Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin


Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Malaysia menyambut baik konsensus antarabangsa yang semakin meningkat untuk mengecam Israel dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Persidangan Antarabangsa Peringkat Tinggi bagi Penyelesaian Aman Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara yang diadakan baru-baru ini di New York telah mendapat sokongan meluas terhadap penyelesaian dua negara.
Persidangan itu turut menggesa agar bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera dan berterusan, selain langkah-langkah sokongan lain.
“Kami menyambut baik perubahan pendirian masyarakat antarabangsa untuk mengecam Israel dan beralih kepada langkah-langkah pragmatik dan berorientasikan tindakan bagi menyelesaikan isu penubuhan negara Palestin,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, laporan media antarabangsa menyatakan United Kingdom dan Perancis merupakan antara negara terbaharu yang sedang bersedia untuk mengiktiraf Negara Palestin secara rasmi.
Setakat ini, lebih 145 negara telah memberikan pengiktirafan rasmi terhadap Palestin. Sementara itu, Malaysia sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya kekejaman berterusan Israel di Gaza dan menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.
Mohamad berkata malapetaka kemanusiaan yang berterusan di Gaza susulan genosid dan pembersihan etnik oleh Israel telah mengorbankan lebih 60,000 rakyat Palestin, mencederakan hampir 150,000 orang dan menyebabkan 1.9 juta penduduk dipaksa berpindah akibat serangan yang berterusan.
Beliau berkata sekatan yang berterusan telah menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan, menyebabkan kekurangan bekalan makanan, air dan ubat-ubatan yang kritikal, serta menimbulkan kebimbangan mendesak mengenai kebuluran dengan ribuan orang, khususnya kanak-kanak kini menghadapi kelaparan.
“Kami juga amat bimbang dengan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku dan disaksikan dunia dalam senyap sejak 22 bulan lalu.
“Malaysia sekali lagi menegaskan dengan sekeras-kerasnya bahawa Israel mesti menghentikan pembunuhan, menghentikan semua cubaan pemindahan paksa terhadap rakyat Palestin, serta segera menamatkan semua sekatan akses bantuan kemanusiaan dan memastikan bantuan disampaikan tanpa halangan.
“Kegagalan Israel merupakan satu pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Mohamad menggesa siasatan dijalankan terhadap pembunuhan kejam lebih 1,300 rakyat Palestin yang sedang beratur untuk menerima bantuan daripada Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) sejak akhir Mei tahun ini.
“Pembunuhan ini sangat tidak masuk akal dan mesti disiasat, serta pihak yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Mohamad berkata Malaysia menegaskan semula solidariti yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak boleh dinafikan untuk menentukan nasib sendiri.
“Kami tetap teguh menyokong penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara, serta keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.
Sumber: BERNAMA
BACA: Lebih 100,000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2.0 BACA: Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun The post Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/02/malaysia-sokong-usaha-global-ke-arah-penubuhan-negara-palestin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 244 hits
CYBERJAYA 8 Ogos Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan Bagaimanapun beliau berkata Malaysia kurang selesa dengan Deklarasi New...
Penetapan 1 99 Bermakna Negara Malaysia Paling Murah Minyak

Penetapan 1 99 Bermakna Negara Malaysia Paling Murah Minyak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 358 hits
PUTRAJAYA Dengan penetapan harga baharu RON95 pada RM1 99 seliter Malaysia bakal mencatatkan antara harga petrol paling rendah di dunia Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan bersejarah hari ini...
Wakil Palestin Kongsi Cabaran Datang Mthqa Di Malaysia

Wakil Palestin Kongsi Cabaran Datang Mthqa Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 287 hits
Wakil Palestin Kongsi Cabaran Datang MTHQA Di Malaysia Teruskan membaca al Quran kerana setiap perkara akan berlalu dan setiap apa yang dilakukan akan dihisab Itulah pesanan penuh makna yang disampaikan oleh Jenan Nabil Mohammed Nofal wakil...
Britain Mahu Iktiraf Negara Palestin

Britain Mahu Iktiraf Negara Palestin

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 191 hits
LONDON Perdana Menteri Britain Keir Starmer menyatakan bahawa London akan mengiktiraf negara Palestin pada September depan sekiranya Israel meneruskan kekejamannya ke atas penduduk Gaza lapor Perbadanan Penyiaran British semalam Namun Starm...
13 Warga Asing Ditahan Ditolak Kemasukan Ke Negara Ini Utusan Malaysia

13 Warga Asing Ditahan Ditolak Kemasukan Ke Negara Ini Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 314 hits
Utusan Malaysia Kosmo Digital Harian Metro Jabatan Penyiaran Malaysia Berita Harian
Semakan Ccris Online Bank Negara Malaysia

Semakan Ccris Online Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 299 hits
Mulai hari ini pengguna individu baharu warganegara Malaysia boleh membuat semakan CCRIS dan mendaftar akaun eCCRIS mereka dengan mudah dari rumah Tidak perlu lagi datang ke Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ...
Semakin Banyak Negara Iktiraf Palestin

Semakin Banyak Negara Iktiraf Palestin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 232 hits
Semakin Banyak Negara Iktiraf Palestin Krisis kemanusiaan di Gaza dan kebuluran rakyat Palestin kini mencetuskan gelombang baharu sokongan antarabangsa terhadap pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka Dalam seminggu yang lalu tiga s...
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 313 hits
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara ASEAN Lain KUALA LUMPUR 1 Ogos Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat berkuat kuasa pada hari ini Menerus...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Mempelajari Dan Mengingatkan Untuk Kebaikan

Buasir Otak Tv Roblox Tapi Jadi Ai

Foldable Stroller The Ultimate Convenience For Modern Parents On The Go

Ana Ikan Bakar Petai Kuantan Seafood Segar Sambal Petai Legend Di Tanjung Lumpur

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Terus Bergerak Selagi Mampu