Sepasang Burung

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 215 hits
Dikatakan berjuta juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di Amerika dan Eropah tidak ketinggalan juga di Asia apabila gambar ini disiarkan akhbar akhbar tempatan Ianya merupakan gambar yang menyentuh perasaan mengenai sepasang bur...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

Dame Un Grr Versi Fattah Amin Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Luka Tak Nampak Kenapa Blood Is Thicker Than Water Or After All Itu Ibu Ayah Kita Doesn T Always Apply

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Otak Penuh Dengan Idea

Random Photo Stories

A Love Letter To My Blog Goodbye For Now

Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London