Awas Bila Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Boleh Kena Demam Sawan Ini Tanda Gejala Doktor Kongsikan


Bila anak-anak demam ibu ayah memang akan risau. Tambah pula bila suhu badan anak terlalu tinggi yang mana keadaan ini juga boleh menyebabkan demam sawan.
Biasanya demam sawan boleh berlaku dikalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun. Semoga Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda dan gejala serta risiko demam sebegini berulang kepada si kecil mama dapat dijadikan panduan.

SAWAN DEMAM
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).
TANDA & GEJALA
Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindak balas bila dipanggil. Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak. Mata mungkin terbeliak ke atas. Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan atau satu kaki. Sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas 2-3 minit atau kurang, dan jarang melebihi 10 minit. Bagaimanapun dalam kes di mana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan secepat mungkin. Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut. Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5oC. Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau “sawan babi” adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam). Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.
Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan. Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak. Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam. Malah dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam, didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO UNTUK SAWAN DEMAM BERULANG
1. Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal. Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik). Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK MENGALAMI SAWAN?
1. Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.
Jauhkan anak anda dari sebarang benda yang berbahaya atau tajam. Jangan sekali-kali memasukkan sesuatu ke dalam mulut anak anda semasa berlakunya sawan. Jangan menampar, menggoncang atau mengurut badan anak anda untuk menyedarkan dirinya semasa sawan. Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan. Bawa anak anda ke hospital dengan segera, jika sawan berlaku. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor selepas berlakunya sawan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang jangkitan kuman pada otak. Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/ 

 
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Awas Bila Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi, Boleh Kena Demam Sawan! Ini Tanda & Gejala Doktor Kongsikan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/awas-bila-suhu-badan-anak-terlalu-tinggi-boleh-kena-demam-sawan-ini-tanda-gejala-doktor-kongsikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Masakan Kampung Dania Demam Dan Suhu Melampau Tinggi

Menu Masakan Kampung Dania Demam Dan Suhu Melampau Tinggi

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum Hi korang Lambat betul SA bersiaran hari ni dugaan hari ni Dania demam panas suhu sampai 39 4 degree allah tapi sebelum tu masa kat klinik suhu dia 37 6 kata mommy dia so dapat la ubat demam antibiotics ubat selsema ubat bat...
Balik Taska Anak Mengamuk Rupanya Overtired Pakar Kongsikan Apa Ibu Boleh Buat Anak Tak Stress Ibu Pun Happy

Balik Taska Anak Mengamuk Rupanya Overtired Pakar Kongsikan Apa Ibu Boleh Buat Anak Tak Stress Ibu Pun Happy

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 178 hits
Tiap petang balik dari taska atau rumah pengasuh anak mengamuk meragam kita yang balik kerja mesti rasa tertekan macam anak yang mengamuk tu juga Dah buat macam macam tapi tak berkesan Rupanya anak overtired Bila dah jadi macam tu mereka bi...
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 156 hits
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya DAGING lembu dan kambing memang enak tetapi hati hati sekiranya makan secara berlebihan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan Secara dasarnya dagin...
Lepas 2 Tahun Anak Masih Hisap Jari Jangan Biarkan Boleh Ganggu Pertumbuhan Gigi Doktor Kongsi Tip Hilangkan Tabiat Ni

Lepas 2 Tahun Anak Masih Hisap Jari Jangan Biarkan Boleh Ganggu Pertumbuhan Gigi Doktor Kongsi Tip Hilangkan Tabiat Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 201 hits
Hisap jari ialah satu habit yang sering berlaku kepada si kecil Jika kecil dahulu mereka menghisap jari kerana untuk merangsang sensori Tapi ia berlarutan sehingga melebihi usia 3 tahun ia patut dibimbangi kerana boleh ganggu pertumbuhan gi...
Ada Tanda Biru Dan Besar Dekat Badan Anak Ini Namanya Mongolian Spot

Ada Tanda Biru Dan Besar Dekat Badan Anak Ini Namanya Mongolian Spot

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 232 hits
Tanda lahir pada bayi adalah satu perkara yang bukan lagi ganjil malah biasa kerana kira kira 80 bayi akan lahir dengan tanda lahir pelbagai variasi bentuk warna dan saiz Antara jenis tanda lahir yang paling popular ada pada tubuh badan si ...
Kurangkan Ubat Tapi Pilih Barang Dapur Ni Redakan Demam Batuk Anak Tinggi Khasiatnya

Kurangkan Ubat Tapi Pilih Barang Dapur Ni Redakan Demam Batuk Anak Tinggi Khasiatnya

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 149 hits
Tak perlu bergantung pada ubat ubatan semata mata bahan masakan dan rempah ratus yang sentiasa berada di dalam rumah kita sebenarnya cukup tinggi khasiat untuk meredakan pelbagai masalah anak kita Kita tak perasan bahan masakan seperti leng...
Guna 4 Bahan Ni Buah Epal Kekal Segar Lepas Dikupas Boleh Anak Bawa Bekal Ke Sekolah

Guna 4 Bahan Ni Buah Epal Kekal Segar Lepas Dikupas Boleh Anak Bawa Bekal Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 204 hits
Setiap kali kupas buah epal tak lama lepas tu terus lebam Nak bekalkan anak dengan buah epal pun risau takut tak dimakan bila tengok buah dah nampak hitam lebam lebam Nak pastikan buah epal berada dalam keadaan baik walaupun sudah dikupas b...
Anak Susah Makan Ubat Paling Mudah Masuk Ubat Ikut Punggung Bahaya Tak Ini Penjelasan Doktor

Anak Susah Makan Ubat Paling Mudah Masuk Ubat Ikut Punggung Bahaya Tak Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 165 hits
Anak demam tapi susah nak makan ubat paling senang ibu masukkan ubat demam ikut punggung Tapi apakah cara ini boleh memudaratkan anak anak Nak tahu ia selamat atau tidak untuk digunakan pada si kecil ikuti penjelasan doktor BAHAYA KE MASUK ...
Padu Banyak Bahasa Dia Boleh Anak Faezah Elai Petah Berbahasa Inggeris Mandarin Ramai Kagum

Padu Banyak Bahasa Dia Boleh Anak Faezah Elai Petah Berbahasa Inggeris Mandarin Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 345 hits
Melihat anak anak yang dapat menguasai pelbagai bahasa sudah semestinya menjadi kebanggaan ibu dan ayah Bagi pelakon Faezah Elai dia turut berbangga bila mana anak sulungnya cukup petah menguasai pelbagai bahasa Video yang dimuat naik pelak...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang