Awasi Peranti Anak Anak Pakar Ingatkan Ibu Bapa Kesan Pandemik Mulai Timbul


Ahmad Mustakim Zulkifli Penggunaan peranti berskrin yang berlebihan boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak selain penglihatan mereka.
Penggunaan peranti berskrin dengan waktu yang lama boleh menjejaskan tingkah laku  Beberapa pakar memberi amaran berhubung peningkatan kes melibatkan pendedahan mata kanak-kanak dan remaja terhadap paparan skrin secara berlebihan ekoran penggunaan peranti berskrin sepanjang sekatan pergerakan Covid-19 yang berkuat kuasa beberapa kali di seluruh negara sejak tahun lalu.
Terdedah kepada paparan skrin yang berlebihan adalah berbeza mengikut usia namun ia didefinisikan sebagai penggunaan peranti berskrin pada tahap melampau atau melebihi had sepatutnya.
Seorang ahli psikologi kanak-kanak di Gleneagles Pulau Pinang Sherine Selvarajah berkata semakin ramai ibu bapa mengadu dan mendapatkan nasihat setelah menyedari wujud perubahan tingkah laku pada anak-anak mereka.
“Ibu bapa merasa bimbang apabila anak-anak mereka sentiasa bersama telefon pintar mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Mereka tidak mengadu tentang masalah penglihatan anak-anak mereka – mereka mengadu mengenai perubahan tingkah laku anak-anak.”
Beliau berkata penggunaan peranti berskrin yang berlebihan boleh mempengaruhi tabiat kanak-kanak di banyak sudut termasuk gaya hidup, corak tidur, tabiat makan dan kesejahteraan emosi.
Ringkasnya, “mereka tidak dapat berpisah dengan telefon pintar,” katanya.
Menurut Sherine, kanak-kanak boleh dikatakan berada dalam spektrum ketagihan bergantung kepada beberapa gejala yang berkembang, misalnya kecenderungan untuk mengasingkan diri, sering berada dalam angin yang tidak baik, dan bahkan dalam beberapa keadaan, menjadi agresif.
Bagi kanak-kanak yang lebih muda, beliau mengesyorkan mereka tidak boleh menghabiskan masa lebih dari dua hingga tiga jam dengan paparan skrin setiap hari, dan ia perlu dibahagikan kepada beberapa sesi.
“Enam hingga lapan jam sehari sudah dianggap sangat berlebihan.”
Beliau memberikan contoh kes di mana seorang bapa tunggal meminta bantuan mengenai anak perempuannya yang sepatutnya menghadiri kelas dalam talian sepanjang tempoh “lockdown” namun gagal berbuat demikian.
“Daripada belajar, dia bermain permainan dalam telefon sepanjang hari. Dia tidak tidur hingga larut malam dan dia tidak bangun untuk ikuti kelas.”
Beliau berkata anak perempuan itu kemudiannya menjalani terapi tingkah laku untuk mengatasi masalah kemarahan selain membaiki tabiat makan dan tidurnya.
Beliau juga menyebut satu lagi kes di mana seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mula menggodam telefon bapanya dan menggunakan akaun Google dan kad kredit untuk mencapai tahap seterusnya dalam permainan komputer.
“Selain ketagihan, dia turut tunjukkan tingkah laku lain seperti berbohong,” katanya.
Bergantung pada tahap kes, wujud kanak-kanak terpaksa ditempatkan di pusat pemulihan.
Walaupun ramai yang memberi respons yang baik terhadap rawatan, Sherine berkata sebilangan daripada mereka menunjukkan gejala itu semula ekoran pandemik yang menyebabkan ibu bapa sibuk dan anak-anak menjadi bosan kerana tidak ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Selain perubahan tingkah laku, wujud juga kebimbangan mengenai kerosakan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak yang terlalu lama terdedah dengan paparan skrin peranti.
Pakar bedah mata di Hospital Pantai Pulau Pinang Dr Tan Jin Poi berkata golongan itu berisiko menghidap sindrom penglihatan komputer, ia juga turut dikenali sebagai ketegangan mata berpunca daripada pendedahan dengan paparan skrin yang lama.
“Ini adalah gabungan antara gejala-gejala visual dan non-okular,” katanya kepada MalaysiaNow memetik beberapa masalah penglihatan seperti imej berganda, kesukaran fokus, dan letih mata serta kemerahan.
“Para penyelidik menyedari pendedahan berpanjangan mata dengan skrin dalam kalangan kanak-kanak adalah faktor rabun mata atau myopia,” katanya.
Risiko ini meningkat dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih lapan jam setiap hari dengan skrin peranti mereka, tambahnya.
Tan juga memberi amaran perkembangan pemikiran dan emosi selama lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak boleh dipengaruhi sekiranya menghabiskan banyak masa dengan peranti.
Katanya, kanak-kanak juga boleh menghadapi risiko berat badan berlebihan.
Sherine turut menambah, walaupun mungkin sukar, ibu bapa tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah-langkah untuk mengawal keadaan tersebut.
“Sekiranya anda menyuruh mereka buat perkara lain, mereka akan bertanya pula apa lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Cuba rancang dan atur aktiviti bersama mereka.”
Bagaimanapun, ia tidak bermaksud penggunaan peranti berskrin adalah dilarang sama sekali.
“Anda boleh benarkan mereka gunakan peranti berskrin tetapi anda perlu mengawalnya, beri mereka jadual.
“Ibu bapa harus konsisten dalam memastikan anak-anak mengikuti jadual mereka,” kata Sherine.
Selain itu, katanya, ibu bapa juga perlu tunjukkan tauladan.
“Ibu bapa juga perlu menjadi model ikutan yang baik,” tambahnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/awasi-peranti-anak-anak-pakar-ingatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Kecewa Anak Tercicir Pdpr

Ibu Bapa Kecewa Anak Tercicir Pdpr

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh AZAHAR HASHIM AZAHARI Mahamad menemani anaknya Ain Hizatti Azahari mengikuti sesi PdPR walaupun capaian internet yang lemah di Taman Lagenda Padang Serai Kulim Kedah semalam FOTO AZAHAR HASHIMKULIM Kira kira 20 000 pendu duk dari empat...
Ini Rupanya Perasaan Anak Apabila Ibu Bapa Terlalu Sibuk Bekerja

Ini Rupanya Perasaan Anak Apabila Ibu Bapa Terlalu Sibuk Bekerja

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 323 hits
Semua ibu bapa sibuk bekerja kerana niat untuk memberikan yang terbaik buat anak anak mereka Ibu bapa mana yang mahu membesarkan anak dalam keluarga yang tak sihat dan serba kekurangan Tapi ramai ibu bapa yang sibuk bekerja ini tidak sedar ...
Ibu Tunggal Kepada 5 Anak Hilang Pekerjaan Ketika Pandemik Terpaksa Minta Beras

Ibu Tunggal Kepada 5 Anak Hilang Pekerjaan Ketika Pandemik Terpaksa Minta Beras

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 299 hits
Akibat kesan pandemik yang berpanjangan ini tidak disangkal banyak golongan yang terkesan malah tidak terhad hanya pada golongan bawahan golongan M40 juga terkena tempiasnya lagi lagi ibu tunggal yang perlukan bantuan Itulah yang terjadi ke...
Kesan Hibah Mutlak Kesian Sedih Ibu Bapa Keluar Rumah Sehelai Sepinggang

Kesan Hibah Mutlak Kesian Sedih Ibu Bapa Keluar Rumah Sehelai Sepinggang

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 391 hits
20 tahun lepas ada pasangan suami isteri terpaksa keluar rumah sehelai sepinggang selepas memberi hibah mutlak rumah kepada anak perempuannya Jadi kena faham betul betul konsep hibah sebelum menghibahkan rumah atau properti lain kepada anak...
Suka Lawan Cakap Ibu Bapa Anak Dihantar Ke Pulau Terpencil

Suka Lawan Cakap Ibu Bapa Anak Dihantar Ke Pulau Terpencil

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 383 hits
BEIJING Sepasang suami isteri di China sanggup membawa anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun ke sebuah pulau terpencil untuk memberi pengajaran kepada anaknya yang didakwa suka melawan cakap mereka Lapor Oddity Central polis di bandar...
Anak Anak Main Peranan Pujuk Ibu Bapa Enggan Terima Vaksin

Anak Anak Main Peranan Pujuk Ibu Bapa Enggan Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 262 hits
Orang luar daripada lingkungan keluarga seperti doktor atau individu berpengaruh yang selalu ibu bapa temui atau hormati juga boleh membantu meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk segera mengambil vaksin PETALING JAYA Anak anak perlu menyedi...
Akhirnya Bertemu Amel Ibu Nike Ardilla Genggam Tangan Dan Peluk Erat Sosok Yang Mirip Sang Anak

Akhirnya Bertemu Amel Ibu Nike Ardilla Genggam Tangan Dan Peluk Erat Sosok Yang Mirip Sang Anak

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 306 hits
Lepas kerinduan banyak warganet yang ikut meneteskan air mata melihat momen pertemuan mereka
Ibu Anak Ditahan Jadi Tauke Jual Air Ketum

Ibu Anak Ditahan Jadi Tauke Jual Air Ketum

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM Antara rampasan air ketum hasil tangkapan ke atas dua beranak di dalam sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan Johor Bahru Johor semalam JOHOR BAHRU Seorang ibu dan anak lelaki ditahan kerana memiliki 450 bungkus ai...
Ibu Tabah Teruskan Hidup Selepas Anak Terkorban Akibat Covid 19

Ibu Tabah Teruskan Hidup Selepas Anak Terkorban Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 259 hits
Anak bongsu yang menjaganya selama ini tewas akibat Covid 19 selepas dua minggu bertarung di hospital Ibu kepada Eddy Aminah Ibrahim 74 kini ditemani kucing kucing peninggalan anaknya Mohd Kamil Affendi yang meninggal dunia akibat Covid 19 ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense