Ibu Tabah Teruskan Hidup Selepas Anak Terkorban Akibat Covid 19


Ahmad Mustakim Zulkifli

Anak bongsu yang menjaganya selama ini tewas akibat Covid-19 selepas dua minggu bertarung di hospital.

Ibu kepada Eddy, Aminah Ibrahim, 74 kini ditemani kucing-kucing peninggalan anaknya, Mohd Kamil Affendi yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Taman Bunga Raya, Setapak. Sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini, Mohd Kamil Affendy Hashim akan dimasukkan ke di Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan matanya.
Ibunya, Aminah Ibrahim juga sudah lali dengan keadaan anaknya yang perlu berulang-alik ke hospital atau klinik.
Namun, pemergian anaknya pada hujung bulan lepas tidak disangka Aminah akan menjadi yang terakhir untuk Kamil yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Pada awalnya, Kamil yang mesra dipanggil Eddie itu hanya dimasukkan ke hospital untuk rawatan mata.
Setelah lebih seminggu ditahan, Eddie memaklumkan kepada ibunya menerusi satu panggilan telefon dia dijangkiti Covid-19.
“Pukul 3 pagi dia call bagitahu makcik, mak… doktor bagi tahu saya ada Covid.
“Bila dia sebut sahaja perkataan Covid itu, tuhan sahaja yang tahu (perasaan makcik),” katanya kepada MalaysiaNow.
Makcik Aminah turut melawat anaknya untuk menghantar makanan kepada Eddie sebelum dia disahkan dijangkiti Covid-19.
Sebelum itu anaknya mengadu tiada selera makan.
“Dia ada pesan jangan datang hospital, tapi makcik datang juga nak bagi piza.
“Ketika dia sedang sakit pun dia ada pesan kepada saya jangan buat kerja berat. Jangan sapu sampah di luar rumah, takut terjatuh longkang,” katanya.
Eddie menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 Julai lalu.
Allahyarham Mohd Kamil Affendy Hashim atau Eddie di dalam teksi yang tidak lagi digunakan selepas penglihatannya semakin teruk. MalaysiaNow sempat menemui Eddie pada Mei lalu.Makcik Aminah diberitahu oleh anak keduanya yang juga kakak Eddie menerusi satu panggilan telefon.
“Pagi itu angah telefon meminta makcik bersabar. Eddie sudah tiada.
“Angah yang menguruskan semuanya sehingga urusan pengkebumian,” katanya.
Kini berusia 74 tahun, makcik Aminah tinggal bersendirian untuk meneruskan kehidupan.
Dia bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang prihatin.
Setiap hari mereka akan datang menghantar makanan kepadanya.
Mengimbau kembali, wanita itu berkata Eddie merupakan anak yang baik dan kuat.
Meskipun berstatus OKU, dia tidak pernah berhenti mencari kerja selepas tidak boleh lagi mendapatkan mata pencarian sebagai pemandu teksi akibat sakit mata yang dihadapinya.
Dia juga tidak pernah gagal melunaskan tanggungjawab kewangannya meskipun berdepan dengan cabaran kewangan sendiri.
“Makcik ada tanya tuan rumah, ada tak bayaran sewa yang tertunggak?
“Tuan rumah kata tiada, awal bulan lagi Eddie sudah bayar.”
Dia hanya mampu meluahkan perasaan di laman Facebooknya selain ibunya yang menjadi teman sedia mendengar keluhan Eddie.
MalaysiaNow sebelum ini pernah melaporkan keadaan lelaki itu yang mempunyai penyakit bilateral optic neuritis.
Kasih Eddie pada haiwan juga dibawa sampai ke liang lahad.
Dua beranak itu membela beberapa ekor kucing jalanan atau kucing yang dibuang orang.
“Nak dekat dia meninggal dia tanya, kucing macam mana? Makanan kucing macam mana? Makcik kata tak payah risau, dah beli makanan kucing.”
Makcik Aminah berkata, dia tidak mahu berpindah dan ingin meneruskan kehidupan di rumah itu bersama kucing-kucing kesayangan Eddie dengan sisa kudrat yang ada.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/ibu-tabah-teruskan-hidup-selepas-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Maut Akibat Covid 19 Ibu Masih Dalam Icu

Bayi Maut Akibat Covid 19 Ibu Masih Dalam Icu

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 196 hits
Jenazah bayi berkenaan dikebumikan di Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah PUTRAJAYA Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu dipercayai menjadi korban Covid 19 termuda di negara ini Menerusi perkongsian oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan ba...
Ya Allah Sayu Hati Kami Akibat Covid 19 Bayi 38 Minggu Meninggal Dunia Ibu Masih Di Icu

Ya Allah Sayu Hati Kami Akibat Covid 19 Bayi 38 Minggu Meninggal Dunia Ibu Masih Di Icu

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 261 hits
Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu meninggal dunia akibat Covid 19 antara korban termuda sejak pandemik Covid 19 melanda negara Lebih memilukan apabila ibu bayi itu difahamkan masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital di...
Ibu Bersalin Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Meluluhkan Hati

Ibu Bersalin Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Meluluhkan Hati

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 360 hits
Gambar Hiasan Ibu bersalin meninggal dunia akibat Covid 19 meluluhkan hati Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Samhan Awang berkongsikan kisah sedih mengenai ibu yang bersalin di hospital hari ini Katanya seramai tiga ibu hamil...
Covid 19 Vaksinasi Untuk Ibu Selepas Bersalin Bermula Di Sabah

Covid 19 Vaksinasi Untuk Ibu Selepas Bersalin Bermula Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 268 hits
Dr Netto bersama kakitangan hospital dan salah seorang ibu selepas bersalin yang diberi vaksin baru baru ini KOTA KINABALU Hospital Wanita Dan Kanak Kanak Sabah di Likas menjadi hospital pertama di negara ini yang melakukan vaksinasi Covid ...
Detik Mencemaskan Ibu Terpaksa Campak Anak Selepas Apartment Dijilat Api Video

Detik Mencemaskan Ibu Terpaksa Campak Anak Selepas Apartment Dijilat Api Video

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 215 hits
Detik Mencemaskan Ibu Terpaksa Campak Anak Selepas Apartment Dijilat Api VIDEO DEMI menyelamatkan nyawa si anak seorang ibu terpaksa mencampak kanak kanak tersebut dari sebuah bangunan kediaman di bandar Durban KwaZulu Natal di Afrika Selat...
Selepas Suami Dan Anak Anak Kini Rebecca Pula Positif Covid 19

Selepas Suami Dan Anak Anak Kini Rebecca Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 278 hits
SELEPAS beberapa hari keluarga dan pembantu rumahnya dijangkiti Covid 19 pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan kini dirinya juga positif virus terbabit
Ibu Paranoid Dijangkiti Covid 19 Tikam Anak Sampai Mati

Ibu Paranoid Dijangkiti Covid 19 Tikam Anak Sampai Mati

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 253 hits
Sutha yang disifatkan sebagai ibu penyayang didakwa menikam anaknya sendiri Ibu paranoid dijangkiti Covid 19 tikam anak sampai mati Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun maut di tangan ibu sendiri ap...
Satu Anak Di Sukabumi Meninggal Akibat Covid 19 Orang Tua Diminta Disiplin Prokes

Satu Anak Di Sukabumi Meninggal Akibat Covid 19 Orang Tua Diminta Disiplin Prokes

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 196 hits
Satuan Tugas Percepatan Penanganan Covid 19 Kabupaten Sukabumi Jawa Barat mengungkapkan virus Covid 19 telah merenggut nyawa seorang anak di wilayah tersebut Para orang tua diminta lebih memperhatikan anak anak mereka dari ancaman bahaya vi...
Anak Bekas Presiden Soekarno Meninggal Akibat Covid 19

Anak Bekas Presiden Soekarno Meninggal Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 186 hits
AGENDA DAILY Rachmawati Soekarnoputri meninggal dunia akibat jangkitan Covid 19 Gambar Tempo Ahli politik terkenal Rachmawati Soekarnoputri anak ketiga bekas Presiden pertama Indonesia Soekarno meninggal dunia selepas seminggu dimasukkan ke...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama