Awas Meneran Awal Sebelum Pintu Rahim Terbuka Sepenuhnya Risiko Rahim Jatuh Tinggi


Kesilapan meneran sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya, risiko rahim jatuh amat tinggi. Apakah keadaan rahim jatuh?
Menurut Dr.Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang normal. Utero vaginal prolapse (UVP) adalah keadaan di mana rahim bersama vagina atau faraj turun dari kedudukan yang sepatutnya.

 
Masalah rahim jatuh juga boleh berlaku bersama kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan (dipanggil anterior wall prolapse atau cystocoele), atau kejatuhan saluran usus pada bahagian belakang (dipanggil posterior wall prolapse atau enterocele/rectocele).
Masalah rahim jatuh boleh berlaku dengan sendiri. Tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan rahim terkeluar daripada anterior (depan), atau posterior (belakang) dinding faraj, atau kedua-duanya.
HAKIKATNYA SELEPAS BERSALIN, SEGELINTIR WANITA HANYA AKAN MENGALAMI MASALAH RAHIM JATUH PERINGKAT PERTAMA. OLEH ITU, MEREKA PERLU LEBIH PRIHATIN MENJAGA ORGAN PERANAKAN TERSEBUT DENGAN MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT, MENGELAK SEMBELIT, MELAKUKAN SENAMAN LANTAI PELVIS.
Walaupun masalah ini normal, tetapi ramai wanita malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan intervensi seperti memakai gelang vagina atau menjalani pembedahan membuang rahim atau menaikkan vagina yang jatuh.
Peringkat pertama
Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih di dalam vagina atau faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom. Jika adapun, kebiasaannya wanita hanyalah perasan ada  rasa berat pada bahagian rongga pelvis sahaja.
Peringkat kedua
Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah, dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri.
Peringkat ketiga
Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan, dan kejatuhan saluran usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini, organ ini masih lagi boleh ditolak masuk ke dalam vagina  semasa  pesakit baring di atas katil.
Peringkat keempat
Keadaan organ jatuh seperti peringkat ketiga, namun pesakit tidak boleh memasukkannya kembali ke dalam vagina biarpun pada keadaan baring. Mungkin wanita tersebut boleh mengalami masalah membuang air kecil dan sukar mengawalnya.

SIAPAKAH YANG BERISIKO?
Individu yang pernah hamil  dan bersalin. Semakin kerap hamil, semakin tinggi risiko tersebut. Wanita yang telah putus haid atau menopaus. Hal ini kerana kekurangan hormon estrogen menyebabkan pengecutan dan pengenduran otot pelvis. Wanita yang menghidapi batuk kronik, sembelit berpanjangan dan selalu mengangkat benda berat. Aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan pada ruang abdomen dan menyumbang kepada rahim jatuh. OTOT LANTAI PELVIS & LIGAMEN LEMAH JADI PUNCA
Rahim jatuh berlaku apabila otot lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu, rahim akan melorot jatuh atau tersembul keluar daripada bukaan faraj.
Rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, namun ia sering berlaku pada wanita yang sudah putus haid (menopaus) yang pernah bersalin secara normal. Kerosakan pada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin, kesan graviti, ketiadaan hormon estrogen dan perbuatan meneran berulang-ulang kali selama bertahun-tahun, boleh membawa kepada kekenduran otot lantai pelvis dan menyebabkan rahim jatuh.
4 AMALAN SIHAT  ELAK RAHIM JATUH
Cara berpantang yang betul boleh mengurangkan risiko terjadinya rahim jatuh.
Pemakanan yang berkhasiat akan membuatkan proses penyembuhan berjalan dengan lancar dan ini membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis yang rosak untuk kembali pulih dan menyokong rahim. Dapatkan nutrien daripada makanan seimbang mengikut carta pola pemakanan yang disarankan. Makanan seimbang meliputi kandungan karbohidrat, protein, lemak, fiber (dari buah-buahan dan  sayur-sayuran) pada nisbah yang betul. Ini akan membantu proses semula jadi pemulihan otot dan sebagainya, yang berlaku sepanjang hayat. Air dan serat  yang mencukupi akan membantu proses pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit. Masalah sembelit yang berpanjangan boleh menyumbang kepada rahim jatuh. Senaman lantai pelvis yang berterusan untuk menyokong kedudukan rahim yang telah diangkat tadi. Senaman ini boleh dilakukan selepas dua minggu bersalin.
LANGKAH PENCEGAHAN
Semasa bersalin: Elakkan meneran terlalu awal, sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya
Semasa hamil: Lakukan senaman lantai pelvis.
Selepas bersalin: Elakkan dari mengalami sembelit. Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan. Elakkan dari berdiri berpanjangan, mengangkat barang berat dan masalah batuk yang kronik. Buat senaman lantai pelvis setiap hari.
5 LANGKAH SENAMAN LANTAI PELVIS (KEGEL EXERCISE)
Lakukan kemutan pada otot lantai pelvis – kemutkan otot yang anda gunakan untuk memberhentikan air kencing. Kekalkan kemutan tersebut selama lima saat, dan rehat lima saat. Tambahkan kemutan selama 10 saat sekiranya boleh. Lakukan sebanyak tiga kali sehari, dan setiap kali sebanyak 10 kemutan. Anda boleh lakukan senaman ini pada bila-bila masa, semasa menonton televisyen atau berehat di atas sofa. The post Awas, Meneran Awal Sebelum Pintu Rahim Terbuka Sepenuhnya, Risiko Rahim Jatuh Tinggi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/awas-meneran-awal-sebelum-pintu-rahim-terbuka-sepenuhnya-risiko-rahim-jatuh-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ummi Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik Tak Tolak Jika Rezeki Awal

Ummi Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik Tak Tolak Jika Rezeki Awal

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 339 hits
Pelakon Ummi Nazeera dan suami Dr Mohd Izzar Anwari merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam tempoh tiga tahun lagi Menurut Ummi buat masa sekarang dia mahu memberi fokus semula dalam bidang lakonan manakala suaminya mahu menyambung...
Masalah Rahim Jatuh Dan Senaman Untuk Naikkan Peranakan

Masalah Rahim Jatuh Dan Senaman Untuk Naikkan Peranakan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 1179 hits
Ini bukan kisah Rahim anak Pak Samad kat kampung sebelah tu ye adik kakak ini rahim yang ada kat setiap wanita normal Yang acah acah dari lelaki nak jadi wanita walau leh buang ehem ehem tu tetap takde rahim Ini kerana rahim adalah pemberia...
Nak Anak Bijak Sejak Dalam Rahim Rangsang Perkembangan Bayi 30 Minit Sebelum Tidur

Nak Anak Bijak Sejak Dalam Rahim Rangsang Perkembangan Bayi 30 Minit Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 390 hits
Ransangan bayi dalam rahim adalah satu kaedah mengajar bayi sejak dari dalam rahim lagi dan proses stimulasi ini patut diteruskan dari semasa ke semasa Bayi ditiupkan roh oleh Allah pada bulan ke empat dan pergerakkan pertama biasanya diras...
Iqram Dinzly Pendakwah Muda Jangan Mudah Jatuh Hukum Seseorang Secara Terbuka

Iqram Dinzly Pendakwah Muda Jangan Mudah Jatuh Hukum Seseorang Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 489 hits
Iqram Diznly minta pendakwah muda tidak menjatuhkan hukum sewenangnya Pelakon Iqram Dinzly menegur sikap segelintir pendakwah muda atau ustaz selebriti yang gemar menunding jari dan mencari kesilapan orang lain di laman sosial Menurut Iqram...
Sebelum Mula Saya Jatuh Bodo Luka Lutut Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbasikal 72 Km

Sebelum Mula Saya Jatuh Bodo Luka Lutut Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbasikal 72 Km

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 458 hits
PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi momen dia terjatuh basikal sebelum bermula acara kayuhan 72 kilometer di Langkawi pada Sabtu Menurut Siti 40 biarpun lututnya cedera disebabkan terjatuh namun dia tetap semangat m...
Wow Kasut Sukan Konsep Sisa Plastik Sepenuhnya Adidas Berjaya Hasilkan Kasut Sukan Kitar Semula Pertama

Wow Kasut Sukan Konsep Sisa Plastik Sepenuhnya Adidas Berjaya Hasilkan Kasut Sukan Kitar Semula Pertama

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 374 hits
Wow Kasut Sukan Konsep Sisa Plastik Sepenuhnya Adidas Berjaya Hasilkan Kasut Sukan Kitar Semula Pertama Beberapa tahun lalu kasut yang boleh dikitar semula mungkin tidak dijangkakan akan berlaku dalam dunia fesyen Tetapi Adidas berjaya meng...
Harga Emas Hitam Akan Meningkat Kepada 80 Sekiranya Berlaku Sekatan Sepenuhnya Terhadap Minyak Dari Iran

Harga Emas Hitam Akan Meningkat Kepada 80 Sekiranya Berlaku Sekatan Sepenuhnya Terhadap Minyak Dari Iran

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 368 hits
Menurut pemerhatian pakar selepas berita mengenai kemungkinan larangan sepenuhnya oleh Amerika Syarikat pada sebarang operasi dengan minyak Iran harga emas hitam melonjak kepada 74 setong Pakar percaya bahawa Washington akan memenuhi janji ...
Cegah Jatuh Korban Urkes Polresta Kediri Cek Kesehatan Petugas Pemilu

Cegah Jatuh Korban Urkes Polresta Kediri Cek Kesehatan Petugas Pemilu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 224 hits
Pemeriksaan yang dilakukan meliputi pemeriksaan tensi dan pemberian vitamin dan obat sesuai diagnosa
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur