Anak Anak Main Peranan Pujuk Ibu Bapa Enggan Terima Vaksin



FMT Reporters Orang luar daripada lingkungan keluarga seperti doktor atau individu berpengaruh yang selalu ibu bapa temui atau hormati juga boleh membantu meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk segera mengambil vaksin.PETALING JAYA: Anak-anak perlu menyediakan persekitaran positif dan memberi maklumat tepat tentang keberkesanan vaksin Covid-19 bagi menggalakkan ibu bapa khususnya daripada golongan warga emas yang masih “berdegil” dan enggan menerima suntikan vaksin.
Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM) Abdul Razak Abd Manaf berkata penceritaan kebaikan vaksin itu perlu disampaikan secara meluas kepada ibu bapa dalam usaha meyakinkan mereka untuk menerima suntikan vaksin tersebut.
Beliau berkata anak-anak boleh menceritakan kelebihan mengambil vaksin Covid-19 dengan pertuturan yang baik dan lemah lembut tanpa paksaan.
“Cerita orang tua (lain) yang telah berjaya ambil vaksin dan sihat sewajarnya digembar-gemburkan untuk menjadi testimoni kepada ibu bapa yang enggan ambil vaksin bahawa kawan mereka yang lebih teruk keadaannya dari segi kesihatan sudah ambil dan gembira saja dengan pengambilan vaksin tersebut,” katanya menurut laporan Bernama.
Abdul Razak berkata pengalaman manis yang diceritakan sebelum, semasa dan selepas pengambilan vaksin oleh warga tua lain juga boleh membantu mewujudkan keyakinan ibu bapa yang enggan divaksinasi untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka sebelum ini.
“Anak-anak juga boleh menggunakan pendekatan psikologi dengan memaklumkan akibat tidak mengambil vaksin kepada ibu bapa, antaranya seperti tidak boleh merentas daerah atau negeri sekaligus tidak boleh berjalan atau melawat cucu,” katanya.
Beliau berkata selain itu, orang luar daripada lingkungan keluarga seperti doktor atau individu berpengaruh yang selalu ibu bapa temui atau hormati juga boleh membantu meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk segera mengambil vaksin.
Mohd Zulhelmi Mohd Sayutti, 33, dari Guar Chempedak dekat Yan, Kedah, berkata ibunya Salmiah Shaari, 56, pada mulanya enggan mendapatkan vaksin itu akibat cerita negatif tentang vaksin namun akhirnya bersetuju mendaftar pada 25 Jun lepas dan telah menerima suntikan dos pertama vaksin itu semalam.
Beliau berkata persekitaran ibunya yang positif juga mempengaruhi keputusan Salmiah untuk mendapatkan vaksin itu apabila mendengar perkongsian cerita baik daripada anak saudara dan kakak kepada ibunya yang telah pun menerima suntikan vaksin berkenaan.
“Saya yang daftar untuk mak melalui aplikasi MySejahtera. Sebelum ini mak tidak mahu (daftar) sebab terpengaruh cerita negatif (kesan vaksin), tetapi bila persekitaran mak yang berikan maklum balas positif, mak sendiri jadi sukarela untuk suntik vaksin ini.
“Orang tua-tua ini payah sikit, ada sikap ‘degil’ yang mereka akan buat ikut cara mereka,” katanya.
Sementara itu, Noor Asmin Mohd Khassim, 43, dari Jitra, Kedah, yang berjaya memujuk ibunya Rahmah Ahmad, 79, mendaftar dan sudah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin itu pada Mei lepas berkata beliau sering berkongsi cerita kebaikan vaksin itu kepada ibunya melalui pembacaannya daripada sumber sahih.
“Pada mulanya mak saya macam payah (nak daftar) sebab dapat tahu info negatif yang tak sahih tentang kesan vaksin. Tetapi alhamdulillah, saya daftar untuk mak saya dulu, dan mak dah terima vaksin ini…keadaan mak sihat sahaja.
“Selepas mak saya selesai terima kedua-dua dos vaksin, baru saya daftar untuk ayah saya pula, dan ayah telah dapat dos kedua suntikan pada 22 Jun lalu. Ayah saya sejak dari awal lagi memang dah bersetuju untuk ambil vaksin,” katanya.
Noor Asmin berkata peranan anak-anak begitu penting untuk mempengaruhi keputusan ibu bapa dan keperluan itu telah mendorong beliau membuat pembacaan sendiri serta memahami fakta tepat berkaitan vaksin untuk menangkis segala maklumat tidak sahih tentang vaksin Covid-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/anak-anak-main-peranan-pujuk-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awasi Peranti Anak Anak Pakar Ingatkan Ibu Bapa Kesan Pandemik Mulai Timbul

Awasi Peranti Anak Anak Pakar Ingatkan Ibu Bapa Kesan Pandemik Mulai Timbul

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 264 hits
Penggunaan peranti berskrin yang berlebihan boleh mempengaruhi tingkah laku kanak kanak selain penglihatan mereka Penggunaan peranti berskrin dengan waktu yang lama boleh menjejaskan tingkah laku Beberapa pakar memberi amaran berhubung peni...
Ibu Bapa Kecewa Anak Tercicir Pdpr

Ibu Bapa Kecewa Anak Tercicir Pdpr

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 332 hits
Oleh AZAHAR HASHIM AZAHARI Mahamad menemani anaknya Ain Hizatti Azahari mengikuti sesi PdPR walaupun capaian internet yang lemah di Taman Lagenda Padang Serai Kulim Kedah semalam FOTO AZAHAR HASHIMKULIM Kira kira 20 000 pendu duk dari empat...
Ada 6 Masalah Gigi Anak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada Tabiat No 4 Paling Kena Pantau

Ada 6 Masalah Gigi Anak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada Tabiat No 4 Paling Kena Pantau

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 295 hits
Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak Ini kerana banyak masalah gigi kanak kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan Namun bukan ...
Ibu Hamil Perlu Diutamakan Terima Vaksin

Ibu Hamil Perlu Diutamakan Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 289 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR Ibu hamil diberi keutamaan dalam pemberian berdasarkan arahan terbaharu Kementerian Kesihatan PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan kepada setiap Pengarah Kesihatan Negeri supaya mengutamakan pemberia...
Proses Ibu Hamil Terima Vaksin Mula Hujung Minggu Di Kl Perlis

Proses Ibu Hamil Terima Vaksin Mula Hujung Minggu Di Kl Perlis

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 216 hits
Janji temu dikeluarkan secara peringkat ikut jangkaan tarikh bersalin PUTRAJAYA Proses pemberian vaksin COVID 19 kepada ibu hamil akan dimulakan hujung minggu ini di Kuala Lumpur dan Perlis kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19...
Ini Rupanya Perasaan Anak Apabila Ibu Bapa Terlalu Sibuk Bekerja

Ini Rupanya Perasaan Anak Apabila Ibu Bapa Terlalu Sibuk Bekerja

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 381 hits
Semua ibu bapa sibuk bekerja kerana niat untuk memberikan yang terbaik buat anak anak mereka Ibu bapa mana yang mahu membesarkan anak dalam keluarga yang tak sihat dan serba kekurangan Tapi ramai ibu bapa yang sibuk bekerja ini tidak sedar ...
Boleh Ke Ibu Positif Covid 19 Menyusu Anak Ini Yang Perlu Difahami Sebelum Teruskan Penyusuan

Boleh Ke Ibu Positif Covid 19 Menyusu Anak Ini Yang Perlu Difahami Sebelum Teruskan Penyusuan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 368 hits
Penularan wabak COVID 19 sememangnya mendatangkan kebimbangan bagi setiap individu Tidak terkecuali ibu menyusu anak Usah khuatir berikut beberapa penjelasan untuk anda yang mungkin baru ingin memulakan atau mahu mengekalkan proses susukan ...
Macam Macam Soalan Anak Tanya Bela Ulat Beluncas Sampai Jadi Rama Rama Idea Ibu Ni Superb

Macam Macam Soalan Anak Tanya Bela Ulat Beluncas Sampai Jadi Rama Rama Idea Ibu Ni Superb

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 520 hits
Pastinya PKP ini bermacam macam idea dan aktiviti ibu cuba lakukan untuk memastikan masa anak tidak terbuang dan terisi Bosan dengan aktiviti rangsang otak idea dekati alam juga buat anak teruja Perkongsian ibu ini yang mendedahkan anaknya ...
Masih Dikategorikan M40 Dibuang Kerja 8 Bulan Lepas Ibu Tunggal Anak 5 Tak Dapat Bantuan B40

Masih Dikategorikan M40 Dibuang Kerja 8 Bulan Lepas Ibu Tunggal Anak 5 Tak Dapat Bantuan B40

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 532 hits
Dugaan yang melanda kepada ibu tunggal 45 tahun Siti Suzanne Anton ini ternyata dapat membuka mata kita bahawa betapa besarnya impak pandemik Covid 19 ini terhadap seseorang bahkan ekonomi juga
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man