Bahaya Ke Ada Ketulan Di Leher Adakah Ini Tanda Kanser



Assalamualaikum~


Hi korang ! Kenapa tu ? Mesti sekarang ni korang sedang alami masalah ketulan, benjolan ataupun bengkak di bahagian leher kan ? Mesti tengah risau nih, ketulan tu sebenarnya petanda korang menghidap kanser ? uhmm..
Jangan risau! Selalunya, ketulan yang muncul pada leher korang tu adalah disebabkan oleh nod limfa yang membengkak setelah melawan penyakit! Lyssa selalu juga kena ni, lepas je sakit gigi ke, lepas demam ke, mesti leher macam ada benjol. Sangat la tak selesa kan ?
Tapi, kalau korang masih risau, mari sini Lyssa kongsikan satu artikel mengenainya. Mana tahu, sedikit sebanyak boleh membantu korang yang alami masalah ini..
JOM BACA !!
Adakah Ketulan di Leher Saya Petanda Kanser ?Jangan panik jika ada ketulan tiba-tiba muncul pada leher anda, kata Jorden Lorch, Pengarah di Thyroid Cancer Center, Dana-Faber/Brigham. 
Kebanyakan ketulan adalah tidak berbahaya (benign) dan bukanlah petanda anda mempunyai kanser. Namun, jika anda mempunyai ketulan yang tidak sembuh-sembuh, berjumpalah segera dengan doktor. 
Nod limfa yang berada di sekitar kawasan kepala, leher, dan ketiak anda boleh membengkak jika terkena jangkitan daripada bakteria ataupun virus. 
Jika ini berlaku, nod limfa yang selalunya lembut dan tidak dapat dikesan akan tiba-tiba membengkak.
Keadaan ini adalah normal kerana ia akan beransur hilang setelah badan selesai melawan jangkitan tersebut. Oleh itu, ketulan tersebut mungkin hanya kesan sampingan dan muncul cuma seketika. 
Walau bagaimanapun, jika ketulan itu tidak pernah surut, ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kanser.
Bagaimana Jika Ketulan di Leher Saya Ini Sebenarnya Kanser ?

Ketulan atau benjolan yang disebabkan oleh kanser boleh berlaku di mana-mana sahaja di sekitar leher anda. Selalunya, ketulan tersebut keras, tidak rasa sakit jika ditekan dan bersifat pegun serta sukar digerakkan. Ketulan ini bersaiz kira-kira 1 sentimeter hingga beberapa sentimeter dalam diameter. 
Ketulan ini boleh muncul tunggal ataupun berkumpulan. Ketulan pada leher mungkin petanda anda menghidap kanser tiroid. 
Bengkak pada kawasan tersebut juga adalah salah satu simptom kanser kepala dan leher seperti kanser mulut dan kanser kelenjar air liur. 
Tetapi, bukan semua ketulan bermaksud kanser, lebih-lebih lagi ketulan yang kadang-kadang muncul dan hilang dalam beberapa hari kemudian. 
Selalunya, ketulan atau benjolan yang diakibatkan oleh kanser akan perlahan-lahan membesar di kawasan leher anda.
Simptom Kanser Kepala dan LeherUlser mulut: Ulser mulut yang tidak pernah sembuh mungkin tanda kanser mulut. Kebanyakan invidu yang mengalami kanser mulut mempunyai simptom ini.
Ketulan atau bengkak di sekitar leher, rahang atau mulut: Kanser yang bermula pada bahagian kepala atau leher biasanya akan merebak kepada nod limfa terlebih dahulu. Jika anda mempunyai ketulan atau bengkak di bahagian leher yang berlarutan selama 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Susah menelan makanan: Kanser kerongkong atau kanser esofagus akan membuatkan aktiviti menelan makanan jadi sukar dan menyakitkan.
Susah untuk gerakkan rahang: Kanser kepala dan mulut merangkumi tulang, otot dan juga sistem saraf yang mengelilingi rahang anda. Individu yang mempunyai kanser ini hanya boleh membuka mulut seluas 3 jari.
Sukar untuk bercakap: Kanser kepala dan leher boleh mempengaruhi suara anda. Anda mungkin akan kedengaran berbeza dan suara anda mungkin lebih serak. Anda juga akan kedengaran seakan-akan demam.
Perubahan pada kulit: Kanser kepala dan leher yang paling kerap berlaku ialah kanser kulit sel basal. Kanser kulit jenis ini akan muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti dahi, muka dan telinga. Tapi, ia juga boleh berlaku di mana-mana kawasan pun di atas kulit anda.
Hidung dan mulut berdarah: Pendarahan selalunya berpunca daripada perkara lain selain kanser. Tetapi, tumor di bahagian hidung, mulut, tekak atau paru-paru boleh mengakibatkan pendarahan.
Selain simptom di atas, penghidap kanser kepala dan leher boleh juga mengalami masalah sakit tekak, sukar untuk bernafas, sakit telinga, penurunan dalam berat badan dan kesan putih (leucoplakia) atau merah (eryhroplakia) pada mulut yang tidak pernah hilang.
Ketulan di Leher | Perlukah Saya Berjumpa Doktor ?Sebagai panduan, anda boleh tanya diri anda 4 soalan ini: 

Adakah ketulan itu membesar? Adakah ketulan itu keras dan tidak boleh bergerak? Adakah ketulan itu menyakitkan dan lembut jika disentuh? Adakah ketulan itu berwarna merah dan rasa gatal? 
Jika anda jawab ya kepada mana-mana soalan di atas, anda patut berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih menyeluruh, tidak kiralah di manapun ketulan tersebut muncul.
Sumber : HelloDoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lyssasecret.com/2020/10/bahaya-ke-ada-ketulan-di-leher-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awasi 5 Tanda Tali Pusat Bayi Terkena Jangkitan Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor

Awasi 5 Tanda Tali Pusat Bayi Terkena Jangkitan Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 395 hits
Selepas bayi dilahirkan satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai tali pusat anak Sementara tali pusat gugur dengan sendirinya ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian Salah satu hal yang seharusnya kita bimbangkan adala...
Salam Maulidur Rasul Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman

Salam Maulidur Rasul Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 1008 hits
Salam Maulidur Rasul semua Hari ini 12 Rabiul Awal 1442 bersamaan dengan 29 Oktober 2020 adalah ulangtahun nabi Muhammad SAW Salam Maulidur Rasul Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman
Patutnya Bersyukur Dapat Isteri Cerewet Tanda Sayang Baik Untuk Kesihatan Suami

Patutnya Bersyukur Dapat Isteri Cerewet Tanda Sayang Baik Untuk Kesihatan Suami

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 344 hits
Ramai suami yang merungut isterinya sangat cerewet Balik rumah je membebel itu lah ini lah Serba tidak kena dibuatnya Tapi perasan tak suami suami sekalian isteri yang cerewet ini banyak juga manfaatnya Isteri cerewet hidup suami lebih siha...
Aktif Tapi Selalu Alami Kesukaran Bernafas Apakah Itu Tanda Awal Anak Asma Pakar Ini Jelaskan Apa Puncanya

Aktif Tapi Selalu Alami Kesukaran Bernafas Apakah Itu Tanda Awal Anak Asma Pakar Ini Jelaskan Apa Puncanya

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 370 hits
Kanak kanak yang sedang membesar memang kita sedia maklum aktif dan suka meneroka Berlari memanjat dan banyak lagi aktiviti yang dibuat tidak kira dalam rumah mahupun di luar rumah bersama adik beradik ataupun rakan yang seusia mereka Tapi ...
Tanda Tanda Orang Sayang Kita

Tanda Tanda Orang Sayang Kita

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 882 hits
Bagaimana untuk mengetahui tanda orang betul betul sayangkan kita atau tidak Apa tanda tanda orang sayangkan kita yang boleh kita ketahui jika dia tidak mengungkapkannya Kita mungkin masih was was sama ada dia betul betul sayangkan kita ata...
Bmkg Ungkap Tanda Tanda Daerah Yang Akan Diterpa Puting Beliung

Bmkg Ungkap Tanda Tanda Daerah Yang Akan Diterpa Puting Beliung

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 272 hits
Dua daerah di Bekasi Jawa Barat diterjang angin puting beliung hanya berselang beberapa hari Pertama puting beliung menerjang Kecamatan Babelan Kabupaten Bekasi Jawa Barat pada Jumat 23 Oktober 2020 Puting beliung kembali terjadi pada Senin...
Harakah Akhbar Tanda Tanya

Harakah Akhbar Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 210 hits
Yob BmoNiat penulis harakah nii memang nak menuduh tapi takut kena saman dia taruh tanda tanya Akhbar tanya tanya dulu harakah ni orang tunggu keluar la ni bagi free pun orang tak ambik
Nggak Semua Cemburu Itu Tanda Cinta Bisa Jadi Ia Cemburu Karena Ingin Mengekang Aja

Nggak Semua Cemburu Itu Tanda Cinta Bisa Jadi Ia Cemburu Karena Ingin Mengekang Aja

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 323 hits
Di sini kamu akan paham mana yang cemburunya masih wajar dengan dia yang cuma mau mengekang
Boikot Produk Perancis Tanda Protes Sentimen Anti Islam

Boikot Produk Perancis Tanda Protes Sentimen Anti Islam

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 794 hits
DOHA Gesaan untuk memboikot produk Perancis semakin meningkat di rantau Arab dan negara Muslim beberapa hari selepas Presiden Perancis Emmanuel Macron dengan angkuh menyatakan negara itu tidak akan melarang karikatur yang menghina Islam dan...
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Satria Muda Evolander Cbm

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Tutup 3 Hutang Jahat Sekaligus Hasil Tabungan Emas Kisah Benar Tuan Albert

Masak Kicap Ikan Mackerel

Aktiviti Penyerahan Memorandum Rasmi Kepada Bar Council Ppim 13 05 2025