Awasi 5 Tanda Tali Pusat Bayi Terkena Jangkitan Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor


Selepas bayi dilahirkan, satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai tali pusat anak. Sementara tali pusat gugur dengan sendirinya, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Salah satu hal yang seharusnya kita bimbangkan adalah bila mana tali pusat terkena jangkitan. Amat berbahaya jika lambat berjumpa dengan doktor.
Apa yang perlu kita lakukan adalah memantau perkembangan tali pusat anak dan kenal pasti tanda ia dijangkiti. Ada beberapa perkara mak ayah perlu tahu.
Ketika berada di dalam rahim, tali pusat bayi berfungsi untuk memberikan mereka oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong proses tumbesaran. Tali pusat biasanya akan kekal berada bersama bayi untuk tempoh selama 5 hingga 15 hari. Sepanjang tempoh itu, tunggul tali pusat bayi akan mengering, mengecut dan bertukar menjadi hitam.

Kadangkala, terutamanya sehari sebelum ia tertanggal, tali pusat tersebut mungkin akan mengeluarkan sedikit cecair dan meninggal kesan pada pakaian si manja.
Tanda tunggul tali pusat bayi dijangkiti
Ibu jangan terkejut jika lihat ada kudis di hujung tali yang dikepit- ini normal. Bahkan, ia mungkin berdarah sedikit, terutama pada sekitar pangkal tunggul ketika ia sudah hampir tertanggal. Tetapi seharusnya pendarahan ringan yang terjadi dan akan berhenti apabila anda memberikan tekanan yang lembut.
Walaupun pendarahan yang berlaku adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan, namun ada 5 tanda jangkitan perlu diberikan perhatian, termasuklah:
* Kulit sekitar tunggul tali pusat bayi menjadi merah, bengkak, hangat atau lembut.
* Keluar nanah – cecair kuning kehijauan – daripada kulit sekitarnya.
* Wujud bau busuk yang datang daripada tali pusat.
* Bayi mengalami demam.
* Anak menjadi cerewet, berasa tidak selesa atau sangat mengantuk.

Jika bayi dilihat mempunyai tanda-tanda sebegini, segera hubungi pakar pediatrik atau doktor sekiranya anda melihat tanda-tanda jangkitan tali pusat di atas. Dianggarkan sehingga 15% kes jangkitan tali pusat membawa maut. Maka dalam aspek penjagaan anak dengan jangkitan tali pusat, ia boleh dianggap sebagai kecemasan perubatan.
Bayi pramatang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk daripada jenis jangkitan ini kerana mereka sudah mempunyai sistem imun yang lemah.
Setelah penyebab gejala dikenal pasti, rawatan akan bergantung pada tahap jangkitan. Untuk jangkitan ringan, doktor biasanya akan mengesyorkan anda untuk menggunakan salap antibiotik beberapa kali sehari pada kulit di sekitar tunggul tali pusat bayi.
Contoh jangkitan ringan adalah jika terdapat pengeluaran nanah dalam jumlah yang kecil, namun keadaan anak anda kelihatan baik dan masih aktif seperti biasa.
Pun begitu, kes jangkitan ringan boleh menjadi lebih serius apabila tidak dirawat, jadi penting untuk berjumpa doktor jika mengesyaki berlaku jangkitan tali pusat. Untuk jangkitan yang lebih serius, bayi anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan diberi antibiotik intravena untuk melawan jangkitan. Antibiotik intravena dihantar melalui jarum yang dimasukkan ke dalam vena – saluran darah.

* Tip Penjagaan
Seperti yang dinyatakan di atas, tempoh jangkaan untuk tali pusat akan mengering dan tertanggal adalah antara 1 hingga 3 minggu selepas kelahiran. Namun, sementara menunggu berakhirnya jangka masa itu, terdapat 3 cara penjagaan bayi yang perlu dilakukan seperti:
*Pastikan tunggul tali pusat sentiasa kering
Anda boleh membiarkan tunggul tersebut mengering dengan membiarkannya terdedah kepada udara.
* Pastikan bahagian depan lampin tidak menutupi tunggul tali pusat bayi anda.
* Menggunakan span ketika mandi
Semasa memandikan si manja, anda digalakkan untuk menggunakan span sahaja dan elakkan merendamkan bayi ke dalam tab atau besen yang mengandungi air. Tujuannya adalah untuk memastikan tunggul tali pusat sentiasa berada dalam keadaan kering.
* Menarik atau mencabut
Ada masanya, anda seakan tergoda untuk menarik atau mencabut tunggul tali pusat itu, kan? Apatah lagi apabila melihat ia seakan-akan mudah ditarik. Namun, perbuatan tersebut hanya akan mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Jadi dalam aspek penjagaan anak ini, anda harus biarkan ia jatuh dengan sendiri, okay?
Sumber: hellodoktor.com
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Menarik: Roti Bakar 3 Bahan Ala-Ala Old Town Coffee, Makan Panas-Panas, Terangkat!
The post Awasi 5 Tanda Tali Pusat Bayi Terkena Jangkitan, Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/awasi-5-tanda-tali-pusat-bayi-terkena-jangkitan-bahaya-jika-lambat-jumpa-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Tarik Kepala Anak Saya Terlalu Kuat Sehingga Terputus Bayi Maut Angkara Kecuaian Doktor

Doktor Tarik Kepala Anak Saya Terlalu Kuat Sehingga Terputus Bayi Maut Angkara Kecuaian Doktor

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 299 hits
Hasrat sepasang suami isteri untuk menimang anak hancur berkecai apabila kakitangan sebuah hospital melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kepala bayi terputus Dalam kejadian yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia utara Brazil...
Bahaya Ke Ada Ketulan Di Leher Adakah Ini Tanda Kanser

Bahaya Ke Ada Ketulan Di Leher Adakah Ini Tanda Kanser

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 450 hits
Assalamualaikum Hi korang Kenapa tu Mesti sekarang ni korang sedang alami masalah ketulan benjolan ataupun bengkak di bahagian leher kan Mesti tengah risau nih ketulan tu sebenarnya petanda korang menghidap kanser uhmm Jangan risau Selaluny...
Tak Perlu Guna Berus Kalau Bayi Lap Guna Kain Je Ini Tip Doktor Gigi Kongsi Nak Jaga Gigi Anak Dari Awal

Tak Perlu Guna Berus Kalau Bayi Lap Guna Kain Je Ini Tip Doktor Gigi Kongsi Nak Jaga Gigi Anak Dari Awal

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 460 hits
Penjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi Buka bila tumbuh gigi baru nak mula Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak kanak Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas Menurut Pegawai Pergi...
Ingatkan Anak Kucing Rupanya Bayi Lelaki Bertali Pusat Dibungkus Tuala

Ingatkan Anak Kucing Rupanya Bayi Lelaki Bertali Pusat Dibungkus Tuala

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 398 hits
Disangkakan kotak yang diletakkan anak kucing tetapi bila terdengar tangisan baru tahu sebenarnya ada bayi lelaki di dalamnya Kejadian ini berlaku di hadapan sebuah kedai makan Menerusi laporan Sinar Harian bayi yang masih bertali pusat dil...
Hiburan Takut Nak Keluar Shooting Janna Nick Tak Mahu Jadi Penyebar Dan Terkena Jangkitan Covid 19

Hiburan Takut Nak Keluar Shooting Janna Nick Tak Mahu Jadi Penyebar Dan Terkena Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 395 hits
Pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick mengakui dirinya kini takut untuk keluar rumah bagi menjalani sesi penggambaran kerana keadaan negara yang kini sedang mengalami gelombang ketiga wabak pandemik COVID 19 Disebabkan oleh kes jangkitan...
Bahaya Sedut Teh Boba Ini Efek Yang Perlu Diketahui

Bahaya Sedut Teh Boba Ini Efek Yang Perlu Diketahui

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 302 hits
PADA hujung minggu ini pasti kebanyakan individu memilih untuk bersantai di rumah sahaja Hasrat nak berjalan jalan mungkin terpaksa dibatalkan bagi memerangi penularan virus Covid 19 yang semakin meningkat Oleh itu apabila berada di kediama...
Vicks Vaporub Bahaya

Vicks Vaporub Bahaya

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 283 hits
Tidak selamat menggunakan Vicks VapoRub di dalam hidung kerana boleh diserap ke dalam badan anda melalui selaput lendir yang melapisi lubang hidung anda Vicks VapoRub mengandungi kapur barus yang boleh memberi kesan toksik jika diserap ke d...
Bahaya Fasa Individuating Ini Kalau Mak Ayah Tak Kendalikan Dengan Bijak Sampai Ke Tua Lah Anak Macam Tu

Bahaya Fasa Individuating Ini Kalau Mak Ayah Tak Kendalikan Dengan Bijak Sampai Ke Tua Lah Anak Macam Tu

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 440 hits
Adik bak sini Abang punya tu Abang minta dari adik Tak boleh Ni adik punya juga Wekk Adik menjelir lidah Bak la sini Kalau tak tumbuk adik Abang berang gambar sekadar hiasan Tumbukla kalau berani Adik mencabar sambil melarikan diri Bingitla...
561 Kes Baharu Dilapor 488 Daripadanya Jangkitan Di Sabah

561 Kes Baharu Dilapor 488 Daripadanya Jangkitan Di Sabah

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Sejumlah 561 kes baharu positif COVID 19 dilaporkan hari ini di Malaysia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif virus itu adalah 15 657 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada 561 kes bah...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025