Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat


Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini, Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat
PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) — Trend penuaan di Malaysia berterusan dengan 12 negeri telah mencapai status negeri menua termasuk tambahan tiga negeri baharu iaitu Melaka pada kadar 7.3 peratus dan masing-masing 7.1 peratus bagi Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menurut statistik Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2025 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sesebuah negeri ditakrifkan menua apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun dan ke atas melebihi tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.
“Perak kekal mendahului dengan peratusan tertinggi penduduk umur tua iaitu 10.3 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lima negeri melepasi kadar pertumbuhan nasional 0.5 peratus iaitu Terengganu pada kadar 1.2 peratus, Kelantan (satu peratus) manakala Pahang, Selangor dan Melaka masing-masing mencatatkan 0.6 peratus.
“Tiga negeri mencatatkan peratusan penduduk tertinggi pada 2025 ialah Selangor dengan 21.6 peratus diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (11 peratus). Sebaliknya Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya mencatatkan peratusan penduduk terendah iaitu masing-masing 0.3 peratus dan 0.4 peratus,” katanya.
Mohd Uzir berkata jumlah penduduk Malaysia pada 2025 dianggarkan 34.2 juta berbanding 34.1 juta pada 2024 dengan kadar pertumbuhan 0.5 peratus. Beliau berkata penduduk warganegara meningkat daripada 30.7 juta pada 2024 kepada 30.9 juta pada 2025 dengan kadar pertumbuhan menurun daripada 0.7 peratus kepada 0.6 peratus, manakala penduduk bukan warganegara mencatatkan penurunan mendadak dengan kadar pertumbuhan sebanyak -0.5 peratus pada 2025 berbanding 13.6 peratus tahun sebelumnya.
Beliau berkata peratusan penduduk umur tua berusia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 7.6 peratus kepada lapan peratus bagi tempoh sama, manakala penduduk umur muda berusia 0 hingga 14 tahun menurun daripada 22.2 peratus kepada 21.6 peratus.
Sementara itu, kumpulan umur bekerja 15 hingga 64 tahun meningkat sedikit daripada 70.2 peratus kepada 70.4 peratus manakala umur penengah penduduk Malaysia meningkat 31.3 tahun pada 2025 berbanding 30.9 tahun pada tahun sebelumnya.
“Komposisi penduduk warganegara pada 2025 meningkat kepada 90.1 peratus daripada 90 peratus pada 2024. Sementara itu, komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 10 peratus kepada 9.9 peratus bagi tempoh sama.
“Bumiputera menyumbang 70.5 peratus daripada 30.9 juta warganegara pada 2025 daripada 70.3 peratus pada 2024. Walau bagaimanapun, komposisi Cina menurun kepada 22.2 peratus (2024: 22.4 peratus) manakala India dan lain-lain masing-masing kekal pada 6.5 peratus dan 0.8 peratus,” katanya.
Mohd Uzir berkata populasi lelaki ialah 18 juta pada 2025 mengatasi perempuan yang mencatatkan 16.3 juta dengan nisbah jantina bagi keseluruhan penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan. “Secara keseluruhannya, semua negeri di Malaysia mencatatkan bilangan lelaki melebih perempuan kecuali Perlis (99) dan Putrajaya (97). Negeri yang mencatatkan nisbah jantina melebihi purata nasional iaitu 110 termasuk Kuala Lumpur dengan 117 lelaki bagi setiap 100 perempuan diikuti Johor (116), Selangor (114), Pahang (114) dan Melaka (112),” katanya.
Beliau berkata Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk muda berusia 0 hingga 14 tahun tertinggi pada 2025 dengan 33.3 peratus manakala Kuala Lumpur mencatatkan komposisi penduduk umur bekerja 15 hingga 64 tahun tertinggi iaitu 76.1 peratus.
Mohd Uzir berkata kepadatan penduduk Malaysia meningkat kepada 104 orang bagi setiap kilometer persegi pada 2025 berbanding 103 orang pada 2024 dengan paling padat ialah Kuala Lumpur iaitu 8,546 orang bagi setiap kilometer persegi manakala Sarawak mempunyai kepadatan penduduk terendah dengan 20 orang bagi setiap kilometer persegi diikuti Pahang (46 orang) dan Sabah (51 orang).
Beliau berkata berdasarkan Unjuran Penduduk 2020-2060, penduduk Malaysia dijangka mencapai kemuncak 42.38 juta orang pada 2059 sebelum menurun secara perlahan bermula 2060 kepada 42.37 juta, 42.08 juta pada 2065 dan 41.43 juta pada 2070.
Sumber: Bernama
The post Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini, Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/31/malaysia-catat-12-negeri-menua-tahun-ini-peratusan-penduduk-umur-tua-meningkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 128 hits
Pada usia baru mencecah enam tahun D Devakshean seorang kanak kanak lelaki yang luar biasa pintar telah mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang asing dari pelbagai negara dalam masa hanya satu minit Kejayaan ini sekali ...
Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 195 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Merujuk kepada pencerapan yang dilakukan oleh MET Malaysia jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia Berdasarkan analisis daripa
Lyles Catat Masa Terpantas Dunia 200m Tahun Ini

Lyles Catat Masa Terpantas Dunia 200m Tahun Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 121 hits
Lyles catat masa terpantas dunia 200m tahun ini LYLES dan Bednarek berentap dalam acara 200m di Hayward Field Eugene Oregon FOTO AFP Eugene Amerika Syarikat Noah Lyles memecut laju melepasi Kenny Bednarek untuk memenangi perlumbaan sengit 2...
14 Benda Yang Kau Patut Ajar Anak Sebelum Umur 10 Tahun

14 Benda Yang Kau Patut Ajar Anak Sebelum Umur 10 Tahun

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 189 hits
14 benda yang kau patut ajar anak sebelum umur 10 tahun kalau tak nak dia jadi penyesal dewasa 1 Cara urus duit walau seringgitAnak yang pandai bezakan keperluan dengan kehendak akan besar jadi manusia tak terjerat hutang2 Bezakan antara na...
Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti Undang Lebih Ramai Pelabur

Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti Undang Lebih Ramai Pelabur

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 190 hits
TEMERLOH Pertumbuhan pesat ekonomi Negeri Pahang membuka ruang kepada lebih ramai anak perantauan untuk kembali menyumbang di negeri sendiri sekali gus menarik minat pelabur luar untuk bersama membangunkan negeri ini Menteri Besar Pahang Da...
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 140 hits
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke 13 2026 2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini Secara umumnya RM...
Malaysia Catat 76 Penggunaan Internet Mudah Alih Tapi Jurang Masih Ketara

Malaysia Catat 76 Penggunaan Internet Mudah Alih Tapi Jurang Masih Ketara

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 178 hits
Malaysia mencatat kemajuan positif dalam penggunaan internet mudah alih namun beberapa cabaran masih perlu diatasi terutamanya apabila dibandingkan dengan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia Berdasarkan data daripada GSMA Intellige...
Doa Khusus Memasuki Umur 40 Tahun

Doa Khusus Memasuki Umur 40 Tahun

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 155 hits
Terpanggil nak buat perkongsian tentang amalan doa apabila memasuki umur 40 tahun Ada seorang ustaz kongsikan di Tiktok tentang doa ni Rupa rupanya ada doa khusus yang dianjurkan Islam kepada umatnya bila usia mencapai 40 an Doa ini ada di ...
Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 153 hits
KUANTAN Rakyat Pahang bukannya bodoh mudah digula gulakan Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim membidas kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya rakyat di negeri itu sudah bersedia memberi ...
Conducting A Swot Analysis

Duta Riang Villa Vila Dengan Konsep Tradisional Melayu Dan Rustik

The Decline Of Malaysian Hockey

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Sebut Nama Anak Menteri Sabah Saifuddin Akui Khilaf Bukan Anak Datuk Ariffin Saya Tarik Semula Kenyataan Itu

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ini Rupanya Mee Siput Muar

Irresistible Korean Beef Recipe Bbc

Beli Crownies Dengan Ninana Dessert

Better Late Than Never A Charming Custom Yamaha Xj650 From A First Timer

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

Umno Veterans Defend Dr Akmal Accuse Dap Of Politicising Upside Down Flag Issue