Awas Panas Melampau Boleh Membunuh Ambil Tahu Sebelum Terlambat


Cuaca panas melampau bukan lagi sesuatu yang luar biasa di Malaysia, ia kini menjadi ancaman sebenar kepada kesihatan dan keselamatan harian kita.
Dengan suhu yang mencecah sehingga 37°C atau lebih, ditambah pula dengan kelembapan tinggi, risiko untuk mengalami strok haba, keletihan akibat panas dan dehidrasi semakin meningkat.
Apa yang lebih membimbangkan, ramai yang masih memadang ringan kesan cuaca ekstrem ini.
Artikel ini akan menerangkan kepada anda tentang bahaya sebenar panas melampau, siapa yang paling berisiko, serta langkah pencegahan yang wajib anda tahu sebelum terlambat.
Panas Melampau di Malaysia Malaysia kini berdepan dengan cuaca panas melampau yang semakin membimbangkan terutamanya semasa musin Monsun Barat Daya yang berlaku antara Mei hingga September.
Fenomena ini bukan sahaja membawa cuaca kering, malah turut meningkatkan suhu dan kelembapan secara ketara, memberi kesan kepada kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat.
Menurut pakar cuaca, pemanasan global memainkan peranan utama dalam menjadikan cuaca di Malaysia semakin panas dan lembap. Malah, data menunjukkan suku pertama tahun 2025 merupakan tahun kedua terpanas dalam sejarah.
Kajian daripada APEC Climate Center juga menunjukkan suhu udara di rantau Indo-Pasifik kini 80% lebih tinggi daripada purata biasa, sementara suhu permukaan laut (SST) yang tinggi turut menyumbang kepada peningkatan kelembapan dan wet-bulb temperature (WBT).
Kesan Cuaca Panas Melampau Satu kajian oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia turut meramalkan bahawa kawasan bandar bakal menjadi ‘hotspot’ baharu untuk stres haba.
Ini kerana peningkatan suhu di Semenanjung Malaysia telah melebihi purata global, sekali gus mendorong peningkatan suhu WBT di kawasan berpenduduk padat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Baca juga: Demam Panas: Gejala, Punca & Tips Turunkan Suhu Badan
Beza Heat Exhaustion dan Heat Stroke PerkaraHeat Exhaustion (Keletihan Akibat Panas)Heat Stroke (Strok Haba)PuncaTerlalu lama terdedah kepada suhu panas dan kehilangan airSuhu badan meningkat secara drastik dan sistem gagal sejukkan diriSuhu Badan< 40°C (kurang dari 104°F)≥ 40°C (104°F atau lebih)PeluhBerpeluh banyakKulit panas dan kering (kadang kala tidak berpeluh)SimptomLetih, pening, loya, sakit kepala, kulit sejuk dan lembapKeliru, sawan, tidak sedarkan diri, sukar berjalan/bercakapTindakan AwalRehat, pindah ke tempat sejuk, minum airHubungi ambulans segera, sejukkan badan segeraRisikoBoleh dikawal jika dirawat awalKecemasan perubatan – boleh menyebabkan kematian jika lewat dirawatKadar NadiLaju tetapi lemahLaju dan kuatPernafasanCepat dan cetekBoleh jadi sangat laju atau tidak sekata Nota Penting
Heat stroke adalah kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Jika tidak dirawat dengan cepat, ia boleh menyebabkan kerosakan organ kekal atau kematian. Baca juga: Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan – KKM
Panduan Bagi Pesakit Ketika Cuaca Panas Melampau


Baca juga: Doa Demam Panas – Doa Amalan Apabila Sakit
Tips Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas Menurut World Health Organization, terdapat beberapa cara yang efektif boleh orang ramai lakukan untuk kekal sihat sepanjang musim panas melampau.
Berikut adalah tips berkesan untuk diamalkan:
1. Elakkan Daripada Terkena Panas Secara Terus
Kurangkan keluar rumah atau melakukan aktiviti berat ketika waktu paling panas. Cari tempat yang teduh. Ingat, suhu di bawah matahari boleh jadi 10–15°C lebih panas. Luangkan 2–3 jam sehari di tempat yang sejuk seperti pusat membeli-belah, perpustakaan atau ruang berhawa dingin. Berhati-hati jika ingin berenang, jangan berenang seorang diri. Sentiasa peka dan ikuti makluman rasmi tentang amaran panas melampau. 2. Pastikan Rumah Kekal Sejuk
Gunakan udara malam untuk sejukkan rumah. Buka tingkap selepas waktu malam bila suhu luar lebih rendah dari dalam rumah. Pada waktu siang, bila suhu luar lebih tinggi, tutup tingkap dan guna langsir gelap atau bidai untuk halang cahaya matahari terus. Tutup semua peralatan elektrik yang tidak digunakan, ini bantu kurangkan haba. Guna kipas elektrik hanya jika suhu bawah 40°C. Jika melebihi 40°C, kipas boleh menyebabkan badan semakin panas. Jika guna penghawa dingin, tetapkan suhu kepada 27°C dan guna kipas elektrik sekali. Ia boleh buat bilik rasa 4°C lebih sejuk dan jimat sehingga 70% bil elektrik untuk penyejukan. Kadangkala tempat teduh di luar rumah lebih sejuk berbanding dalam rumah. 3. Kekalkan Suhu Badan Sejuk & Hidrasi
Pakai pakaian dan cadar yang ringan serta longgar. Mandi air sejuk atau lap badan dengan kain basah. Sembur atau sapu air pada kulit, atau basahkan pakaian nipis. Minum air secara kerap (1 cawan setiap jam atau sekurang-kurangnya 2–3 liter sehari). Selalu periksa keadaan orang yang berisiko seperti warga emas, pesakit jantung, paru-paru atau buah pinggang, OKU dan mereka yang tinggal bersendirian. 4. Lindungi Bayi & Kanak-Kanak
Jangan sekali-kali tinggalkan anak atau haiwan peliharaan dalam kenderaan walaupun sekejap – suhu boleh meningkat dengan cepat dan berbahaya. Elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari semasa waktu puncak. Duduk di tempat teduh atau dalam rumah. Jangan tutup stroller bayi dengan kain kering kerana ia boleh menambah panas. Gunakan kain nipis yang basah dan basahkan semula bila perlu. Tambah kipas mudah alih untuk kesan penyejukan lebih baik. Pakaikan anak dengan pakaian longgar dan ringan yang menutup kulit, serta topi bertepi lebar, cermin mata gelap dan krim pelindung matahari untuk lindungi mereka dari sinaran UV. Ikuti panduan menyejukkan rumah bagi memastikan suhu di dalam rumah selamat untuk kanak-kanak. Bila Perlu Jumpa Doktor Jika simptom keletihan akibat panas tidak hilang selepas berehat dan minum air selama satu jam, dapatkan rawatan perubatan segera.
Segera minta bantuan jika seseorang yang mengalami tanda-tanda keletihan panas:
Tidak boleh minum atau tidak dapat mengekalkan cecair dalam badan Suhu badan melebihi 104°F (kira-kira 40°C) Sukar untuk bercakap, berdiri atau berjalan Masih berpeluh dengan banyak Kelihatan keliru atau bingung Tidak sedarkan diri (pengsan) Kesimpulan Kesimpulannya, panas melampau bukan sekadar ketidakselesaan, tetapi satu ancaman kesihatan yang nyata dan semakin meningkat di Malaysia.
Dengan kombinasi suhu tinggi, kelembapan ekstrem dan kesan perubahan iklim, anda perlu lebih bersedia dan peka dengan risiko strok haba.
Sumber gambar: Info Sihat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/panas-melampau/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=panas-melampau

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas N Dasyat Malaysia Kini Boleh Pulak Mcm Tu Ah Apa Sudah Jadi

Panas N Dasyat Malaysia Kini Boleh Pulak Mcm Tu Ah Apa Sudah Jadi

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 128 hits
Persatuan Pencinta Alam Sekitar Tahniah Yusoff Rawtherr Mahkamah buktikan beliau dizalimi dengan perangkap yang dipasang awal Saya syorkan beliau saman pihak polis dan KDN sekaligus supaya dapat dibongkarkan siapa yang keluarkan arahan untu...
Mempersendakan Allah Boleh Pula Dia Gembira Masuk Neraka

Mempersendakan Allah Boleh Pula Dia Gembira Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 108 hits
HarapandailyMAZLAN SYAFIEMasyaAllah Kita menyaksikan teknologi berlari lebih laju daripada akal manusia Aplikasi video AI seperti VEO 3 yang dipacu oleh Google kini membolehkan seseorang mencipta apa sahaja dari langit syurga hingga ke dasa...
5 Aktiviti Diy Best Untuk Anak Dan Ibu Bapa Pun Boleh Enjoy

5 Aktiviti Diy Best Untuk Anak Dan Ibu Bapa Pun Boleh Enjoy

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 199 hits
Cuti sekolah bukan semata mata masa rehat dari buku dan kelas Ia juga peluang keemasan untuk anak anak berkembang dari segi kreativiti emosi dan hubungan keluarga Tapi tak semua ibu bapa tahu apa nak buat di rumah Jangan risau Artikel ini a...
Moto Razr 40 Ultra Boleh Menjalankan Windows Xp

Moto Razr 40 Ultra Boleh Menjalankan Windows Xp

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 80 hits
Seorang pengguna Reddit bernama Constant Vehicle7539 dengan telefon lipatnya Moto Razr 40 Ultra telah melakukan satu eksperimen yang boleh dianggap sebagai gabungan nostalgia dan inovasi apabila berjaya menjalankan sistem operasi Windows XP...
Tulang Belakang Mana Boleh Tinggal Ramai Puji Penghargaan Shukri Yahya Pada Isteri Tercinta

Tulang Belakang Mana Boleh Tinggal Ramai Puji Penghargaan Shukri Yahya Pada Isteri Tercinta

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 165 hits
Siapa je tak kenal Shukri Yahya pelakon lelaki dengan aura tenang dan senyum menggoda tu Dah lapan tahun dia jadi suami kepada wanita pilihan hatinya Tya Adnan yang bukan saja cantik luar dalam tapi juga semakin hari makin sejuk mata memand...
Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 203 hits
Predeep NambiarPETALING JAYA Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli dijangka terus berpengaruh dalam parti itu walaupun telah meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi kata bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan Shahril berkata Rafiz...
Bisul Di Punggung Boleh Berulang Ini Cara Elak Ia Datang Lagi

Bisul Di Punggung Boleh Berulang Ini Cara Elak Ia Datang Lagi

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 183 hits
Bisul di punggung bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjejaskan rutin harian seperti duduk berjalan atau berbaring Keadaan ini berlaku apabila folikel rambut di kawasan punggung dijangkiti bakteria lalu menyebabkan benj...
Cara Tukang Rumah Profesional Boleh Bantu Di Rumah Anda

Cara Tukang Rumah Profesional Boleh Bantu Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 145 hits
Di kawasan bandar di Lembah Klang Shah Alam dan Selangor permintaan terhadap perkhidmatan tukang rumah semakin meningkat Dengan gaya hidup yang sibuk dan keperluan penyelenggaraan rumah dari masa ke semasa ramai pemilik rumah memilih untuk ...
Hishammuddin Kena Ambil Inisiatif Jika Mahu Kembali Kata Ketua Umno Bahagian

100 Tahun Tun Dr Mahathir Mohamad Sebuah Legasi Untuk Malaysia

Noktah Dosa

Tarif Us Rundingan Gagal Atau Persepsi Dimanipulasi

Program University Social Responsibility Menyatukan Ilmu Tahfiz Dan Stem Dengan Pendekatan Saintifik

Born To Be Mak The Woman Behind Our Strength

Apa Perlu Buat Kalau Motor Dah Lama Tak Renew Roadtax

4 New Ai Updates On Android Coming To Samsung Galaxy Devices


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lebih 200 Anak Keracunan Di Tadika Makanan Dicemari Plumbum

Daddy Kami Masih Kuat Aktif Pada Usia 100 Tahun Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Makan Malam Di Steak Di Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka

Jersi Arsenal 2025 26 Design Home Away Third Kit Yang Mengancam

Peria Tumis Dengan Telur

Tun Mahadhir 100 Tahun